Lunch di Restoran Bendang Eco Ardence Shah Alam Selangor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, November 14, 2022

Lunch di Restoran Bendang Eco Ardence Shah Alam Selangor

Assalamualaikum semua, satu hari di bulan Oktober, mama dengan en hubby telah pergi Lunch di Restoran Bendang Eco Ardence Shah Alam Selangor. Masa kami kesana dah lambat pun dalam pukul 2. Selalu juga mama lalu lalang restoran ni tapi baru kali ni berkesempatan lunch di sini.

Baca juga:


Lunch di Restoran Bendang Eco Ardence Shah Alam Selangor

Inilah lauk kami suami isteri.

Makan simple-simple aje. Sayur mabil ulam-ulaman. En husband ambil lauk ikan





Mama pula ambil lauk sotong dan hati ayam. Petai tu mama eksport bg husband hihi. 

Masakan kat sini sedap juga. Sedap makan dengan nasi panas. Air teh ais tu pula rasa teh ais ala melayu. Not bad. Boleh lah datang lagi. Walaupun kami lunch lambat tapi masih ramai lagi yang datang lunch di sini.

Sabtu Lepas mama singgah Lagi ke sini selepas kerja. Dua pinggan ni termasuk air kosong Dan limau ais RM 22. 

Nampak macam makanan yang sihat bila tengok ulam-ulaman tu kan. Memang banyak juga jenis ulam dan semuanya segar-segar. Bagi ibu-ibu yang preggy sekarang ni jagalah kesihatan dan makan makanan yang sihat ye. Try tengok video kat bawah ni.

Makanan ini Banyak kKhasiatnya untuk Ibu Mengandung!




Cuma Ada satu perkara Yang mama Rasa boleh improve kat kedai ni. System bayar dulu sebelum makan kadang sedikit hassle sebab kalau ramai org Dan Ada Pula Yang bungkus, kesian la beratur. Mama nampak pekerja ramai, apa salahnya yg dine in Kira Di meja Dan bayar kemudian.


Antara pilihan lauk


Cantik loteng ni kan. Kat atas masa ni ada sambutan birtthday rasanya


Maklumat Restoran Bendang Eco Ardence Shah Alam

Restoran Bendang Eco Ardence Shah Alam

Alamat: 59 Jalan Ardence Crest U12/36D, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 6 pagi - 11 malam



18 comments:

  1. aduh mama..tengok lauk2 waktu tengahari macam ni perut terus berkeroncong menggoda sungguh hihi

    ReplyDelete
  2. Takut orang tidak bayar atau susah kira sebab habis makan.
    Itulah selalu kedai nasi campur, makan dahulu bayar kemudian.

    ReplyDelete
  3. tengok lauk yang akak dan suami ambil nampak sedap betul

    ReplyDelete
  4. lauknye membangkitkan selera, Kalau ke Shah Alam boleh singgah

    ReplyDelete
  5. Ulam daun selom tu memang nampak menyelerakan. Di LD saya tak pernah jumpa daun selom.

    ReplyDelete
  6. Ibu baca entry mama ni tengah malam..
    Tengok pula lauk pauk berkeroncong balik perut ni.. Sedapnya! ;)

    ReplyDelete
  7. Ulam dia tu menggoda lah, nampak lauk pun sedap-sedap.

    ReplyDelete
  8. Menarik lauk-lauk nya, boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  9. Tudia....Shah alam memang banyak la tempat2 hot spot

    ReplyDelete
  10. kena beratur sambil bawak pinggan ke? alamak letih la gitu

    ReplyDelete
  11. Ingat sungguh ada bendang kat shah alam. rupanya nama sahaja

    ReplyDelete
  12. menggodanya tgk lauk pauk pilihan k.adda & suami tu..aihhh awat lah jauh kat s.alam..kalau area KL boleh terjah..tapi suka lah konsep kedai ni..deko cantik & kemas..

    ReplyDelete

Words of wisdom