Review Limestone's Restaurant, Hotel Regalodge Ipoh Perak - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Tuesday, January 10, 2023

Review Limestone's Restaurant, Hotel Regalodge Ipoh Perak

Kesinambungan cerita Review Hotel Regalodge Ipoh Perak semalam, harini mama nak cerita restoran yang terletak di lobi hotel Regalodge iaitu Limestone's Restaurant. Setiap kali mama ke hotel ni memang selalunya penyebab parking penuh sebab customer yang pergi ke Limestone's restaurant ni. Ramai ke sini dan ada juga mama nampak mereka buat event. Meriah! Tapi mama rasa mama tahu kenapa ramai suka makan kat sini. Review Limestone's Restaurant, Hotel Regalodge Ipoh Perak


Review Limestone's Fine Dining Restaurant, Hotel Regalodge Ipoh Perak

Limestone's Fine Dining Restaurant


Menu Pilihan di Limestone's Restaurant

Sebenarnya ini adalah menu yang mama order dan minta hantar ke bilik hotel. Sebab masa tu kami check in dah malam dan tak larat nak pergi cari makanan. Tetiba tengok ada menu di bilik maka, mama terus aje order melalui telefon kat dalam bilik hotel.

Mee goreng 


Kueyteow goreng


Nasi goreng seafood penuh udang

Selepas beberapa ketika bell pintu bilik di bunyikan dan de depan mata mama ialah waiter beserta troli serving dia. Kesemua menu yang kami order tu memang sedap-sedap, big potion dan harga pun murah tau. Nak tahu harga ada mama ambil gambar menunya di bawah.

Menu di Limestone's Restaurant

Pls note menu ni adalah pada tahun lepas. Tahun ni tak pasti kalau ada pertukaran harga ke tak.



Selain dari menu ni Limestone's ada juga Fine Dining. Bolehlah nak candle light dinner kat sini kalau mahu..

Menu Breakfast Buffet

Ni antara menu breakfast di isni. Dah tiga kali ke sini, tiga kali juga mama breakfast di sini. Makanan dan minuman dia okay, cuma menu tu lebih kurang sama aje everytime. Kalau dipelbagaikan sikit ok gak.
First time makan dulu ada ayam



Nasi lemak dia sedap, tapi mee goreng dia kureng sebab terasa pahit mungkin kapur banyak dan juga terlebih kicap hihi.. Yang ada ayam tu mama makan tahun lepas, minggu lepas masa mama ke sana takde pula jumpa ayamnya. Menu lain lebih kurang sama. Selain ni ada juga roti bakar, bubur, dimsum/pau, kopi teh dan air oren. Mama suka air oren dan kopi kat sini. Sedap..




Keadaan dalam restoran. 

Suka ambient dalam restoran ni. Cozy dan relax aje.Patutlah ramai suka makan kat sini.


10 comments:

  1. murahnya menu room services dia tak macam harga hotel

    ReplyDelete
  2. Ada orang tu ke Ipoh aje skrg ni JJCM...jeles tau

    ReplyDelete
  3. Murah harga room service tu. Berbaloi la kalau memang tak larat naj keluar

    ReplyDelete
  4. Amboiii makanan semua sedap sedap..terliur tengok

    ReplyDelete
  5. Sedapnya makanan kat hotel nie Adda, puashati kan..

    ReplyDelete
  6. aida suka plak breakfast simple tu.
    anak2 aida, itu aje ulang amik nanti :) hi hi hi...
    ada telur, sosej. suka dah la Izzat.
    but yes, if variety kan lagi, lebih menarik, kan.
    ipoh. lom pernah nginap di sana, adda.
    lalu-lalu aje. jalan2 and nginap di tempat lain.

    ReplyDelete
  7. sedap sedaplah menu dia. dah mcm hotel 4 bintang pula

    ReplyDelete
  8. macamnya banyak
    tp kok cuma sedikit sedikit tiap piring

    ReplyDelete

Words of wisdom