Beli Pisang Cheese di KAK P : The Pisang Cheese Shah Alam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Thursday, June 2, 2022

Beli Pisang Cheese di KAK P : The Pisang Cheese Shah Alam

Semasa ingin pulang dari Brunch+Tea Di Kueh Cafe Seksyen 13 Shah Alam Selangor, mama perasan ada kedai KAK P : The Pisang Cheese Shah Alam. Tetiba teringat kakak upar mama yang sedang sakit. Dia suka makan pisang cheese kat sini. Maka mama pun Beli Pisang Cheese di KAK P : The Pisang Cheese Shah Alam untuk dia.


Beli Pisang Cheese di KAK P : The Pisang Cheese Shah Alam

Inilah pisang cheese yang mama beli.

Pisang Cheddar cheese berharga RM 10. Penuh cheese atas pisang tu.


Ini adalah senarai pisang cheese perisa lain kalau nak cuba beserta harga.

Rasa pisang cheese ni memang sedap dan fresh. Bila order baru dia masak. Mungkin sebab tu kot. Selepas bawa ke kakak mama, dia sedikit pun x makan huhu. Nak buat macam mana dia tengah sakit kanser tahap 4 dan sudah pun under paliative care. Sebab tu mama dan hubby juga yang makan. Penuh prut kitaorang. Sekarang kakak ipar mama langsung dah tak boleh makan. Hanya bubur dan susu saja. Semoga Allah memberikan kesembuhan dan kekuatan amin..

Maklumat KAK P : The Pisang Cheese Shah Alam


KAK P : The Pisang Cheese Shah Alam

Alamat: Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Masa operasi: 10 pagi - 7:00 malam


12 comments:

  1. Macam Kapten Pisang di Melaka. Lebih kurang menunya.

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan pisang cheese. selalu kalau nampak orang jual, x pernah pulak nak cuba.Hu3.

    ReplyDelete
  3. dulu2 viral selalu ada gerai jual.. sekarang ni payah pulak nak jumpa

    ReplyDelete
  4. banyak cheese nya...semoga dipermudahkan urusan kakak ipar mamapp..

    ReplyDelete
  5. Masa tengah viral dulu pernah makan sekali je pisang cheese ni. Tak berapa suka sebab letak susu. Tak tahu la if ada yang tak letak susu.

    ReplyDelete
  6. thankyou for your post visit us to see article about anything at https://www.unair.ac.id/

    ReplyDelete
  7. Kemain eh cheese menutupi pisang..

    ReplyDelete
  8. Berbaloi ni. Harga murah dah tu. Tapi pisang goreng original tetap di hati. 😂

    ReplyDelete
  9. mmg suka pisang cheese kak p....suka yg chocolate cheese

    ReplyDelete
  10. Semoga diberi kekuatan dan kesembuhan untuk Kakak Adda ya. Tapi nampak sedap betul goreng pisang cheese tu Adda..

    ReplyDelete
  11. dapnya pisang cheese tu..favourite saya jugak ni..moga kakak mama kuat melawan sakit & sembuh seperti biasa semula..aamiin..

    ReplyDelete
  12. pisang keju enak rasanya asalkan jangan terlalu banyak kejunya biar tidak terlalu asin

    ReplyDelete

Words of wisdom