Review K-Drama Melting Me Softly

Review Drama Korea Melting Me Softly.  Sebelum mama tonton drama ni mama baca review dulu seperti biasa. Ada juga yang komen negatif. Tapi mama beranikan diri juga tengok cerita ni. Sebab mama suka jalan cerita dia. Ye la kan mama suka sci fi. 

Selepas beberapa episod tengok cerita ni mama rasa best juga. Ia kategori cerita cute2 macam yang mama selalu suka tengok. Cerita ni tak berapa berat dan menghiburkan. Jalan cerita dan plot dia pun OK. So, overall mama bagi 8.5/10 bintang. Cerita ni OK, korang try la tengok. Cuma mama faham, akan ada yang tak berapa suka cerita ni kalau jenis yang tak suka sci fi.


Review Drama Korea Melting Me Softly

Tajuk Drama: Melting Me Softly

Jumlah Episod: 16

Tahun tayangan: Hujung tahun 2019

Genre: Romance, Science Fiction

Pelakon: Ma Dong-Chan (Ji Chang-Wook),  Ko Mi-Ran (Won Jin-A).


Sinopsis Drama Korea Melting Me Softly

Cerita mengisahkan Ma Dong Chan seorang director vairety show yang terkenal kerana selalu melakukan program lain dari yang lain. Motto dia ialah to make better world. Satu hari dia nak buat reality show tentang human cryonic dan bersetuju join experiment Prof Hwang. Dia ajak seorang lagi peserta iaitu Ko Mi Ran untuk join. Sepatutnya experiment berlangsung selama 24 jam tapi atas sebab yang tidak dielakkan, mereka berada dalam keadaan cryonic selama 20 tahun. Prof Hwang dianggap mati kerana kemalangan angkara org jahat dan tiada siapa yang boleh bangunkan mereka kecuali Prof Hwang.


Akhirnya selepas 20 tahun, prof Hwang yang koma telah sedar dan sempat bangkitkan Dong Chan dan Mi Ran. Ada 4 orang lagi cryonic tapi dia x sempat bangkitkan sebab dia kembali tak sedarkan diri dan hilang ingatan. Dong Chan dan Mi Ran mula kembali ke kehidupan mereka tapi alangkah terkejutnya mereka bila dapat tahu yang rupanya diorg tidur selama 20 tahun.


Ma Dong Chan yang selalu concern dgn kesihatan Mi Ran sampai sanggup membahayakan diri sendiri untuk selamatkan Mi Ran. Sebenarnya Dong Chan rasa bersalah kerana membuatkan Mi Ran terjebak dengan masalah ini dan effect pada kesihatan diorang juga.

Kelakar juga tengok Dong Chan dan Mi Ran menyesuaikan diri dengan teknologi terkini. Kelakar tengok Mi Ran frust nonggeng lepas tahu penyanyi kesayangan dia Leslie Cheung dah meninggal berbelas tahun. Pada masa yang sama terasa sayu  setiap kali Dong Chan tersalah ingatkan adik dia tu ayah dia sebab rupa adik dia sama macam ayah dia bila dah tua. Ayah dia dah meninggal masa dia bangun tu. Kelakar juga tengok staf2 Dong Chan semua dah lebih tua dan berpangkat dari dia tapi masih lagi takutkan Dong Chan yang garang.

Anak sedara  Dong Chan yg bijak dan comel. Banyak juga yang dia ajar pada Dong Chan seperti trend youtube, etc.

Risiko selepas eksperimen tu ialah suhu badan Dong Chan dan Mi Ran dalam keadaan hypothermic iaitu 31.5C, Mereka berdua kena kekalkan suhu badan yang rendah sebab keadaan diorang akan jadi kritikal pada suhu 33C. Dong Chan yang rasa bersalah selallu jaga dan ingatkan Mi Ran  untuk jaga suhu mereka. Pada masa yang sama mereka kena pulihkan ingatan Prof Hwang segera supaya boleh pulihkan suhu diorang dan untuk lindungi eksperiment tu dari dihancurkan oleh orang yang tak dikenali. Orang yang cuba hancurkan crynoc experiment tu ada niat jahat pada salah seorang cryonic yang belum dibangunkan lagi tu.


Semua perasaan ada dalam cerita ni, sedih, kelakar, risau, etc. Episod terakhir buat mama banyak nangis. tapi mama suka tengok hubungan kekeluargaan antara family Dong Chan dan Mi Ran. Walaupun kedua-dua keluarga mula-mula x approve tapi Dong Chan dan Mi Ran berjaya pikat hati keluarga dengan sincerity diorang. Cerita ni bertemakan love and fate. Ada yang dah tengok tak cerita ni? 


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Dah tengok drama ni. Tertarik dengan jalan ceritanya sebab ada unsur saintifik sikit.

    ReplyDelete
  2. Betul, drama ni banyak emosi bermain. Sedih bila mak dia merayu, . Memang best walaupun agak slow jalan cerita dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. cerita dia slow and steady tapi mesej sampai dan lakonan mantap

      Delete
  3. Lain dari lain jalan cerita. Baca sinopsis menarik juga.

    ReplyDelete
  4. Teringat plak lagu killing me softly....

    ReplyDelete
  5. Tak tengok pulak drama ni mamapp. Tapi muka budak perempuan macam familiar je.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi tengok drama ini, tengok pelakon tak familiar

    ReplyDelete
  7. menarik ni! sbb lain drpd yg lain

    ReplyDelete
Previous Post Next Post