Tarikan Tempat Menarik di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022 - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Saturday, January 22, 2022

Tarikan Tempat Menarik di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022

Tarikan Tempat Menarik di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022. Pulau Langkawi adalah antara pulau paling terkenal sebagai destinasi melancong di Malaysia. Selain dari keunikan cerita lagenda Mahsuri dan beberapa lagenda yang lain, terdapat banyak sangat tarikan menarik di pulau ni. Melalui pengalaman sendiri, percutian 3 hari tidak cukup untuk betul-betul enjoy dan explore kesemua tarikan pulau ini. Sebab itulah ramai yang datang ke Pulau Langkawi berkali-kali untuk bercuti untuk berehat dan berhibur bersama keluarga. 


Tarikan Tempat Menarik di Pulau Langkawi Kedah Tahun 2022

Di sini mama senaraikan antara aktiviti yang boleh dibuat di Pulau Langkawi. Kalau lihat kategori yang disenaraikan di bawah, tidak hairanlah jika Pulau Langkawi selalu padat dengan pelancong. Terlalu banyak tarikan dan aktiviti untuk memenuhi semua jenis minat dan keinginan yang pelbagai. Mama sendiri sudah sudah ada perancangan untuk berkunjung lagi ke sini nanti. 


Peminat Haiwan & Hidupan Liar 

Gambar sendiri di Under Waterworld Langkawi, Taman Hidupan Liar dan gambar dari FB Buffalo Park.


Ada banyak taman haiwan kat sini. Bagi keluarga yang ada anak-anak kecil tentu sekali tempat seperti ini menjadi pilihan. Antara tempat tarikan yang menjadi tumpuan seperti berikut.

Under Waterworld Langkawi - Tersenarai antara salah satu akuarium terbesar di Asia Tenggara, Under Waterworld Langkawi memang sesuai dikunjungi oleh semua lapisan umur. Selain dapat meraih info hidupan marin, kita juga akan rasa terhibur melihat hidupan air seperti penguin, singa laut, dan pelbagai lagi. Kalau ke sini, pastikan tahu waktu feeding haiwan kat sini maka bolehlah enjoy show feeding kat sini nanti.

Buffalo Park Langkawi - Unik sekali Buffalo Park ni sebab kat sini pengunjung boleh menyaksikan dan merasa sendiri pengalaman memerah susu kerbau, menunggang kerbau, pembuatan keju selain dari melihat kerbau-kerbau yang ada di sini. Kita boleh juga membeli produk tenusu segar hasil dari kerbau di sini.

Selain dari di atas, terdapat juga Crocodile Adventureland untuk melihat buaya, Langkawi Nature Park dengan 1200 haiwan dan Taman Hidupan Liar/Wildlife Park Langkawi


Menikmati Keindahan Pantai Dan Aktiviti Pantai 

Port ootd di Pantai Pasir Hitam, fire show di Pantai Cenang dan keindahan air surut di Pantai Tanjung Rhu. Gambar from FB.


Terdapat banyak pantai di Pulau Langkawi dengan tarikan yang tersendiri. Antara aktiviti yang boleh di buat sini tentulah menikmati keindahan pantai, menenangkan fikiran mendengar deruan ombak, mandi manda dan snorkeling, menikmati pemandangan matahari terbit dan matahari terbenam. Hanya aktiviti santai macam ini pun dah cukup untuk memberikan energy baru dalam tubuh kita. Bagi yang berminat dengan aktiviti pantai tentu sekali ada ditawarkan juga dibeberapa lokasi.  Antara pantai yang terdapat di Pulau Langkawi ialah:


Pantai Cenang - Pantai yang paling popular di Langkawi. Di sini terdapat banyak hotel, kedai makan, kedai bebas cukai, spa dan kawasan strategik untuk lihat matahari terbenam. Bagi yang minat aktiviti pantai juga ada disediakan pakej dan juga aktiviti seperti island hopping, parasiling dan jetski. Underwater World Langkawi pula hanya jarak berjalan kaki saja dari Pantai Cenang. Di malam hari pula boleh kita menyaksikan Fire Show Anak Hantu Bar yang mengasyikkan.


Pantai Tengah - Pantai Tengah adalah pantai terpanjang di Langkawi. Aktiviti yang boleh dibuat di sini sama seperti Pantai Cenang cuma tempat ini tak sesibuk Pantai Cenang. Terdapat spa dan juga aktiviti pantai seperti menaiki speedboat dan jetski. Ramai ke sini untuk mendapatkan ketenangan.


