Ujian Allah Mengikut Kemampuan Kita - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 1, 2021

Ujian Allah Mengikut Kemampuan Kita

Ujian Allah Mengikut Kemampuan Kita. Sebelum ini mama ada ceritakan salah seorang rakan yang kehilangan isteri akibat Covid. Harini mama bertemu dengannya dan sempat ucap takziah. Dari raut muka kelihatan dia masih bersedih tapi dia masih mampu bercerita dengan mama dan siap belanja mama breakfast lagi. Kebetulan semasa berada di kawasan workstation 2 rakan mama yang meninggal, tetiba terbayang2 pula mereka tengah buat kerja. [Baca Rakan-rakan Yang Pergi Angkara Covid-19]. Di hari Jumaat ini, marilah kita sedekahkan al Fatihah buat diri kita, ibu bapa dan semua yang hidup atau telah meninggal dunia. 


Setiap kita akan melalui ujian dalam hidup. Ketahuilah kita bahawa ujian yang ditimpakan kepada kita sesuai dengan kemampuan iman kita. Lagi berat ujian itu bermakna semakin tinggilah iman seseorang itu. Ada sesetengah orang diujia dengan sakit, ada yang diuji dengan harta dan pelbagai lagi. Bagi yang nak bina rumah kenalah cari kontraktor yang baik supaya tidak diuji dengan hasil yg tak memuaskan. 


Ujian Allah Mengikut Kemampuan Kita



Rasulullah SAW bersabda:


أَشَدُّ النَّاسِ بَلَاءً الْأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الصَّالِحُونَ ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ صَلَابَةٌ زِيدَ لَهُ فِي الْبَلَاء

“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang Soleh, kemudian diikuti oleh orang-orang yang mulia, dan disusuli oleh orang-orang yang mulia berikutnya. Seseorang hamba akan diuji sesuai kadar agamanya (keimanannya). Jika keimanannya kuat maka ujiannya juga akan semakin berat.” (HR Tirmidzi no 3298) Status: Hadis Sahih  


Sesungguhnya, manusia itu hanya akan diuji sesuai mengikut kemampuannya. Sehebat mana pun sesuatu ujian itu, sesukar mana pun ia di mata kita, percayalah bahawa kita sebenarnya mampu untuk menghadapinya.


Sebagaimana janji Allah S.W.T,


لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." [Al-Baqarah: 286]


Allah itu tidak sekali-kali akan menzalimi hamba-hamba-Nya dengan memberi kita ujian yang melebihi tahap kemampuan kita. Namun mengapa ada masanya, perasaan ‘tidak mampu’ itu muncul dalam diri kita?

Sebenarnya perasaan 'tidak mampu’ itu muncul, apabila kita sebagai makhluk ciptaan-Nya, tidak mengembalikan masalah atau ujian yang datang itu kepada Allah.

Manusia sering meletakkan kepercayaan atas keupayaan dirinya terlebih dahulu, berbanding meletakkan pergantungan kepada Allah. Sebab itu apabila sesekali Allah menguji kita dengan ujian yang tidak terduga, kita tersentak dan merasa amat berat.

Sebaliknya, bagi orang yang beriman, apabila berhadapan dengan ujian, ingatan segera dikembalikan kepada Allah. Darinya akan muncul ketenangan.


Firman Allah SWT,

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ . الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ  . أُولَٰٓئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَٰتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُهْتَدُونَ

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi    raaji'uun”  (Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nya jualah kami akan dikembalikan). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.“ [Al-Baqarah: 155-157]


Letakkanlah pergantungan dan keyakinan kita 'sepenuhnya’ kepada Allah. In Sha Allah, dengan izin-Nya, ujian yang berat itu akan terasa lebih ringan lagi.

Bukankah ujian itu datang dari Allah, maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan, jika tidak kepada Yang Maha Mencipta?

Bukankah kekuatan itu semuanya milik Allah, justeru, kepada siapa lagi harus kita meletakkan sepenuh pergantungan dan harapan, jika tidak kepada Yang Maha Berkuasa?

Sumber: 1 hari 1 hadith


Di hari Jumaat ni marilah kita bermuhasabah bersama-sama. Kepada sesiapa yang sedang ditimpa ujian mama doakan semoga korang kuat dan berjaya melalui ujian ni dengan jayanya. Insya Allah ada hikmah di setiap yang berlaku.



14 comments:

  1. Ammi selalu terpikir macam mana kalau itu.... macam mana kalau ini. Takat sangat sekiranya perkara yang selama ni hanya "kalau" betul2 terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tak elok beratkan dengan perkataan kalau tu ammi.. cuma kita berusaha sehabis baik je ye

      Delete
  2. Kadang rasa tak kuat nak hadap. Semoga kita terus kuat dan sabar menghadapi segala ujian. Aaminn...

    ReplyDelete
  3. Yang penting kita kena sabar dan bersedia tempuhi apa jua ujian dari-Nya.

    ReplyDelete
  4. semoga kita semua redha dengan setiap ujian yang hadir.. in shaa allah

    ReplyDelete
  5. Semoga kita semua kuat dgn ujian yg hadir... jaga diri semua rakan blogger

    ReplyDelete
  6. Ujian itu cabaran untuk kita terus berjuang

    ReplyDelete
  7. betul tu mama..kita harus harungi dgn sabar dan tabah..

    ReplyDelete
  8. Risau juga kalau dapat ujian yang berat.

    ReplyDelete
  9. Semoga kita dapat mengharungi ujian dgn penuh kesabaran

    ReplyDelete
  10. semoga kita semua sabar dgn segala ujian yang mnimpa

    ReplyDelete

Words of wisdom