Khas kepada guru yang nak cari income lebih - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, December 16, 2010

Khas kepada guru yang nak cari income lebih

Khas buat blogger yg bergelar guru dan yg ada kawan2 or sedara guru.. aku sekadar nak membantu kawan seopis ni..

Kepada sahabat-sahabat sekalian,

OASISBUKU kembali dengan penjenamaan semula, iaitu menerbitkan buku-buku akademik untuk pasaran murid-murid sekolah. Untuk permulaan, menerbitkan buku kegunaan murid sekolah rendah.

Untuk makluman, saya sedang mencari guru-guru cemerlang atau guru pakar yang mengajar di sekolah rendah seluruh Malaysia, bertujuan untuk menawarkan menulis buku latihan mengikut topik bagi kegunaan murid tahun 4, 5 dan 6, bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Jika anda mempunyai kenalan yang berminat untuk menulis buku, diharap dapat menghubungi saya melalui e-mel ini atau menelefon saya.

Spesifikasi buku:
1.Bersaiz A4
2. Penulis hendaklah menulis menggunakan komputer menggunakan font bersaiz 12 pt, font Times News Roman, beserta ilustrasi contoh. (Bagaimanapun ilustrasi akan dilukis semula oleh pihak kami)
3. Penulis perlu memberikan komitmen kepada deadline yang ditetapkan.
4. Penulis perlu menyemak, memberikan fakta tambahan (jika diperlukan), sewaktu dalam proses membuat reka letak dilakukan. Selain itu, penulis perlu menyemak semua tulisan sebelum proses cetakan dilaksanakan.
5. Penulis akan dibayar secara royalti bagi setiap hasil tulisan mereka.

Pertanyaan lebih lanjut bolehlah menghubungi saya.

Terima kasih.
SITI ZARINAH HUSAIN
PENOLONG EDITOR
GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
LOT 7, PERSIARAN SELANGOR,
SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM.
TEL: 05-55106636 SAMB 205 FAKS: 03-55106637
017-8892262

8 comments:

  1. Bagus.... Pendidikan anak2 harus diutamakan kerana mereka bakal memimpin negara...

    ReplyDelete
  2. bagus nie ..
    cikgu2 di luar sana .. apa layie :))

    ReplyDelete
  3. untukmenengah atas macam saya ada tak

    http://www.qalish.com/2010/12/contest-tips-unik-untuk-bayi-qalishcom.html

    ReplyDelete
  4. dulu akak prnah ditawarkan utk menulis buku ttp rasanya xsnggup cz beban kerja kt Sk pn dh xtrlayan...hu....

    ReplyDelete
  5. owh..menarik ni..tapi saya cikgi skol menengah..terasa nk join..hehe

    ReplyDelete
  6. yg ni utk sek rendah.. cubalah2 bgtau sesapa yg rasa berminat, satu lagi dia pun tgh cari org yg boleh buat grafik/ilustrasi utk buku2 oasis. sesapa yg berminat call akak tu yer..

    cayalah kak nza penah ditawarkan. tp mmg rumit sket nk wat buku ni. kena komitmen tinggi

    ReplyDelete

Words of wisdom