Pantai Tanjung Rhu - Pantai ini terkenal dengan kecantikannya. Pasir yang memutih dan air yang jernih memang sesuai OOTD di sini. Pantai ini menjadi tumpuan ramai terutama ketika air surut di waktu pagi untuk melihat seperti ada sebuah pulau lain di depannya dan kita boleh berjalan kaki saja ke sana. Memang cantik sangat dan fenomena ini hanya di Pantai Tanjung Rhu. Selain itu banyak juga aktiviti yang boleh dibuat termasuklah menyusuri Kilim Natural Geopark melalui Sungai Kilim dan makan di restoran terapung.


Pantai Kok - Antara pantai yang cantik dengan air yang jernih dan pasirnya yang putih. Tempat ni ideal untuk tengok matahari terbenam. Banyak juga hotel dengan private beach di sini.


Selain dari di atas terdapat juga pantai-pantai lain yang tidak kurang hebatnya. seperti Pantai Pasir Hitam yang unik dengan pasirnya yang kehitaman, Pantai Pasir Tengkorak yang cantik dan sesuai untuk yang inginkan suasana aman dan banyak lagi pantai yang tak dapat disenaraikan semuanya di sini.


Menikmati Keindahan Alam Semulajadi

Selain dari pantai, keindahan alam ini boleh dilihat di mana-mana bahagian Langkawi lainnya. Terdapat pelbagai air terjun, gunung dan juga pulau yang tetjaga keindahan alam semulajadinya.


Tasik Dayang Bunting, Air Terjun Telaga Tujuh Dan Air Terjun Durian Perangin


Air Terjun - Antara air terjun yang menjadi tumpuan adalah Air Terjun Telaga Tujuh yang terdapat seperti 7 telaga semulajadi yang cantik. Selain itu ada juga air terjun 14 tingkat: Air Terjun Durian Perangin  dan air terjun 3 tingkat; Air Terjun Temurun dengan pemandangan yang cantik. Kalau nak mandi air panas bolehlah ke satu-satunya air panas air masin di Malaysia iaitu di Ayer Hangat Village sambil menikmati pemandangan alam yang cantik. 


Pulau-Pulau - Terdapat 99 pulau di Langkawi dan ramai pergi ke Langkawi untuk eksplorasi pulau-pulau di sini. Antara Pulau yang terkenal di sini ialah Pulau Dayang Bunting yang terkenal dengan lagenda Dayang Bunting bernama Mambang Sari.. Dikatakan jika mandi di Tasik Dayang Bunting boleh membantu untuk mendapatkan anak. Selain itu terdapat juga Pulau Beras Basah yang cantik dan sesuai untuk mandi manda, selain dari Pulau Tuba, Pulau Datai, Pulau Singa Besar dan lain-lain.



Shopping 

Kenangan beli coklat di kompleks Haji Ismail Group. Habis RM600++. Kat airport memunggah beg semula sebab terlebih berat dek shopping macam-macam.

Sebagai pulau bebas cukai, Langkawi tentu sekali menjadi tumpuan kaki shopping. Antara barangan yang menjadi pilihan adalah coklat, pinggan mangkuk, beg berjenama dan pelbagai lagi. Antara tempat popular ialah di Komplek HIGIdaman Suri dan kedai bebas cukai yang banyak terdapat di Pulau ini.


Food Hunter

Bagi pemburu makanan pula jangan risau kerana di sini terdapat banyak tempat makan dan restoran yang popular. Dari restoran mewah sehingga ala street food semuanya ada. Antara tempat tumpuan ialah Pasar Malam Kuah, Nasi Campur Kak Yan, Nasi Dagang Pak Malau, Rojak Hafiz Rojak dan  Nasi lemak 5A


Aktiviti Lasak & Ekstrem

Gambar dari FB. Langkawi Sky Bike, Canopy Adventure dan Skytrex. Ada berani?

Bagi penggemar aktiviti lasak dan sukakan adventure bolehlah pergi ke Langkawi Adventure & Xtreme Park yang menawarkan Sky Bike, ATV dan Go Kart. Selain itu boleh juga ke Langkawi SkyTrex Adventure, Paradise 101 dan Langkawi Canopy Adventures


Banyak Port OOTD

Percaya atau tak kesemua yang tertulis di atas ni adalah port OOTD yang cantik-cantik. Selain dari yang tersenarai di atas antara tempat menarik untuk bergambar dan OOTD ialah di SkyBridge Langkawi, Dataran Lang, SkyCab Langkawi, Taman Legenda Pulau Langkawi  Chogm Park, Believe Langkawi dan Langkawi 3D museum

Bagi yang sukakan pemandangan kapal mewah di jeti boleh ke Telaga Harbour Marina, tentu takkan menyesal dengan hasil OOTD di sana. Selain OOTD kita boleh juga menikmati binaan rumah dan pemandangan cantik di Muzium Laman Padi Langkawi serta Kampung Mahsuri.


