Bercuti ke Fort Cornwallis Pulau Pinang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Thursday, January 5, 2023

Bercuti ke Fort Cornwallis Pulau Pinang

Akhirnya tibalah masa mama nak update blog cerita basi mama.  Mama pernah cakap dalam post sebelum2 ni yang mood nakupdate blog memang kelaut sejak mama first time dijangkiti Covid pada hujung bulan Mac tahun 2022 dulu. Masa tu selepas tamat kuarantin mama terus hantar anak mama ke asrama sebab kebetulan cuti sekolah dah tamat. Plan asal untuk bermalam di Penang masih dapat diteruskan kerana tarikh mama tamat kurantin adalah sehari sebelum tarikh ke Penang. Alhamdulillah. 


Maka, korang layanlah cerita basi mama yang berlaku pada Apil dulu.ye. Ni post terakhir pasal percutian Penang April 2022. Kat bawah ni ialah post yang berkaitan:


Bercuti ke Fort Cornwallis Pulau Pinang

Selepas keluar dari Airbnb kami pusing-pusing area berdekatan dan tetiba terjuma tempat ni secara tak sengaja. Seronok juga singgah sini.

Ada banyak meriam dan view cantik boleh ambil gambar byk2


Gambar atas tu penjara tapi masa ni tgh construction so tak dapatlah kami nak masuk. Gambar bawah penjara tu ialah pokok pinang. 

Cantik kan view kat sini.

Fort Cornwallis dulu dibina oleh British East India Company, Captain Francis Light pada hujung kurun ke 18 tahun 1786 dan merupakan  largest standing kat Malaysia. Walau bagaimanapun kubu yang digunakan sehiingga 1881 ni tak pernah diserang..


Tugu Captain Francis Light. Kat bawah tu cruise yang parking kat tepi fort bersebelahan tempat ni. Besar betul cruise ni.

Ada banyak info yang boleh kita dapat dari sini. Namun begitu ada yg dh lusuh dan tak boleh baca dan guna cthnya tempat bergambar tu warna gambar dah pudar. Sayang kan..

Overal, berbaloi la datang ke sini. Tempat luas dan tak ramai org. Sesuai kalau nak melawat tempat yang ada sejarah dan bergambar2. Kat dalam ni ada kedai makan yang nampak hipster juga.

Harga Tiket Masuk ke Fort Cornwallis Pulau Pinang

Entrance cuma RM 5 . 

Alamat: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu buka: 9am–10pm

Video Bercuti ke Fort Cornwallis Pulau Pinang

Jom sama-sama tengok Video Bercuti ke Fort Cornwallis Pulau Pinang mama



23 comments:

  1. Cantik pemandangan. Murah juga harga tiket.

    ReplyDelete
  2. lama sangat saya dah tak ke FC ni walaupun saya dok kat penang je. Banyak perubahan rupanya.

    ReplyDelete
  3. belum pernah sampai ke pulau pinang

    ReplyDelete
  4. dh lama wak x pegi penang., hehe

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi sampai ke sini.

    ReplyDelete
  6. Eh murah je tiket nak masuk ye kak. Bulan 2 nanti anak saya ada rombongan ke Pulau Pinang. Tak tahulah ni salah satu tempat diorang singgah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rombongan sesuai juga singgah sini. seronok budak2 lari sana sini dan baca ttg sejarah. tempat ni luas dan byk hijau

      Delete
  7. Banyak juga tempat yang kita boleh melawat kat Penang kan Adda. Tq sharing..

    ReplyDelete
  8. Dana jarang ke tempat bersejarah gini kak, jadi bila ada kawan-kawan yang kongsi jadi kita boleh tahu kisah nya. Kot sampai sana boleh melawat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semoga dpt tunjuk dana gambar dan bg info sikit2

      Delete
  9. Oh ada bayaran ya? Saya ingat percuma selama ni hahaha

    ReplyDelete
  10. Pernah lalu situ kerap juga tapi tak pernah masuk..
    Tahun lepas pi sekali je sebab nk visit aunty.. tak sempat nak pusing2 jalan lama

    ReplyDelete
  11. Saya dah masuk kubu tu tahun 2021 kalau tak silap. Masa sedang menaip komen ni, saya on the way balik dari Pulau Pinang.. hehe

    ReplyDelete
  12. Tahun lepas ramai friendlist sy di fb yg bercuti di penang mama.... byk dh tempat menarik yg best di penang... sy last ke penang 10 thn yg lepas... haha

    ReplyDelete
  13. Selalu lalu je depan tempat ni sebab takde geng kaki sejarah. Maybe kena buat solo trip. Haha

    ReplyDelete
  14. tq for sharing.
    if ke penang, surely aida akan ke sini.
    bersiar2. ambil angin di samping tgk tempat bersejarah.

    ReplyDelete
  15. Bestnya asyik pi bercuti ni...jeles tau....

    ReplyDelete
  16. x tau laa berapa kali dah sy ke penang tp sikit pun tak pernah jejak (masuk) kawasan ni hahahaha plg dekat tuuu...beli mi sotong kat gerai sblh hahahah

    ReplyDelete

Words of wisdom