Berubah Sekarang! Pengurangan Kemudaratan Tembakau - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, November 25, 2021

Berubah Sekarang! Pengurangan Kemudaratan Tembakau

Merokok memudaratkan kesihatan. Ini adalah satu fakta yang semua orang ketahui. Namun begitu masih ramai perokok di luar sana yang masih kurang kesedaran untuk berubah. Masih ramai yang suka hisap rokok secara konvensional yang menggunakan tembakau sebagai bahan utama. Memang diakui bukan mudah untuk menghentikan tabiat yang sudah sebati selama bertahun-tahun ini tapi sekurang-kurangnya mereka boleh bermula dengan Pengurangan Kemudaratan Tembakau sebagai satu usaha ke arah itu.


Rokok Membahayakan

Mungkin perokok itu tidak tahu asap rokok yang dikeluarkan semasa merokok umpama menyebarkan ejen pemendek umur bagi orang disekelilingnya kerana 60-75% asap rokok itu akan disedut oleh orang yang tidak merokok. Menurut Pengarah Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Dzulkifli Abdul Razak, setiap rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia dan sebahagian besar daripadanya adalah beracun kepada perokok dan juga kepada yang terdedah kepada asap rokok.. Lebih malang lagi jika orang disekeliling itu adalah isteri dan anak-anak tersayang. Mahukah perokok menjadi ejen pemendek umur bagi keluarga sendiri? Fikir-fikirlah lah ye.


Bahaya kepada perokok juga tinggi. Melalui kajian, hanya 50% perokok saja dapat hidup mencecah umur 70 tahun. Selainnya mati muda. Antara penyakit yang diakibatkan dari merokok adalah kanser kerongkong, kanser mulut, ulser perut, sakit jantung, stroke dan bermacam-macam lagi. Semua penyakit ini berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian.


Melalui pengalaman sendiri, mama sendiri kehilangan 3 orang ahli keluarga yang merupakan perokok tegar. Seorang akibat kanser kerongkong dan 2 orang akibat sakit jantung. Kesemuanya meninggal sebelum usia 70 tahun. Tentu sekali ini amat menyedihkan dan ada anak yang masih kecil menjadi yatim kerana itu.


Merokok Itu Hukumnya Haram

Dengan fakta di atas maka tidak hairanlah apabila Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan tabiat merokok itu haram mengikut pandangan Islam melalui Muzakarah kali ke-37 pada 23 Mac 1995.


Mereka mengemukakan dalil syari’ serta bukti perubatan dan saintifik yang menunjukkan merokok adalah punca sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit yang boleh menyebabkan maut. Selain itu tabiat merokok juga menghabiskan banyak duit dan menjejaskan ekonomi keluarga. Menurut kajian, rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 billion setiap tahun untuk membeli rokok. Alangkah baiknya jika duit sebanyak itu digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat.


Berubah Sekarang! Pengurangan Kemudaratan Tembakau


Satu dunia menyadari akan kemudharatan rokok dan banyak usaha telah dibuat oleh kerajaan dan badan tertentu untuk memberi kesedaran dan mengurangkan mudarat tembakau. Contohnya dengan mengadakan akta Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan juga Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia setiap 31 Mei oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Namun begitu, kesedaran itu perlu lahir dari perokok itu sendiri. Sayangilah keluarga dan wujudkanlah persekitaran yang sihat dari segi emosi dan juga fizikal. Sebenarnya ramai perokok tidak tahu bahawa terdapat cara alternatif dan kurang berbahaya untuk mendapat sumber nikotin. Antaranya e-rokok dan produk tembakau yang dipanaskan adalah alternatif yang boleh mengurangkan risiko berbahaya seperti rokok konvensional.


Apa Itu Pengurangan Kemudaratan Tembakau 

Pengurangan Kemudaratan Tembakau ini sudah semakin popular di seluruh dunia. Ia adalah satu kaedah untuk membantu perokok tegar dalam usaha berhenti merokok. Objektif utama Pengurangan Kemudaratan Tembakau adalah untuk mengurangkan tahap bahaya penggunaan tembakau dengan memberikan alternatif yang kurang berbahaya. Antara kaedahnya dengan memperkenalkan produk alternatif seperti e-rokok dan juga produk tembakau yang dipanaskan.