Staycation

Dengan kesemua senarai tarikan di atas, tentu terdapat lebih banyak hotel dan staycation yang menarik di pulau lagenda ini. Dari hotel berkonsep mewah sehinggalah hotel bajet semuanya ada di sini. Terlalu banyak pilihan dan ada juga extra point seperti kolam renang, spa, private beach dan lain-lainnya.


Berjaya Langkawi Resort. Gambar dari booking.com


Bagi yang inginkan pemandangan cantik dan pengalaman hotel 5 bintang bolehlah memilih Berjaya Langkawi Resort yang terletak di Pantai Kok. Dekorasi resort berkonsep tradisional dengan perabot moden tentu sekali memberikan rasa kemewahan resort di atas air ini. Terdapat pelbagai kemudahan seperti pool, island hopping, sukan air, gym dan pelbagai lagi. Pemandangan tepi pantai dan juga hutan hujan tropika tentu sekali memberikan kelapangan fikiran.


34 comments:

  1. Aha kalau saya pergi Langkawi, saya cari coklat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la na.. byk murah dia berbanding eli kat sini kan

      Delete
  2. mznarikkk 👍👍insyaallah
    plan 2022 😊 ke Langkawi
    last kesana 1999 he hee lamaaa sungguh dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih lama tu cik nor. dah boleh repeat kan. mama aritu pun pergi tahun 2018. plan repeat tahun 2020 tapi terpaksa postpone sebab covid hihi

      Delete
  3. Menariknya. Banyak rupanya pantai. Pernah pergi Cenang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada byk lagi cici, tak larat nak senaraikan semuanya. ni mama letak sini utk refer nx trip nanti

      Delete
  4. Lama tak pi langkawi.. last pi tahun 2017.. kene pi juga tahun ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah lama sgt. mama dulu 2018. jom repeat sama2

      Delete
  5. ok ngsm info ni. selalu ingat langkawi ingat coklat je.

    ReplyDelete
  6. Kalau ke sana memang tak sah kalau tak beli coklat kan. :) Naniey belum pernah sampai Langkawi lagi. InshaAllah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah mama doakan satu hari nanti sampai

      Delete
  7. Thanks share. Wah, baru tau buffalo Park tu. Saya kalau g Langkawi nak gi pantai je. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tunggang kerbau sal. hihi

      Delete
    2. mama oun sama macam sal sejenis yg suka pantai

      Delete
  8. Ray pun teringin tau nak p sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh refer sini nanti ray. byk tempat boleh pegi

      Delete
  9. plan 2024 nak ke sana.. lagi 2 tahun kumpul duit banyak2 nak beli coklat.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Bestnye. Tak pernah sampai langkawi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah kalau ada jodoh sampai la satu hari nanti ena

      Delete
  11. Buffalo Park & skytrek tu macam best nak bawa anak-anak.. Next boleh plan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mama pun shortlist buffalo park, tapi skytrex tak sure lagi hihi

      Delete
  12. Langkawi banyak tempat tempat menarik. Dah beberapa kali pergi pun masih belum explore semuanya. Paling suka tengok pantai pantai langkawi ni. Laut dia cantik.

    ReplyDelete
  13. Ingat nak ke Langkawi juga Kak Sue nanti nie.. last pergi sana, anak-anak kecik lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 dah besar ni senang sikit kan kak sue

      Delete
  14. Ada satu tempat di sana jika tak berkesempatan nak pusing keliling pulau; replikanya lengkap disediakan, terutama yang minat nak berswafoto.

    ReplyDelete
  15. Betul mama..Langkawi ni antara paling atas dalam senarai tempat bercuti yang jadi pilihan kita rakyat Malaysia..Banyak tempat boleh jalan-jalan kat sana, aktiviti pantai, makan & shopping coklat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan fieza. byk2 betul pilihannya mama nak senaraikan semuanya pun x dapat

      Delete
  16. Semua tempatnya best. Tak cukup kalau pergi bercuti kejap.

    ReplyDelete

Words of wisdom