Resepi Spaghetti Seafood Aglio Olio

Siapa yang suka seafood dan makanan yang kurang pedas macam Syafi sure suka makan Spaghetti Seafood Aglio Olio ni kan.. Kalau nak buat sendiri memang mudah dan jimat. Resepi ni kawan mama yang memang pro dalam buat Resepi Spaghetti Seafood Aglio Olio yang share. Mama ada adjust sikit ikut kesesuaian.. Kalau nak buat untuk openhouse pun sesuai juga sebab tentu sekali kanak-kanak dan orang dewasa sekali pun boleh makan. Jom tengok Resepi Spaghetti Seafood Aglio Olio yang mudah dan sedap.

Resepi Spaghetti Seafood Aglio Olio
Lebih seafood dari spagetti dia haha.. sedap!

Resepi Seafood Aglio e Olio





Bahan bahan:

500 gram spaghetti
1 biji bawang holland - potong dadu
5 ulas bawang putih - potong dadu
1 biji capsicum - hiris kasar (campurkan color hijau dan merah untuk lebih menarik)
1 kiub pati ayam
1 mangkuk udang sederhana besar - dibuang kepala
1 mangkuk lala
Kupang (kalau nak letak kupang, perlu direbus terlebih dahulu). Boleh juga letak sotong atau seafood yang lain
Sedikit garam
Black pepper
Chili flake
Daun parsley
Minyak zaitun /olive oil untuk menumis
Kalau nak letak tomato ceri pun boleh (dibelah 2)

Cara cara:

1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam sehingga 3/4 masak dan toskan. Campurkan sedikit olive oil dan kacau rata. Ketepikan.
2. Panaskan olive oil. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga kekuningan. Kemudian masukkan capsicum, udang dan lala. Goreng sehingga hampir masak.
3. Taburkan kiub ayam (kalau nak rendam dalam air suam hingga larut dulu pun boleh). Kalau nampak kering sangat boleh letak sedikit air.
4. Masukkan spaghetti yang direbus tadi dan kacau rata.
5. Tabur black paper, daun parsley dan garam serta chili flake mengikut citarasa dan tahap kepedasan yang diingini dan gaulkan hingga rata.

Siap dan boleh dihidangkan! Mudah dan ringkas kan..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Selalu buat letak sotong atau udang jer..x pernah letak lala..lepas ni bleh buat la letak lala

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Adda, boleh cuba letak Lala pulak lepas nie. Selalu akak pun letak udang je..

    ReplyDelete
  3. Mudahnya resipi ni! Nak try lah nanti :D

    ReplyDelete
  4. Sedap oglio olio ...
    Lama tak buat...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, salah rabu dari mama. Senang nak buat pun kan

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana berkongsi, Ibu singgah ke mari. Kalau singgah secret recipee biasa ambil menu ni.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak. Sila buat open house ye dengan menu ni.

    ReplyDelete
  8. Sedap nampaknya mama. Seafood dah ada, spaghetti pulak takde :D

    ReplyDelete
  9. aida suka aglio olio ni.
    but anak-anak kurang minat, mamapp.
    so, kalau buat sure kat rumah kampung.
    ramai org lain makan :)
    kalau carbonara or bolognese, hmmmm anak-anak makan sampai licin.

    ReplyDelete
  10. saya pun suka dengan spageti ini..

    masa keja dulu selalu masak spageti untuk kastemer..

    ReplyDelete
  11. raya jarang buat aglio Oglio sbb ray lg suke spaghetti meatball hehe

    ReplyDelete
  12. bahan semua cukup.memang sedaplah ni!

    ReplyDelete
  13. Salam Khamis, Ibu singgah bertamu ke blog sis mamapipie. Sedapnya spagehtti olio

    ReplyDelete
  14. sesungguhnya sangat sukar untuk saya menepis godaaa ini !!

    ReplyDelete
  15. waa sedap ni, resepi pun senang j

    ReplyDelete
  16. Xpernh buat.. Biasa bolognese n carbonara je buat

    ReplyDelete
Previous Post Next Post