Duka Hari Jumaat - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad

Monday, December 27, 2021

Duka Hari Jumaat

Assalamualaikum semua. Weekend mama baru-baru ni terasa panjang sekali. Salah seorang keluarga mama diduga lagi dengan musibah kesakitan. Balik dari kerja hari Jumaat aritu mama diberitahu yang kakak ipar mama menunjukkan simptom serangan stroke sebab kelihatan seperti bahagian kanan muka dia lemah dan menyenget. Pertuturan juga kurang jelas. Apalagi mama dan adik ipar terus pergi ke rumahnya. Dalam hati berdoa semoga bukan stroke. 


Baca ni juga:


Hospital Columbia Asia

Setelah berbincang, maka kami decide hantar dia ke Columbia Asia Bukit Raja. Masa ni kakak ipar boleh berjalan tapi berpapah dan percakapannya boleh difahami meskipun tak jelas. Beberapa jam juga berada di emergency. Dari pukul 8 malam sehingga pukul 12 tgh malam. Di Columbia Asia doktor stabilkan dulu keadaan dia sebab HB dan garam dalam badan sangat rendah. HB 7 aje. 




Memang kesian dengan kakak ipar mama ni. Dia baru je habis edah. Arwah abang ipar meninggal pada bulan Ogos lepas. Dan sejak dari tu dia down dan tak selera makan. Kesihatan dia mula menurun selepas ambil vaksin pertama AZ.Mungkin kebetulan sebab dia memang ada masalah kesihatan sebelum tu.


Hospital Shah Alam

Selepas keadaan agak stabil, Columbia Asia bagitau yang dia takde kepakaran neuro so dia minta hantar ke hospital lain. Terima kasih doktor di Columbia Asia yang tak putus asa telefon semua hospital. ALmaklumlah christmas eve kot. Banyak hospital tak available. Lastly ada 2 chpice aje iaitu Hospital Shah Alam dan HKL. Private hospital semua tak available. Maka kami arrange ambulan ke hospital Shah Alam malam tu.



Hospital Pantai KL

Dari saat tiba sehingga keesokkan harinya kakak ipar mama berada di emergency Hspital Shah Alam. Biasalah kan hospital kerajaan ni memang elok tapi tu la.. ramai orang. So, kakak ipar memang tak selesa dan kami pun try cari hospital lain hari Sabtu tu.


Sweet pula ambulan pink yg kitaorg naik ni


Akhirnya kami dapat arrange ke hospital Pantai. Maka mama pun teman kakak ipar ke Hospital Pantai, naik ambulan sekali dengan dia. Kami sampai ke Hospital Pantai dalam pukul 7.30malam. Buat MRI, Xray etc pukul 12 tgh malam juga baru setel dan doktor pun dah uruskan kakak ipar masuk ke HDU sebab ada suspect masalah jantung pula.


Perkembangan Terkini

Alhamdulillah kakak ipar mama menunjukkan perkembangan yang positif. Semalam dah masuk dara 2 beg. Nampak dia dah mula boleh menelan. Cuma selera makan aje takde. Semoga kakak ipar mama boleh kembali sihat seperti sediakala. Mama tau dia seorang wanita yang kuat, bermacam dugaan dah dia hadapi. Mama doakan semoga dia sembuh seperti sediakala. 




15 comments:

  1. Semoga kakak ipar Adda sembuh semula. Amin.

    ReplyDelete
  2. Semoga diberikan kesembuhan segera.

    Btw , first time tgk ambulance pink. Hehe

    ReplyDelete
  3. semoga kembali pulih seperti sediakala...ameen

    ReplyDelete
  4. Semoga kakak ipar nya kuat dah bertambah baik kesihatan nya...

    ReplyDelete
  5. Didoakan agar kakak ipar mama kembali sihat & dipermudahkan urusan keluarga mama aamin

    ReplyDelete
  6. Allahu moga dipermudahkan urusan Family Adda dan Kakak ipar cepat sihat yea

    ReplyDelete
  7. Kesiannya. Maybe kakak ipar mama tu masih berduka, tu yang senang sakit. Bukan dulu kata vaksin AZ ni tak sesuai dengan orang yang ada banyak masalah kesihatan ke? huhu. Apa pun saya berdoa kakak ipar mama sembuh semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sal, az ni bukan utk semua. nasib dia dpt az. dose kedua dia tak ambil pun. skrg dia plan ambil pfizer nx week tapi apakan daya dah terkena stroke plak

      Delete
  8. Semoga Allah anugerahi keafiatan untuknya
    Aamiin

    ReplyDelete
  9. Allahu.. syafakallah untuk kakak ipar Adda ya..

    ReplyDelete
  10. Semoga kakak ipar mama diangkat kesakitannya dan diberi kesembuhan

    ReplyDelete
  11. kesian juga mendengar cerita ini...

    semoga kesihatannya terus pulih dan sihat seperti biasa

    ReplyDelete
  12. camne sekarang keadaan kakak ipar?
    attend fisio la kan.
    aida pernah kena stroke muka ni. cuma tak teruk.
    after 6 times fisio, keadaan da ok.
    punca nya ialah stress.

    ReplyDelete

Words of wisdom