Hukum Perempuan Melewatkan Solat Sehingga Datang Haid

Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Harini mama nak share berkenaan Hukum Perempuan Melewatkan Solat Sehingga Datang Haid. Setiap wanita tentu sekali pernah menghadapi masalah berkaitan waktu solat dan kedatangan haid. Mari kita sama-sama baca dan recap balik di hari mulia ini.


Hukum Perempuan Melewatkan Solat Sehingga Datang Haid

gambar hiasan


Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya apakah hukum jika saya solat Zuhur contohnya lewat tapi belum sempat saya nak solat tiba-tiba saya kedatangan haid adakah saya berdosa dan perlukah saya menqada solat tersebut?

 

Ringkasan Jawapan

Jika seseorang wanita itu memiliki masa yang cukup untuk dia menunaikan solat lalu tiba-tiba dia kedatangan haid maka dia wajib mengqada solat tersebut apabila dia suci dari haid. Namun jika tempoh tersebut tidak memungkinkan dia untuk menunaikan solat maka dia tidak wajib untuk mengqada solat tersebut. Melewatkan solat sehingga kedatangan haid tidaklah berdosa selagi mana dia berazam ketika masuknya waktu untuk menunaikan solat sebelum habisnya waktu solat.

 

Huraian Jawapan

Menunaikan solat di awal waktu merupakan antara sebaik-baik amalan. Walau bagaimanapun melewatkan solat selagi tidak luput waktu solat tidaklah berdosa. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:

أفضل الأعمال الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ

Maksudnya : Sebaik-baik amalan ialah solat pada waktunya dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”

(Riwayat Muslim)


Imam Ibn Hajar ketika menjelaskan hadis ini berkata: hadis ini menunjukkan bahawa melakukan solat di awal waktu adalah lebih afdal berbanding melakukannya di akhir waktu[1].


Walau bagaimanapun melaksanakan solat di awal waktu bukanlah suatu yang wajib. Harus untuk melewatkan solat dengan syarat dia berazam untuk melaksanakannya sebelum keluar waktu. Apabila masuknya waktu solat jika seseorang itu tidak melaksanakan solat dan tidak pula berazam untuk melakukannya sebelum berakhirnya waktu maka dia berdosa. Namun jika dia telah berazam untuk menunaikan solat sebelum berakhirnya waktu kemudian dia terhalang untuk melaksanakannya maka dia tidak berdosa kerana dia tidak dianggap meninggalkannya dengan sengaja[2].


Bagi kes wanita yang berada dalam keadaan suci ketika masuk waktu sembahnyang namun kemudian dia didatangi haid maka terdapat perincian, jika tempoh antara masuknya waktu dan kedatangan haid tersebut memungkinkan untuk dia melakukan solat maka dia wajib mengqada semula solat tersebut setelah dia suci. Namun jika tempohnya tidak memungkinkan mereka untuk menunaikan solat maka dia tidak perlu mengqadakannya. Hal ini seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi:

إِذَا أَدْرَكَتْ مِنْ أَوَّلِ الْوَقْتِ قَدْرَ الْإِمْكَانِ ثُمَّ حَاضَتْ أَنَّهُ يَلْزَمُهَا الْقَضَاءُ،

Maksudnya: “Jika seorang wanita mendapati ketika awal waktu tempoh yang memungkinkan dia (untuk melaksanakan solat) kemudian dia kedatangan haid maka dia wajib menqada solat tersebut[3].”


Imam al-Mahalli pula menjelaskan bahawa Jika seorang wanita itu kedatangan haid atau nifas pada awal waktu dan dia memiliki tempoh yang cukup untuk dia menunaikan solat seringkas mungkin maka dia wajib mengqada solat tersebut kerana dia boleh melaksanakan solat tersebut sekiranya dia tidak kedatangan haid. Manakala jika dia tidak mendapati tempoh yang cukup untuk dia melaksanakan solat maka dia tidak wajib untuk mengqadakannya[4].


Kesimpulannya, Jika seseorang Wanita itu memiliki masa yang cukup untuk dia menunaikan solat lalu tiba-tiba dia kedatangan haid maka dia wajib mengqada solat tersebut apabila dia suci dari haid. Namun jika tempoh tersebut tidak memungkinkan dia untuk menunaikan solat maka dia tidak wajib untuk mengqada solat tersebut. Melewatkan solat sehingga kedatangan haid tidaklah berdosa selagi mana dia berazam ketika masuknya waktu untuk menunaikan solat sebelum habisnya waktu solat.


Sumber: isyad fatwa muftiwp


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. fuh...mujur dibolehkan.
    penah ada situasi ni di office. waktu zohor tu sibuk sangat sampai lunch pun tak sempat... dah nak masuk jam 4 baru berlari ke toilet ehhhh dah ada tanda2 rupanya. terus rasa bersalah

    ReplyDelete
  2. Now I know it. Thanks mama for this reminder...

    ReplyDelete
  3. selalu lps habis haid yg liat nak solat...😬😬sy le tuuu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah! Terima kasih atas perkongsiannya.. Info yang bagus mama.. ;)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih berkongsi. Tau lah haid ni suka datang mengejut.hehe

    ReplyDelete
  6. Terima kasih mama bg info yang amat berguna

    ReplyDelete
  7. Kes saya pula selalu lepas solat saya dapati ada. Padahal sudah pastikan tiada apa-apa sebelum solat. Hehe.
    Apapun tq ada pengetahuan baru saya dapat.

    ReplyDelete
  8. menurutku
    sebaiknya segera salat ketikaudah masuk waktunya salat biar aman

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  10. Terima kasih ats prkongsian. Sbb tu x elok lewatkn solat kn

    ReplyDelete
  11. Perkongsin yang bagus..terima kasih adda...selalu dania tanya soalan ni...dah boleh suruh dia rujuk jawapan kat sini

    ReplyDelete
Previous Post Next Post