Review Korean Drama Zombie Detective

Review Korean Drama Zombie Detective.  Drama ni dah lama mama tengok. Mama ni sejenis yang suka selang seli tengok K-Drama. Kalau tengok cerita yang intense dan dark, selepas tu mama akan cari cerita yang ringan dan lawak pula.. Ada sesapa yang penah tengok cerita ni? Jom baca Review Korean Drama Zombie Detective







Review Korean Drama Zombie Detective

Drama: Zombie Detective

Episod: 12

Tarikh Tayangan: September - Oktober 2020

Genre:Komedi: Detective, Comedy, Mystery

Pelakon: Kim Moo-Young (Choi Jin-Hyuk),Kong Sun-Ji (Park Ju-Hyun)


Cerita zombie yang unik


Sinopsis Korean Drama Zombie Detective

Mengisahkan Moo Young yang satu hari bangkit sebagai zombie di tapak pelupusan sampah. Dia tak ingat langsung siapa dirinya sebelum menjadi zombie. Dia terjumpa seorang detektif yang mati dibunuh di kawasan pelupusan sampah dan mengambil identiti detektif tu. Maka dia pun pergi ke tempat detektif dan tinggal di situ.


Kalau tengok cerita ni memang rasa kelakar dan kesian dgn Moo Young. Kehidupan sebagai zombie memang susah, kena buli dgn manusia, dan susah nak cari makanan. Lama kelamaan dia melatih diri selama 2 tahun untuk menyerupai manusia. Contohnya berjalan laju (berlatih atas treadmill), pakai Sun screen utk tutup kulit zombie dan bermacam-macam lagi. 


Scene masa dia bbq dgn keluarga Sun Ji. Rilek aje walaupun tangan terbakar. Zombie la katakan. Suka dgn keluarga Sun Ji. Ayah dia pengarah filem zombie so dia ngam dgn Moo Yong


Masalah dia adalah mencari duit untuk membeli daging mentah dan mendapatkan makanan masa dia lapar. Kalau dia lapar memang tak boleh bawa bincang. Dia akan mengganas tau. Lastly abda orang berkunjung ke agency detective tu dan dia membantu menyelesaikan kes dan dapat duit. Jirannya Kong Sun-Ji  pula seorang penganggur dan dia minta bekerja dengan Moo Young. Apabila rahsia Moo Young terbongkar Sun Ji sama-sama membantu Moo Young untuk dapatkan balik ingatan dia.


Overall cerita ni memang menghiburkan dan tak perlu fikir banyak. Just relax dan enjoy aja. Ending dia pun OK. Mama suka sangat tengok lead actress yang comel. Drama ni lengkap dengan pelbagai emosi.. suspen, seram, kelakar, sedih, etc.. Kalau nak tau korang tengok lah sendiri ye. Mama bagi 7 bintang.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. kelakar gila drama ini.. tapi ada juga babak sedih.. memang menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha dah tengok ye.. tu la kan semua perasaan ada dalam citer ni

      Delete
  2. 7 bintang dari berapa? Hehe
    Unik jalan cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. out of 10 na. tu la citer zombie yg dari persektif lain

      Delete
  3. Wah boleh masuk list nie nanti..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post