Salam Jumaat korang. Canggih betul teknologi sekarang ni sampai ada apps yang boleh membuatkan gambar statik jadi bergerak dan nampak hidup. Ramai yg menggunakannya utk melepaskan rindu dengan org yg telah pergi. Terbaru mama nampak ada yg combine gambar statik menjadi bergerak berpelukan dengan org yg telah tiada secara maya. Risau juga mama nak buat macam tu. Teringn juga nak combin dgn gambar yg tersayang. Alhamdulillah ada pencerahan dari mufti berkenaan perkara ini. Hukum Menghasilkan Imej Orang Yang Telah Meninggal Dunia Dengan AI
Hukum Menghasilkan Imej Orang Yang Telah Meninggal Dunia Dengan AI
Soalan:
Assalamualaikum w.b.t, saya mempunyai soalan adakah dibenarkan perbuatan menggunakan aplikasi 'generative AI' dalam menghasilkan kerja kreatif digital memaparkan wajah insan yang telah meninggal dunia sebagai salah satu jalan meluahkan rasa kesedihan dan rindu kepada insan tersayang?
Ringkasan Jawapan:
Hukum menghasilkan imej orang yang meninggal dunia menggunakan teknologi Generative Ai, iaitu seseorang memasukkan arahan pada perisian atau aplikasi untuk gambar yang dikehendaki kemudian menghasilkan imej digital mengambil sama seperti hukum melukis gambar.
Hukum melukis gambar sama ada orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia tanpa tujuan dan sebab yang munasabah hukumnya adalah haram menurut majoriti ulama. Namun penggunaan menghasilkan imej digital untuk tujuan kemaslahatan dan keperluan seperti tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan. Selain itu, lukisan dan gambar yang tidak lengkap (hanya menampilkan sebahagian anggota sahaja) iaitu jika dengan ketiadaan sebahagian anggota seperti kepala maka tiada bernyawa manusia dan haiwan tersebut maka hukumnya harus. Oleh itu, penghasilan imej digital orang yang telah meninggal dunia aplikasi “generative AI” adalah harus dengan syarat:
- Gambar yang dihasilkan bukanlah gambar yang sempurna seluruh anggota tubuh badan.
- Tidak mempamer aurat atau apa sahaja perkara yang bercanggah dengan syarak.
- Tidak mengaibkan gambar si mati.
- Tidak menjadikan gambar orang yang telah meninggal dunia bergerak-gerak kerana dikhuatiri ia akan menjatuhkan maruah atau memalukannya.
- Tujuan gambar tersebut dibuat hanyalah untuk perkara-perkara kebaikan.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Penggunaan teknologi yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan yang tidak baik sama ada kepada individu, masyarakat mahupun negara.
Hukum Melukis Gambar Makhluk yang Bernyawa
Hukum melukis gambar makhluk yang tidak bernyawa seperti pokok-pokok atau gunung ganang adalah harus dan dalam hal ini tidak ada perselisihan di kalangan ulama. Adapun hukum melukis gambar makhluk yang hidup dan sempurna adalah haram menurut Majoriti ulama[2]. Hal berdasarkan sabda Nabi SAW:
إِنَّ الَّذِينَ يَصْنَعُونَ هَذِهِ الصُّوَرَ يُعَذَّبُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ لَهُمْ: أَحْيُوا مَا خَلَقْتُمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat seraya diseru, ‘Hidupkan apa yang kalian buat.”
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW juga bersabda:
أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الَّذِينَ يُضَاهُونَ بِخَلْقِ اللَّهِ
Maksudnya: “Manusia yang paling pedih azabnya pada hari kiamat adalah orang yang berusaha menyaingi ciptaan Allah.”
(Riwayat al-Bukhari)
Imam Nawawi dalam menjelaskan hadis di atas berkata:
قال أصحابنا وغيرهم من العلماء: تصوير صورة الحيوان حرام شديد التحريم ، وهو من الكبائر ؛ لأنه متوعد عليه بهذا الوعيد الشديد المذكور فى الأحاديث ، وسواء صنعه بما يمتهن أو بغيره فصنعته حرام بكل حال ؛ لأن فيه مضاهاة لخلق الله تعالى،
Maksudnya: “Ulama besar mazhab Syafi’i (Ashab al-Syafi’i) dan lainnya berpandangan bahawa hukum melukis makhluk yang bernyawa adalah tersangat haram dan ia termasuk dalam dosa besar. Hal ini demikian kerana pelakunya diancam dengan ancaman keras yang disebutkan dalam beberapa hadis, sama ada dalam keadaan yang dihina atau selainnya maka hukumnya haram. Ia termasuk dalam bab cubaan untuk menyaingi ciptaan Allah SWT.[3]”
Bahkan menurut ulama mazhab Syafi’i haram melukis makhluk yang hidup walaupun dalam bentuk yang tidak sempurna atau makhluk yang tidak pernah wujud seperti gambar manusia yang memiliki sayap[4]. Namun pandangan kedua dalam mazhab Syafi’i iaitu pandangan Imam Abu Hamid al-Marwazi harus melukis gambar makhluk yang tidak wujud di alam nyata[5].
