Ada Juga Yang Tak Sedap

Assalamualaikum kawan-kawan semua pekabo korang. Rindu pula dengan rakan-rakan blogger. Tapi mode hibernasi mama ni masih ongoing. Tengah tunggu mood untuk berblog semula huhu. Sementara tu mama buat post simple2 je la dulu sambil heret jari ke keyboard haha.. Beberapa hari ni mama terkena minum kopi yang tak sedap huhu.. Kononnya nak explore perisa baru. Kuciwa..




Mama beli ni sebab terbayangkan teh masala bila tengok ingredients. Tapi jujurnya pumpkin tu buat rosak rasa kopi. Sebab rasa dan bau labu kuat. siap ada parutan labu lagi dalam kopi tu tau.. huhu peliks


Ni pula bagi penggemar matcha. Bau beras panggang tu kuat betul sampai tangkap kat hidung masa minum. pelik-pelik aje hihi

Insaf mama, lain kali tanak suka-suka order perisa baru walaupun dari ZUS kena consider tekak sendiri juga. OK korang, til we meet again ya..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. Kalau jenis tidak boleh terima perisa memang jangan berani-berani cuba kecuali ada kawan,adik bagi rasa.

    ReplyDelete
  2. nieyl pun ada pengalaman mcnie..cuma brand lain la..
    memang potong habisss..dan tak semua sedap..

    ReplyDelete
  3. Tu yg linda kadang2 fikir kalau nak pilih perisa lain..
    Last2 perisa yang sama jugak yang selalu beli..

    ReplyDelete
  4. Betul-betul, kadang saya pun tersalah pilih, nak cuba benda baru lagaknya. Setakat ini asyik ulang beli kopi/teh yang dah kena dengan tekak. Huhu

    ReplyDelete
  5. Saya ni tak berapa adventurous sangat nak cuba perisa2 baru. Selalu order green tea latte je kalau ke sini.

    ReplyDelete
  6. belum kesempatan membeli kt zus lagi hahahah

    ReplyDelete
  7. Lama tak dengar cerita Mama 😌
    Macam² perisa ye, jgn sampai hilang keaslian rasa kopinya :D

    ReplyDelete
  8. Saya termasuk suka mencoba rasa2 baru tiap ke kafe kopi. Kalo dapat yg tak sedap, at least dah tahu rasanya, tak penasaran lagi mam 🤭☺️.

    Ternyata juga 2 rasa di atas. Tp saya penasaran nak coba. Selama ini kalo ke zus, hanya pesan Spanish latte. Nanti kalo ke KL lagi coba rasa lain lah 😄

    ReplyDelete
  9. W'salam mamapipie..
    LZ selalu terkena bila derhaka dengan order biasa.
    Konon nak cuba sesuatu yang baru, end up kecewa.. tak sedap.
    Thanks for sharing mamapp at least tak akan pernahku cuba air ini, hehehe

    ReplyDelete
  10. sbb tu kalau dah suka 1 tmpt air tu sy g tmpt sama je...takut keciwaaaa

    ReplyDelete
  11. ammi memang bukan "pencuba" jadi mmg ammi tak akan beli kopi or makanan yg bukan-bukan ni. takut membazir duit je

    ReplyDelete
Previous Post Next Post