Lelaki Metroseksual Kos Tinggi!

Aku dpt artikel ni dari majalah.. jom baca utk tambahkan pengetahuan..

Istilah Metroseksual
Istilah metroseksual sebenarnya telah digunakan buat pertama kali oleh Mark Simpson pada tahun 1994 menerusi artikelnya di dalam akhbar The Independent. Waktu itu, Simpson melihat lelaki metroseksual sebagai orang muda yang mempunyai banyak wang untuk dibelanjakan serta tinggal ataupun bekerja di bandar raya. Terdapat ramai lelaki metroseksual yang terkenal. Antaranya termasuklah pemain bola AC Milan, David Beckham.

Tidak salah sekiranya menjadi seorang lelaki yang gemar berhias dan kelihatan kemas serta menarik. Namun, setiap sesuatu pasti ada batas dan sempadannya.

Wanita memang terkenal dengan sifat femininnya. Sebab itulah bukan suatu yang aneh kalau mereka dilabelkan sebagai golongan yang gemar bergaya, cantik dan menarik. Malah, ia akan menjadi semakin ketara kalau dompetnya penuh dengan wang ringgit. Namun, percaya atau tidak, lelaki pun ada juga yang begitu.

Popular dengan panggilan metroseksual, lelaki seperti ini memang suka bergaya. Bagi
mereka, penampilan diri menjadi antara perkara utama. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka sanggup berhabis duit untuk melakukan facial ataupun rawatan tubuh di spa di samping mengisi masa senggang di gimnasium. Tidak cukup dengan itu, pakaian, kasut dan aksesori lain juga kalau boleh semuanya hendak berjenama dan mengikut fesyen terkini. Selalunya mereka gemar mengenakan kemeja T yang bersaiz sedang agar ia tidak terlalu ketat ataupun mengelebeh. Manakala rambut disisir kemas dengan menggunakan wax dan tubuh disembur dengan pewangi terkini. Selain itu, mereka turut cerewet apabila menyentuh tentang kebersihan.

Jika dilihatkan pada gaya dan penampilan yang agak feminine itu, sudah tentu mereka boleh dilabelkan sebagai golongan yang maintenance tinggi. Namun, lebih teruk daripada itu, ada yang tanpa rasa segan silu mahupun bersalah menuduh mereka sebagai homoseksual tanpa bukti. Sedangkan dalam al-Quran Allah sudah berfirman: “Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.” (Al-Baqarah : 191)

Walaupun ciri-ciri yang ada pada lelaki metroseksual mirip homoseksual, tetapi tidak semua daripada mereka adalah gay. Malah, boleh dikatakan ramai juga antara mereka merupakan lelaki sejati. Cuma berbanding lelaki lain, metroseksual lebih cenderung untuk memperlihatkan kelainan termasuk menampilkan sifat feminin.

Akui Perunding Psikologi dan Klinikal di Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Mat Saad, walaupun lelaki bukan dilahirkan sebagai wanita, tetapi sebagai manusia dia juga boleh ada sifat tersebut. Dan dalam keadaan ini, lelaki terbabit tidak semestinya seorang homoseksual.

Ada Batasan
Biarpun lelaki ada nilai-nilai kewanitaan, itu tidak bermakna dia boleh menyerupai wanita. Dari Ibnu ‘Abbas r.a. katanya: “Rasulullah SAW mengutuk lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki.” (Sahih Bukhari)

Tidak ada salahnya menjadi seorang lelaki metroseksual yang gemar berhias dan kelihatan kemas serta menarik. Namun, setiap sesuatu pasti ada batas dan sempadannya. Usah kerana hendak tampil bergaya, kita menjadi seorang yang berlebih-lebihan kerana dalam Al-Quran Allah ada menegaskan menerusi surah Al Isra’, ayat 27 bahawa orang-orang yang boros adalah saudara syaitan.

Bagi kalangan lelaki yang bergaya dan mempunyai tarikan ‘songsang’, ingatlah bahawa Allah benar-benar melaknat perbuatan homoseksual. “Dan (Kami juga telah mengutuskan) Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, “Mengapa kamu melakukan perbuatan keji yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini). Sungguh kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampai batas.” (Al-A’raf:80-81)

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. betul bro nak jadi lelaki metroseksual mesti berpada-pada :D

    ReplyDelete
  2. lelaki metroseksual biasanya perfectionist..sabo jela sape kawen ngn diorg. :P

    ReplyDelete
  3. biar papa asal bergaya?..hahaha.

    ReplyDelete
  4. lelaki metroseksual ni sebenarnye macam kita jugak. yg penting jgn berlebih2 sgt ye tak

    ReplyDelete
  5. aku lelaki metroseksual kot. baru je habis RM100++ buat rambut. tak kesah la berhabis untuk diri sendiri, bukan orang laen.

    ReplyDelete
  6. Bagi sy takpe, yg penting sentiasa beringat. kan bagus kalau dapat suami yang sentiasa kemas dan menarik, tapi janganlah pulak berlebihan...

    ReplyDelete
  7. Gambar-gambar ikon metroseksual terkenal dunia, termasuk dari Malaysia. Sila lawat:

    http://metrosexualisme.blogspot.com

    ReplyDelete
Previous Post Next Post