Hukum Mengenai Gambar Makhluk Bernyawa
Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa hukum mengenai gambar makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan bergantung pada tujuan pembuatannya:
- Haram jika gambar tersebut dibuat untuk disembah selain Allah SWT, untuk menyucikannya, untuk menyaingi ciptaan Allah SWT, untuk menggambarkan para Nabi dan Malaikat atau gambar-gambar yang tidak menutup aurat.
- Tidak diharamkan jika gambar tersebut tidak dimaksudkan untuk tujuan yang terlarang dalam Islam[9].
Sebahagian ulama pula memberikan kelonggaran kepada gambar-gambar untuk tujuan maslahat seperti pendidikan dan lainnya.
Berbalik kepada persoalan di atas, penghasilan imej orang yang meninggal dunia menggunakan teknologi Generative Ai, iaitu seseorang memasukkan arahan pada perisian atau aplikasi untuk gambar yang dikehendaki kemudian menghasilkan imej digital sama seperti hukum melukis gambar[11].
Kesimpulan
i. Para ulama berselisih pandangan tentang hukum penghasilan imej. Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi’i hukum menghasilkan imej makhluk yang bernyawa adalah haram manakala sebahagian ulama kontemporari ada yang menyatakan tidak haram. Bagi yang menyatakan tidak haram antaranya Syeikh Yusuf al-Qaradawi, berpandangan bahawa imej atau gambar digital makhluk yang bernyawa seperti manusia dan haiwan tidak termasuk dalam larangan dalam hadis di atas. Ini kerana menurut beliau gambar yang diharamkan itu hanyalah gambar yang memiliki bayang-bayang seperti ukiran yang mempunyai 3 dimensi.
ii. Hukum menghasilkan imej orang yang meninggal dunia menggunakan teknologi Generative Ai, iaitu seseorang memasukkan arahan pada perisian atau aplikasi untuk gambar yang dikehendaki kemudian menghasilkan imej digital mengambil sama seperti hukum melukis gambar.
iii. Hukum melukis gambar sama ada orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia tanpa tujuan dan sebab yang munasabah menurut syarak hukumnya adalah haram menurut majoriti ulama. Namun penggunaan menghasilkan imej digital untuk tujuan kemaslahatan dan keperluan seperti tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan. Selain itu, lukisan dan gambar yang tidak lengkap (hanya menampilkan sebahagian anggota sahaja) iaitu jika dengan ketiadaan sebahagian anggota seperti kepala tersebut maka tiada bernyawa manusia dan haiwan tersebut maka hukumnya harus. Oleh itu, penghasilan imej digital orang yang telah meninggal dunia aplikasi “generative AI” adalah harus dengan syarat:
- Gambar yang dihasilkan bukanlah gambar yang sempurna seluruh anggota tubuh badan.
- Tidak mempamer aurat atau apa sahaja perkara yang bercanggah dengan syarak.
- Tidak mengaibkan gambar si mati.
- Tidak menjadikan gambar orang yang telah meninggal dunia bergerak-gerak kerana dikhuatiri ia akan menjatuhkan maruah atau memalukannya.
- Tujuan gambar tersebut dibuat hanyalah untuk perkara-perkara kebaikan.
iv. Kami menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Penggunaan teknologi yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan yang tidak baik sama ada kepada individu, masyarakat mahupun negara.
Wallahu a'lam
Baca secara terperinci di sini.
Seram...ada ternampak gak...org kita gak yg buat...sebab rindu arwah mak dia katanya
ReplyDeletebetul kak. ada yg nampak real sampai rasa nak buat aje dgn gambar arwah mak huhu... tapi tahan aje
Deletemacam-macam yang tak seharusnya terjadi berlaku di dalam dunia maya khasnya AI laa nih kan mama, sentiasa kita berpesan-pesan pada ahli keluarga agar terhindar dari segala keburukan.. aamiin
ReplyDeletehari tu berbual dgn chat gpt... ni gmbr pula... eee seram teknologi skrg ni
ReplyDeleteKann. Risau betul dengan teknologi sekarang.
ReplyDeleteTerimakasih sharingnya kak. Saya pribadi tak suka ikutkan trend itu. Membuat gambar orang yg sudah meninggal seolah bergerak. Bagi saya cukuplah saya dengar suara mama mertua yg sempat saya rekam, atau sekedar melihat foto beliau.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian mamapipie..
ReplyDeleteSelain haram, LZ pula tak sampai hati untuk buat mcm tu, even nak tengok video atau gambar2 lalu pun masih sedih.. biarlah mereka dikenang dalam doa dan amalan kita seharian..
Tengah trend kan benda ni, banyak juga nampak yang buat. Teknologi dah makin canggih sekarang, boleh hilangkan rindu kepada yang tiada. Thank you share
ReplyDeleteMacam-macam sekarang nie kan Adda. Tq sharing.
ReplyDeleteMacam macam dunia skrg kan
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang sangat menarik. Banyak info baru yang saya pelajari daripada post ini. Teruskan menulis, pasti ramai yang mendapat manfaat.
ReplyDeletehukum menggambar yang hidup seperti manusia dilarang
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDelete