Makan Durian Di Pak long Baling Kedah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, June 27, 2022

Makan Durian Di Pak long Baling Kedah

Saja mama nak cerita tentang Makan Durian Di Pak long Baling Kedah. Almaklumlah sekarang kan musim durian. Mama Makan Durian Di Pak long Baling Kedah ni sudah kali kedua. Kali pertama hanya bersama en hubby. Kali kedua bersama anak tercinta dan mak mertua. Dua kali makan, dua kali puas hati hihi.. 

Kali pertama mama makan boleh baca kat sini Makan Durian Tembaga Siam D15 Di Baling KedahMasa tu mama hanya makan durian tembaga (durian tembaga dah masuk dalam favourite mama dah sekarang. Sedap & berbaloi sangat)

Kali ni mama makan 3 jenis durian iaitu durian tembaga, udang merah dan kampung kahwin. Harga ni 3 minggu lepas punya harga semua around Rm20/kg. Tapi mama percaya sekarang harga dah makin turun kan. Gambar kat atas ni rasanya tembaga. Seperti biasa, sedap dan berbaloi sangat sebab ulas durian tu byk dalam pangsa. Isi pula tebal..


Durian udang merah. Sedap sangat..

Durian udang merah mmg seap gais.


Rasanya ni durian kawin.

Kesemua 3 biji yang kami beli ni berharga. Rm100. Alhamdulillah puas hati.Nanti nak repeat lagi tapi tak tau la nak beli kat mana. Byk pilihan durian sekarang ada dijual di mana2 kan. 

Maklumat Durian Di Pak long Baling Kedah



Kalau korang nak cari kedai ni boleh ikut alamat ni ye.

KEDAI BUAH PAKLONG BALING
Alamat: Kampung Temusu Mukim, 09100 Baling, Kedah
Buka dari 9.30 pagi - 11 malam

12 comments:

  1. Teringin pula nak rasa durian merah. Terliur!

    ReplyDelete
  2. perghh menguning durian nyaaa!! NI yg rasa nak makan lagi ni :D

    ReplyDelete
  3. warna kuning pekat aduh memikat sungguh

    ReplyDelete
  4. Tak aci ni...orang Baling pun belum makan durian di Baling lagi musim ni :)

    ReplyDelete
  5. terliur nengoknya. warna kuning berseri, mesti rasa pun setanding

    ReplyDelete
  6. baru beli durian smlm order kat Food panda..Tulis dalam tu, udang merah tapi bila dah sampai macam tak je..rasa pun x sedap..isi nipis...

    ReplyDelete
  7. Puas hati bila isi dia tebal macam nie.. Pergh!!

    ReplyDelete
  8. Blom dpat merasa makan durian lagi tahun ni...sebab batuk ni kan...x nak menempah masalah..biar dulu la sampai elok..

    ReplyDelete

Words of wisdom