Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais. Jom ketahui Lebih Lanjut

Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais. Jom ketahui Lebih Lanjut. Memang tak dinafikan ada jenis orang yang suka sangat letak semua benda dalam peti ais. Sudahnya jadi penuh peti ais tu. Lebih-lebih lagi kalau jenis suka yang menyimpan makanan lebihan semalam. Lama-lama akan menimbun dan akhirnya ke tong sampah juga. Sebenarnya Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais. Mari baca,





Mama dulu jenis suka juga letak macam-macam dalam peti ais. Tapi sejak dua menja ni mama control diri sendiri dan barang yang betul2 perlu aje mama simpan dalam peti ais. Alhamdulillah peti ais mama lebih teratur dan senang nak cari barang dalam tu.


Jenis makanan tidak boleh disimpan dalam peti ais



Tidak dinafikan, apabila ada makanan yang tidak habis atau berlebihan, sudah tentu anda akan berasa sayang untuk membuangnya. Apatah lagi jika ia dalam keadaan yang elok dan masih boleh dimakan. Maka penyelesaian yang mudah adalah dengan menyimpan di dalam peti ais atau peti sejuk (refrigerator / fridge). Sumbatlah segalanya dalam freezer tu.
Tetapi hakikatnya, tidak semua makanan sesuai atau boleh disimpan di dalam peti ais. Malahan ada makanan yang akan rosak jika dimasukkan di dalam peti sejuk. Jom kita ketahui jenis-jenis makanan tersebut:

  1. Madu
Madu adalah antara makanan yang tidak sepatutnya diletakkan di dalam peti sejuk. Ini kerana dalam keadaan sejuk, madu akan bertukar menjadi butiran kristal dan keras seperti batu. Menyimpan madu di dalam peti sejuk juga akan menjejaskan kebaikan makanan yang kaya dengan khasiat ini.

  1. Roti
Jika anda mungkin akan menghabiskan roti anda dalam tempoh masa beberapa hari, sebaiknya jangan disimpan di dalam freezer. Suhu yang sejuk akan menukar struktur roti dan menjejaskan rasanya. 
Tetapi mungkin anda boleh menyimpannya jika anda akan menggunakannya lebih daripada seminggu dan jangan lupa untuk panaskannya di dalam toaster atau oven sebelum makan. 






  1. Tembikai
Ahhh…best-nya dapat makan buah tembikai yang sejuk. Tetapi buah tembikai seeloknya diletakkan dalam suhu bilik. Kenapa ya? Kerana terdapat penyelidikan yang mendapati antioksidan di dalam tembikai dapat dikekalkan apabila berada dalam suhu bilik berbanding suhu yang sejuk. 

  1. Pisang
Pisang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan perubahan pada kulitnya. Ia akan menjadi hitam dan ada masanya ia akan menjejaskan rasa buah ini. 

  1. Kacang
Suhu yang sejuk dapat mencegah minyak semula jadi yang terkandung dalam kacang menjadi tengik. Tetapi walau bagaimanapun, persekitaran yang sejuk boleh menjejaskan rasa kacang. Malahan kulit kacang juga boleh menyerap bau makanan lain yang disimpan di dalam fridge. 
Sebaiknya, simpanlah kacang anda di dalam bekas kedap udara dan letakkan di pantri. Jika anda ada menyimpan kacang di dalam fridge anda, anda boleh toast kacang anda di atas pan sebelum menggunakannya. 

  1. Pastri
Pasti ada yang menyangka, cara terbaik untuk menyimpan lebihan pastri adalah di dalam peti ais. Walau bagaimanapun, cara terbaik adalah dengan menyimpan ia di dalam beg kertas dan disimpan di tempat bersuhu bilik biasa. Jika disimpan di dalam freezer ia akan menjejaskan tekstur dan menjadikan ia lembap. Sudah tentu ia jadi tidak sedap dimakan.

  1. Sapuan roti
Sapuan pada roti sama ada coklat atau peanut butter, sebaiknya disimpan di luar peti ais. Ini kerana meletakkannya di dalam frigde akan membuatkan kedua sapuan roti ini menjadi keras dan sukar untuk disapu di atas roti. Cara terbaik adalah memastikan ia diletakkan pada ruang bersuhu bilik.

Kesimpulannya

Bukan semua makanan sesuai untuk disumbat ke dalam peti ais. Namun, jika anda ingin menyimpan sesuatu makanan, pastikan ia dimasukkan ke dalam bekas bertutup atau sekurang-kurangnya, ia dibungkus dengan baik agar tidak menjejaskan makanan lain. Tetapi jangan pula dibiarkan sehingga berbulan-bulan dalam freezer tu ya!

Sumber: https://hellodoktor.com/



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

26 Comments

Words of wisdom

  1. yang lain tu okay lagi mama tapi tembikai tu kalau tak sejuk ermmmm tak syiok la kan hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aj mama pun sebenarnya sejukkan dulu gak

      Delete
  2. Tembikai kalau belum potong letak di suhu bilik OK ja tahan lama.

    ReplyDelete
  3. tembikai dan roti (dah nak expired) Cik TK selalu simpan dalam peti sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama selalu letak tembika tapi roti xpenah lagu

      Delete
  4. Alamak tembikai tu selalu letak dalam peti ais..kena ubah cara nih

    ReplyDelete
  5. Tembikai tu lebih sedap makan sejuk2. Biasanya memang letak dalam peti. Hehe
    Sapuan roti pun letak dalam peti, memang jadi keras. Bila nak makan, kena tunggu dia lembut dulu, haha

    ReplyDelete
  6. Baru tahu. Tapi memang ada letak roti dan tembikai smdalam peti ais.

    ReplyDelete
  7. biasa tembikai memang saya letak dalam peti sejuk

    ReplyDelete
  8. Alaa, tak best tembikai simpan kt luar,simpan dlm freeze bila makan sejuk2 tu nyamannya di tekak, aduiii takleh yek, peanut butter pun akk simpan dlm freeze sbb takut tengik kalo lbat habis, takleh juga ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama suka makan buah sejuk2 juga. Peanut butter kalau letak dlm fridge mesti jadi keras kan

      Delete
  9. boleh ye tembikai simpan kat luar. baru tahu. selalu simpan dalam peti takut busuk dan tak elok. huhu

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. thanks, mama. Lps ni nak buang benda2 yg x perlu dari dlm peti sejuk tu...

    ReplyDelete
  12. Tembikai selalu kalau beli potong-potong masuk tuppaware simpan kat peti ais atau buat jus, selalu memang beli untuk sekali makan jer... sebab tak nak simpan lama. Roti kalau beli pun mmg tak letak dalam peti sejuk... conggok atas meja makan jer.. he he he apapun kena baca tips ni sangat membantu dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  13. bab tembikai tu memang ramai yang terkejut, rupanya tak boleh simpan dalam peti ais..

    ReplyDelete
  14. Tembikai dgn madu tu selalu letak. Tq tips lepasni dah tahu lah

    ReplyDelete
  15. Madu dengan roti tu LH tau. Even dekat plastik roti pun ada ada bagitau jangan simpan dalam peti. Tembikai tu pertama kali dengar. Biasanya simpan dalam peti 😂.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post