Walaupun berhenti merokok terus adalah lebih baik tapi kaedah ini boleh membantu perokok tegar mengatasi kesan drastik berhenti merokok. Ia terbukti berkesan berdasarkan fakta berikut:

  • Lebih kurang 98 juta pengguna di seluruh dunia sudah bertukar kepada produk alternatif yang kurang memudaratkan seperti rokok elektronik (vape) dan snus bagi menggantikan rokok konvensional. (Data dari kajian oleh Imperial College London).

  • 88 peratus pengguna vape yang sebelumnya menghisap rokok, telah berjaya berhenti merokok. (Data dari kajian oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA).

  • 79 peratus yang kini menggunakan vape (dulunya menghisap rokok konvensional) dapat mengurangkan bilangan rokok yang dihisap sejak menggunakan vape. (Data dari kajian oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA).

Bagaimana Alternatif Pengurangan Kemudaratan Tembakau Boleh Membantu Perokok 

Bukan semua perokok tegar mampu untuk berhenti terus dari merokok. Hanya 23% sahaja perokok tegar berjaya berhenti merokok dan selebihnya 77% tidak mampu berbuat demikian. Justeru itu dengan pendekatan Pengurangan Kemudaratan Tembakau ini diharap dapat membantu golongan ini mempunyai kesedaran dan membantu mengurangkan pengambilan tembakau sekaligus mendorong mereka berhenti merokok.


Persatuan Kesedaran Kemudaratan (Harm Awareness Association)


Persatuan Kesedaran Kemudaratan adalah persatuan yang ingin membantu perokok tegar dalam usaha berhenti merokok dengan cara memberikan informasi tentang alternatif Pengurangan Kemudaratan Tembakau. Dengan cara ini diharap membolehkan perokok tegar mengurangkan mudharat merokok.


Maklumat Lanjut Persatuan Kesedaran Kemudaratan (Harm Awareness Association)

Banyak maklumat tentang Pengurangan Kemudaratan Tembakau boleh diperolehi dari website HAA. Contohnya fakta atau auta tentang merokok dan maklumat kesihatan yang lain. Berikut adalah alamat laman web HAA


Tiada kebaikan yang datang dengan amalan merokok. Jika ada pun itu hanyalah untuk keseronokkan diri sendiri dan ianya tidak kekal. Oleh itu amat disarankan agar semua orang ambil tahu tentang Pengurangan Kemudaratan Tembakau. Dengan kesedaran tentang Pengurangan Kemudaratan Tembakau ini serba sedikit akan membantu menjadikan negara kita Malaysia dan seluruh dunia tempat tinggal yang lebih baik. Walau apapun, berhenti merokok adalah lebih afdal kerana merokok dan memudaratkan diri dengan cara apapun hukumnya adalah Haram.


#TobaccoHarmReduction 



Rujukan: 

Artikel dari Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan (10 Mei 2015 bersamaan 21 Rejab 1436H): https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2634-bayan-linnas-siri-ke-18-merokok-hukum-dan-penyelesaiannya

https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/43-bahaya-merokok.html

https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2020/01/01/penguatkuasaan-larangan-merokok-di-premis-makanan-sepenuhnya-bermula-hari-ini-1-januari-2020/

https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/07/tingkatkan-strategi-pengurangan-bahaya-tembakau/

https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/10/pengurangan-kemudaratan-tembakau-bantu-perokok-tegar-berhenti-merokok/


10 comments:

  1. Replies
    1. Betul nurin. Hisap rokok Dan Tembakau ni umpama bakat duit aje kan. Lagipun hukunnya haram

      Delete
  2. paling tak suka bila makan di luar ramai yang masih suka merokok di kedai makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la dana. kesian orang2 disekeliling tu kan. tak pasal2 jadi perokok pasif, terdedah bahaya

      Delete
  3. Ramai je yang suka-suka merokok di kedai makan, kan. Jeling-jeling pun diorang buat taktahu je :(

    ReplyDelete
  4. Benda yang paling pantang, asap tembakau ni la...boleh buat sesak nafas..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah husband dah berenti sejak ada adik nadhira. aada masa sukaa betul bau ekon jumpa ngan asap rokok. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, berubah demi keluarga kan aien. bagus tu

      Delete

Words of wisdom