Dapatkan Haura, Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid Ekslusif beserta Autograf RAM

Assalamualaikum semua.. korang tau tak yang Ramlee Awang Mursyid, penulis kegemaran mama akan mengeluarkan novel terbaru tak lama lagi. Nak tau tak, korang boleh Dapatkan Haura, Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid Ekslusif beserta Autograf RAM. Caranya mudah aje, iaitu dengan membeli secara preorder bermula 18 Januari 2020 sehingga 31 Januari 2020. Siapa yang beli secara preorder akan menerima novel ni beserta autograf dari RAM sendiri. Waa best kan. Mama sendiri dah buat preorder untuk 2 buku. Mama memang akan beli semua buku dari RAM. Dapatkan Haura, Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid Ekslusif beserta Autograf RAM.

Jom tengok novel beserta autograf RAM di sini Yahuu Novel Haura Beserta Autograf Ramlee Awang Mursyid dah sampai







Ramlee Awang Murshid memang terkenal sebagai penulis triller no 1 Malaysia. Bukan saja novel triller tapi novel cinta, novel fantasi pun ada. Kesemua jalan cerita novel-novel RAM memang lain dari yang lain. Sebab tu mama suka baca novel-novel dari RAM. Yang paling mama suka adalah siri Laksamana Sunan. Mama dah baca sampai 2-3 kali semua set tu tau.

Susunan Siri Laksamana Sunan

Mama syorkan baca ikut susunan ni. Mama baca kali kedua ikut susunan ni memang best.

1. Sunan Nanggroe Sang Kembara - cetakan 2014
2. Sunan Cinta Nan Sakti - cetakan 2015
3. Bagaikan Puteri - cetakan 2005
4. Cinta Sang Ratu - cetakan 2007
5. Hijab Sang Pencinta - cetakan 2008
6. Cinta Sufi - cetakan 2010
7. Sutera Bidadari  - cetakan 2011
8. Sunan Musafir - cetakan 2012



Novel terbaru, Haura

Sinopsis Novel Haura








TRAGEDI berdarah di New Zealand telah merubah hidup pegawai polis Australia bernama Jessica. Serangan ke atas umat Islam di dua buah masjid di bandar Chrischurch telah menyebabkan Jessica turut menerima bahana apabila diserang penjenayah sehari selepas insiden itu. Rakan setugasnya terbunuh dan Jessica terlantar di hospital.

Setelah sembuh, Jessica diarahkan ke Swan Hill untuk melaksanakan tugasan undercover. Dia harus memburu Adam – penjenayah rakyat Malaysia yang diyakini terkait dengan agenda keganasan.

Jessica berjaya masuk ke dalam kehidupan Adam. Malangnya – dia jatuh cinta pada Adam sekali gus membuatkannya dalam dilema antara cinta dan kerjaya.


FAHMI ke Melbourne demi membuktikan cintanya. Malangnya – Waheeda akan dinikahkan dengan anak kenalan keluarganya. Fahmi kecewa dan tinggal di Australia melebihi tempoh masa yang dihadkan untuk pelancong. Dia bekerja secara haram sebagai pengutip buah. Akhirnya, dia ditangkap oleh pihak imigresen dan diusir pulang.

Fahmi berusaha memantapkan dirinya. Dia berazam untuk kembali semula ke Melbourne demi impiannya. Fahmi memiliki ‘senjata’ untuk menawan semula Melbourne mengikut aturannya sendiri. Demi sebuah cinta yang hilang, Fahmi menemui Adam di Melbourne dan mereka menjadi satu. Sama-sama berjuang demi sebuah cinta.


Cara Dapatkan Haura, Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid beserta Autograf RAM

Mudah aje, korang cuma perlu buat PREORDER dari website Karangkraf Mall. Boleh klik link ni https://www.karangkrafmall.com/haura. Harga cuma RM26 aje.


Sekarang ada tawaran Tambah Novel RAM yang lain dengan diskaun 20%! bagi setiap pembelian Haura. 

So, kepada peminat RAM jom lah kita ramai-ramai beli secara PREORDER. Seronok gak bila dapat buku yang dah siap di autograf penulis kesayangan. Boleh buat kenangan, kan..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. waalaikumussalam. wahhhhh memang minat RAM ni. nak beli jugak lah ^_^

    ReplyDelete
  2. saya dulu masa minat membaca novel, minat karya RAM jugak.. tapi sekarang dah malas sikit.. hehehe.. karya RAM yang paling saya minat, trilogy tombiruo..
    saga laksamana sunan sempat baca 3-4 buku saja.. x sempat nak catch up.. banyak sangat.. hahaha

    ReplyDelete
  3. wahhh novel baru yek... novel RAM yang tahun 2019 pun dana tak beli lagi kak... yang paling latest dana ada yang tajuk raudhah... menarik nih kene oder nih novel baru nih...
    RAM antara penulis yang dana masih setia sejak dari zaman belajar dulu sampai dah nak masuk 40tahun ni kak hehehe

    ReplyDelete
  4. dapat signature penulis tu yg mahal...sentimental value..

    ReplyDelete
  5. Pernah dengar nama penulis, tapi tak sempat baca lagi. Jadi peminat RAM, cepat dapatkan buku ini

    ReplyDelete
  6. Mrs. A pun memang minat karya RAM.
    No 3,4,5,6 tu Mrs. A dah pernah baca.
    Dahulu kala time kerja KL memang kaki novel sebab baca dalam komuter. Lepas tukar kerja Seremban tak membaca sangat dah huhuhu...

    ReplyDelete
  7. ooo... demi cinta sanggup buat apa saja ye...

    ReplyDelete
  8. Saya memang peminat RAM kak.. Koleksi Laksamana Sunan semua saya ada. Lg satu yg best Anding Ayangan.. Haura ni hari tuh dia buka ore order tak sempat nak beli dah tutup. Sekarang open balik ye kak.

    ReplyDelete
  9. Belum pernah baca tulisan RAM. Rasa mesti ketagih ni.

    ReplyDelete
  10. Sinopsis macam menarik je citer ni..akak belum ada koleks RAM ni..macam menarik plak..tapi kena baca dari naskah pertama dia baru best kan..

    ReplyDelete
  11. sapaminat RAM kita geng hihi.. tak sabar nak baca ni.. novel dah siap dah tu

    ReplyDelete
  12. Sha pun minat RAM ini.. Cuma kali ini je tak beli lagi..

    ReplyDelete
  13. penulis yang memang diakui hebat dalam seni penulisan.
    walaupun x baca karya dia tapi tau nama dia hebat..

    ReplyDelete
  14. Mama dh baca hampir semua novel dia Ada yg baca sampai 3x Tau hee

    ReplyDelete
Previous Post Next Post