Lunch Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Tuesday, January 11, 2022

Lunch Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor

Mama lunch Lunch Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor selepas hantar kereta di Dr Cermin TTDI Jaya bulan November lepas. Cermin windscreen retak selepas terkena batu di lebuhraya masa hantar anak mama masuk asrama bulan November lepas. Mujur juga la ada ambil insuran windscreen. So cecepat kami hantar kereta utk ganti windscreen di Dr Cermin.


Sekajap aje siap windscreen replacement kami. Ambil masa dalam 1 jam lebih aje. Sebelum balik sempat mama beli lunch kat Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor. Boleh makan kat office nanti sebab mama keluar sekejap aje untuk urusan kereta, pastu masuk balik opis sambung keje. 

Baca ni juga:


Lunch Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor

Ni lauk yang mama pilih..

Ni la nasi kandar mama. Ada ayam bawang dan juga sayur bendi feveret mama. Tuang sikit kuah kari campur. Pehh memang terangkat hihi..


Ni antara lauk yang ada. Mama ni jadi pelanggan pertama hari tu sebab kedai baru je buka dan adik tu pun tak habis lagi letak lauk pauk atas meja hihi..


Ada ayam goreng, telur rebus dan beberapa lauk lain.


Menu dan Harga di Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor

Ni menu dan harga di Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor


Overall rasa nasi kandaq tersandaq ni sedap. Rasa kari kaw. Cuma, ayam bawang tu tak macam ayam bawang mamak yang mama selalu makan. Dia lebih kepada ayam kicap. Mama beli 3 bungkus nasi kandar berharga RM 34. OK not bad kan. Satu bungkus tu ada 2 lauk dan 2 bungkus lagi lauk yang macam mama bagi gambar kat atas. Adik yang bekerja situ sabar je malayan kerenah kami. Tenkiu ye dik. Lepas makan ada tersandaq tak? Hmm.. ok aje tersandaq biasa2 aje hikhik..



Maklumat Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor

Berikut ialah Maklumat Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor

Nasi Kandar Tersandaq TTDI Jaya Shah Alam Selangor

Alamat: Esso, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

Masa operasi:  Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 12:00 tengah hari – 7:00 petang



19 comments:

  1. wahhh..mengiurkan,,,hahaha.. tapi jauh la pulak

    ReplyDelete
  2. nasi kandar ni antara feveret aida.
    kuah banjir. ayam madunya, or even ayam goreng.
    wow! sgt sedap.

    ReplyDelete
  3. nasi kandaq..finger lickin' good.

    ReplyDelete
  4. Gerai rupanya. Boleh tahan ketagih kalau makan nasi kandar. Terutama kuah kari.

    ReplyDelete
  5. Ayam bawang eh nama dia, selalu nampak dekat mamak..ingat masak kicap

    ReplyDelete
  6. macam tak pernah makan kot...sebab kawen dengan lelaki jawa... dia tak suka sangat nasi banjir kari ni. kat johor pun kurang jual nasi kandar. nak makan sorang2 mcm tak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kesian lenkali nak makan ajak mama hihi

      Delete
  7. Ada tersandar tak selepas makan..? hehe
    nampak menarik tu..

    ReplyDelete
  8. Mengiurkan. Memang betul tersandar tu

    ReplyDelete
  9. Banyaknya pilihan lauk...macam- macam ada ha...lagi best..tp memang akan tersandar la lepas tu

    ReplyDelete
  10. ni confirm tersandar. ayam madu takde ke mama? kalau saya tu lauk favourite

    ReplyDelete
  11. wah...nasi kandar memang sedap...

    tapi saya belum pernah rasa lagi hehehe

    ReplyDelete
  12. Faveret Abang Man lah nasi kandar macam nie Adda. Kalau datang area sini boleh lah cuba jugak nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah abg man suka nasi kandaq ye. ni style melayu

      Delete

Words of wisdom