Golongan Yang Mendapat Jaminan Syurga

mamapp
14

Golongan Yang Mendapat Jaminan Syurga. Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Apa khabar semua. Mama doakan semua dalam keadaan yang sihat dan dalam rahmath Allah. Mama nak share sedikit tentang Golongan Yang Mendapat Jaminan Syurga







Alangkah indahnya jika kita boleh mendapat jaminan syurga dari Allah. 


Golongan Yang Mendapat Jaminan Syurga



عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ


Daripada 'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian." (HR Ahmad No: 21695) Status: Hadis Hasan


Kesimpulan hadith:





Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara:


1.  Jujur jika berbicara

Ibnu Qayyim berkata: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran akan membezakan antara munafik dan beriman.


2.  Menepati janji 

Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik.


3.  Menunaikan amanah 

Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan


4.  Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)


5.  Menundukkan pandangan

Ibnu Qayyim berkata: menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran


6.  Menahan tangan 

Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, maupun tetangganya baik dengan lisan maupun tangannya. Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya. 


Marilah kita berlaku jujur, tepati janji, tunaikan amanah, jaga kemaluan, tundukkan pandangan dan menahan tangan. 


Sumber: 1 hari 1 hadis 



Tags

Post a Comment

14Comments

Words of wisdom

  1. Jalan ke syurga itu nampak mudah, tapi di kiri kanannya penuh duri dan liku2..

    ReplyDelete
  2. ujian untuk ke Syurga boleh tahan..

    tapi perlu usaha juga

    ReplyDelete
  3. Ikutkan senang sahaja amalan untuk jaminan je syurga tapi biasalah godaan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih mama untuk perkongsian ni.

    ReplyDelete
  5. nampak senang tapi penuh liku. semoga dipermudahkan segala urusan kita untuk melakukan amalan kebaikan :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  6. Mudah2an kita dapat memelihara 6 perkara tersebut

    ReplyDelete
  7. Nampak senang tapi nak istiqamah tu susah. Harap diri ni antara golongan syurga nanti. Aaminn

    ReplyDelete
  8. Semoga kita semua beroleh ganjaran syurga dariNya ❤️

    ReplyDelete
  9. nak jadi orang baik tu sebenarnya senang aje kan..tapi dugaan yang datang pun mencabar juga...lagi2 jika ada hasutan dari syaitan..

    ReplyDelete
  10. semoga kita tergolong di dalam golongan yang di atas. Amin

    ReplyDelete
  11. Allah, thanks mama atas reminder how easy kita nak jadi orang yang dijamin syurga. Semoga kita terpilih dikalangan orang-orangnya. aamiin. ^^

    ReplyDelete
  12. Semoga kita tergolong dalam golongan golongan ni. Aaminnn

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. Semoga kita juga menjadi golongan terpilih untuk ke syurgaNya. Aamiin.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!