Pengalaman Membuat Self Test RTK Test Covid-19 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, September 29, 2021

Pengalaman Membuat Self Test RTK Test Covid-19

Pengalaman Membuat Self Test RTK Test Covid-19. Korang jangan terkejut pula tengok gambar post mama tu.. Mama tak mengandung hokey.. Mama cuma buat self test RTK je hihi.. Kalau ada ibu mengandung yang sedang membaca ni mama ingin berpesan agar jaga pemakanan agar ibu dan baby sihat. Kat sini mama nak share Pengalaman Membuat Self Test RTK Test Covid-19.

Baca ni juga:


Pengalaman Membuat Self Test RTK Test Covid-19

Mama membuat test ni minggu lepas di office tempat mama bekerja. Pihak HR yang coordinate perkara ni.

Alhamdulillah result mama dan semua kengkawan office negatif. Bila dapat result macam ni memang rasa lega dan lebih confident nak bekerja di office. Saringan ni akan dibuat secara berkala so lagi lah rasa selamat nak work at office.


Inilah test kit yang mama gunakan. Mama guna brand Salixium. Ada 2 jenis swab dibuat iaitu nasal dan saliva.

Cara-cara membuat swab

Pada mama, guna test kit ni lagi mudah dari test yang menggunakan kahak tu. Sebab mama ni bukannya org yg reti nak keluarkan kahak. So, bila swab di hidung dan di lelangit serta dalam pipi lagi mudah.

Swab nasal dan saliva. Rasa geli juga hidung walaupun buat swab sendiri dan berair juga air mata macam buat kat klinik.

Cara meletakkan hasil swab ke kit ujian 

Bagaimana nak lihat hasil ujian


Laporkan Hasil Ujian Saringan Covid-19 di MySejahtera

Selepas selesai buat saringan sendiri, marilah kita update hasil ujian di MySejahtera. Mudah saja caranya.. Korang refer di bawah ye: 


Alhamdulillah. Setel!



22 comments:

  1. Alhamdulillah, settle RTK test. Saya tiap-tiap minggu memang buat test (requirement tempat kerja), kalau silap jolok hidung tu boleh buat sakit kepala wohhh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. padahal jolok sendiri kan.. tapi sendiri yg tak tahan

      Delete
  2. bila dah mula ramai yang datang kerja memang kene buat ujian gini kak, moga kita semua terhindar dari covid19

    ReplyDelete
  3. Bagus juga uji selalu rasa yakin sedikit datang ke pejabat.
    Wah Adda berpengalaman uji sendiri. Saya belum pernah buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. self test kit tu merata dah boleh dapat na.. kat petronas pun ada. kalau ak check sendiri senang la nak beli

      Delete
  4. we have to live with covid 19. ngeri bila ingat pengalaman kena swab test dulu dan hasilnya positif. 10 mlm gak dok dlm wad....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dpt bayangkan perasaan tu abe.. alhamdulillah abe dah sihat

      Delete
  5. Saya baru buat ujian kit kovid. Alhamdulillah keputusan negatif. Sebelum ini saya sakit perut berak-berak,pergi ke klinik doktor cakap kuman. Lepastu doktor cakap bimbang takut terkena jangkitan wabak kovid. Terpaksalah kena buat juga dan keputusan negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah negatif, memang salah satu simptom covid ialah masalah perut macam arwah kawan mama dulu.

      Delete
  6. dedua pun rasa geli ekceli...
    pernah buat yg jolok hidung n tekak..
    memang berair terbersin2 kita wak... dah le ada sinus kan!

    Tapi yang test meludah tu blm try lagi..
    Hehehe tak tau la sanggup ke x nk tgk air liur kahak sendiri ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi iye ke wak.. alolo sama la kita cuma mama yg bahagian mulut tu ambil kat bahagian dalam pipi dan lelangit, so takde la gelinya

      Delete
  7. Benda yang paling merunsingkan adalah check RTK kan?

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah buat swab test Covid ni so kalau kena buat sendiri mesti tak reti. Thanks share mama

    ReplyDelete
  9. Seram nak buat jenis jolok lubang hidung ni. Kalau saya prefer yang saliva tu. Apapun terima kasih untuk perkongsian ni.

    ReplyDelete
  10. Kita dah memang kena hidup dengan covid ni, dah tak boleh buat apa apa dah.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah , semoga kita semua dijauhi dari terkena wabak covid 19

    ReplyDelete
  12. Senang kan kalau buat test macam nie sebelum masuk kerja, lega lah sikit kan..

    ReplyDelete
  13. senang je kn? sy x beli lg sbb x rancang nk ke mana2 wpn dah buka sempadan kelak ;-)

    ReplyDelete

Words of wisdom