Apa Nak Buat Kalau Status Casual Contact di MySejahtera Muncul? - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, November 9, 2021

Apa Nak Buat Kalau Status Casual Contact di MySejahtera Muncul?

Apa Nak Buat Kalau Status Casual Contact di MySejahtera Muncul? Assalamualaikum semua. Ada sesiapa kat sini ada pengalaman dalam MySejahtera tetiba status low risk kita yang warna hijau tu bertukar menjadi Casual Contact berwarna kuning dalam MySejahter? Ramai kawan-kawan dan juga adik mama sendiri dah terkena masalah ni. Harini mama nak share Apa Nak Buat Kalau Status Casual Contact di MySejahtera Muncul? Buat pengetahuan korang, status ni akan kekal dalam MySejahtera kita selama 10 hari tau. Selepas 10 hari baru kita akan jadi low risk balik.


Apa Nak Buat Kalau Status Casual Contact di MySejahtera Muncul?

Ni contoh status casual contact dalam apps MySejahtera yang sudah bertukar menjadi kuning.


Kenapa Status Casual Contact Boleh Terjadi?

Casual contact adalah Individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.. Berdasarkan pemerhatian mama sendiri terdapat 2 kemungkinnan kenapa perkara ni terjadi.
  1. Ada tempat yang kita check in tapi tak check out selama berhari-hari. Bila ada kes di tempat tu kita akan terpalit sekali. 
  2. Ada kes pesakit yang disahkan positif virus Covid yang berkunjung ke premis yang kita kunjungi.


  1. Apakah jenis klasifikasi tahap kesihatan yang dinyatakan dalam aplikasi MySejahtera?

    Setelah melengkapkan penilaian kesihatan kendiri, status kesihatan anda akan diklasifikasikan sebagai salah satu klasifikasi berikut:

    #Klasifikasi Penerangan
    1Low RiskIndividu yang mempunyai risiko rendah terhadap jangkitan COVID-19.
    2Casual ContactIndividu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.
    3Close ContactIndividu yang telah dikenal pasti terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19. Ini termasuk:
    • Pekerja kesihatan yang terdedah kepada COVID-19 (termasuk memberi rawatan secara langsung kepada pesakit COVID-19 tanpa menggunakan PPE, bekerja dengan pekerja kesihatan yang terjangkit dengan COVID-19, menziarahi pesakit atau tinggal bersama pesakit COVID-19)
    • Bekerja bersama-sama atau berada dalam bilik yang sama dengan pesakit COVID-19
    • Mengembara bersama pesakit COVID-19
    • Tinggal di rumah bersama-sama pesakit COVID-19
    4Person Under Surveillance (PUS)Individu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19. Contoh: individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari.
    5Kes SuspekIndividu yang mempunyai risiko mendapat jangkitan COVID-19, seperti individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau yang pernah menghadiri perhimpunan ramai (mass gathering) dalam tempoh 14 hari sebelum kemunculan simptom.
    6Confirmed CaseIndividu yang telah diuji positif COVID-19.

Rujukan: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/FAQ/


Apa Nak Buat Kalau Status Casual Contact di MySejahtera Muncul?

Kalau korang terperasan keluar status macam ni. Apa yang korang perlu buat seperti berikut

  1. Buka balik check in history dan check out semula  semua tempat yang kita tak check out. lagi
  2. Di bahagian dashboard MySejahtera nanti akan ada keluar arahan di bahagian "Thing To Do" . Korang kena update bahagian ni setiap hari selama 10 hari. Kalau tak update nanti orang KKM akan call. Aiyokk tak tahu..
  3. Sebagai self assurance, korang buatlah self test covid19.


Things To Do. Update hari-hari tau.

Kalau sudah beberapa hari status kuning appear dan korang tak update apa-apa, nanti orang KKM akan call.


Boleh Ke Beraktiviti Seperti Biasa?

Menurut adik mama, orang yang hubungi dia cakap boleh beraktiviti seperti biasa tapi perlulah mengikut SOP yang ketat dan pakai mask double layer. Jauhi kawasan yang sesak dan perlu aware perubahan pada diri dan kalau ada perkara yang mencurigakan perlu buat RTK semula.


HAKIKATNYA..

Melalui pengalaman kawan mama, kebanyakan premis tak bagi dia masuk atau dine in di kedai sampai kadang-kadang bersoal jawab dgn staff di kedai seperti dah buat RTK, dah berapa hari status kuning, etc.  Alahai kesiannya. Tapi mama rasa seronok sebab dari sini dah nampak betapa rakyat Malaysia komited mementingkan SOP dan mengambil berat perkara macam ni. Bila dah dapat status kuning ni mama sarankan korang duduk lah di rumah,  keluar jika betul-betul perlu ye.  So, mama faham betapa excitednya kawan mama tu bila dah habis tempoh "berpantang" dia hihi..


Mama doakan semoga takde yang terkena status kuning ni. Merana juga nak hadap 10 hari macam ni kan. Semoga membantu. Take care semua.. Kalau ada info kurang tepat nanti bgtau mama ye. #kitamestimenang



14 comments:

  1. Saya akan memang pastikan akan checkout setiap premis.
    Alhamdulillah tidak pernah kena.

    ReplyDelete
  2. saya pernah dapat. masa tu lepas cabut gigi di klinik. risau jugak. memang tak keluar rumah dan duduk jauh-jauh dari parents. nasib baik perasan things to do tu

    ReplyDelete
  3. aritu ada yang kes mysejahtera beberapa orang jadi kuning semua... tapi mysejahtera dah minta maaf kata mereka salah...

    ReplyDelete
  4. lepas ni kena pastikan check out mysejahtera. thanks sharing :)

    ReplyDelete
  5. Bagus nota ni, skg makin ramai org trdekat dijangkiti..namun asbab vaksin, tak teruk sgt dan mudah sembuh.

    ReplyDelete
  6. moga kita semua dijauhi dari wabak ni yang cukup merisaukan..

    ReplyDelete
  7. ini kalau di Indonesia namanya Peduli Lindungi
    buat masuk Mall dan sejenisnya
    saya lihat fiturnya hampir sama mbak

    ReplyDelete
  8. ala lecehlah kalau dapat status gini yek..
    so, sila jangan lupa check out

    ReplyDelete
  9. saya pernah kena tapi kedai ok jer

    janji jangan merah

    ReplyDelete
  10. saya dah kena masa berpantang aritu. check in kat klinik kesihatan lupa nak check out. hehehe

    ReplyDelete

Words of wisdom