Ramah dan Rahmah Kepada Orang Lain - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Friday, June 24, 2022

Ramah dan Rahmah Kepada Orang Lain

Assalamualaiku semua. Salam hari Jumaat penuh keberkatan semoga semuanya sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. Harin mama nak share berkenaan Ramah dan Rahmah Kepada Orang Lain. Bahan bacaan sempena hari Jumaat ni. Semoga bermanfaat.

Baca juga:

Ramah dan Rahmah Kepada Orang Lain

عن أبي موسى الأشعري أنه سمع النبي - صلى الله عليه وسلم - يقول : " لَنْ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَرْحَمُوا " . قَالُوا : يَا رَسُولُ الله  كُلُّنَا رَحِيم . قال : " إِنَّهُ لَيسَ بِرَحْمَةِ أَحَدِكُمْ صَاحِبَهُ  وَلَكِنَّهَا رَحْمَةَ النَّاسِ رَحْمَةَ الْعَامَّةِ

Daripada Abi Musa al-Asyari, sesungguhnya aku mendengar Nabi SAW bersabda: Kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling menyayangi. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami semua adalah penyayang. Rasulullah SAW bersabda: Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah kasih sayang di antara kalian sahaja bahkan kasih sayang kepada seluruh manusia dan seluruh makhluk. (HR Tobrani No 13671) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan Hadith

Gambar hiasan.

1.  Sayang menyayangi antara sesama orang beriman berkait rapat dengan Imannya kepada Allah.

2.  Tuntutan menyayangi bukan hanya kepada sesama Muslim malah kepada orang bukan Islam juga seluruh makhluk yang lain dengan memberi hak mereka sewajarnya.

3.  Sifat berkasih sayang adalah fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua makhluk yang bernyawa. Bukan hanya kepada manusia tetapi juga kepada binatang. Naluri kasih sayang selalu ada pada manusia seperti kasih sayang kepada orang tua, orang muda, kanak-kanak, serta sesama manusia.

4.  Menurut Ibnu Qayyim: Kasih sayang adalah sifat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang lain dan bersedia bersusah payah mendatangkan kebaikan dan menjauhkan keburukan kepada orang lain.

5.  Allah menyayangi orang yang menyayangi sesama makhluk. Rasulullah SAW bersabda:

إنما ير حم الله من عباده الرحماء

Allah hanya akan menyayangi hamba yang menyayangi (makhluk-Nya) HR Bukhari dan Muslim


Marilah bersama-sama kita tunaikan tuntutan iman untuk bersifat RAMAH dan RAHMAH dengan  menyayangi orang lain bukan memusuhi. 


Sumber: 1 Hari 1 Hadis 



2 comments:

  1. Insya Allah akan cuba sedaya supaya untuk menyayangi semua makhluk.

    ReplyDelete
  2. Berkasih sayang la
    Rabia singgah sini ♥

    ReplyDelete

Words of wisdom