Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama - Senarai Vaksin di PPV Selangor KL - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, July 26, 2021

Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama - Senarai Vaksin di PPV Selangor KL

Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama - Senarai Vaksin di PPV Selangor KL. Assalamualaikum semua. Mama telah mendaftar untuk mengambil vaksin sejak Mac dan agak sedih menunggu panggilan vaksin yang tak kunjung tiba, lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan keliling dah dipanggil termasuklah semua staf mama dah ambil 1st dose. Akhirnya pada pada 16/7/2021 mama menerima SMS untuk menyemask temujanji di MySejahtera. Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama - Senarai Vaksin di PPV Selangor KL. Mujur mama tinggal di Shah Alam lokasi strategik dan dekat aje dengan PJ, patutlah ramai yang suka bina rumah di Shah Alam. Memang lokasi dia strategik.




Tarikh mama ambil vaksin adalah pada Jumaat lepas 23/7. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Dan simptom selepas ambil vaksin pun x teruk. Cuma lenguh ditangan sebelah kiri aje. Selepas 2 hari dah semakin baik. Walaupun harini masih ada sikit lagi lenguh tapi kesannya dah makin kurang dah. 


Tips Ambil Vaksin

Kat sini mama share sikit beberapa tips sebelum ambil vaksin berdasarkan pengalaman.  

1. Sebelum pergi vaksin, korang kena update Covid-19 status dan refresh profile siap2 sebelum pergi ke PPV. Kalau dah update ni senang la takde terhegeh-hegeh baru nak update kat sana.

2. Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Bagi kaum wanita boleh pakai baju yg lengan besar, atau yg ada zip untuk memudahkan nak singsing lengan nanti. Ada juga yg pakai baju lengan pendek dan pakai jaket/handsock. Ikut la mana yang selesa.

3. Jangan lupa bawa pen sendiri, bawa IC dan juga handphone yang ada app mySejahtera kita tu..

4. Ikut arahan kat PPV, kalau tak pasti jgn malu-malu bertanya pada petugas

5. Untuk keselamatan pakai la 2 lapis facemask



Senarai Vaksin di PPV Selangor & Kuala Lumpur

Kat sini mama letak senarai PPV dan jenis vaksin bagi memudahkan kita check. Mama ambil ni PPV no 37.

1. MIECC Mines - Sinovac

2. PWTC- AZ

3. Sunway Pyramid CC - Pfizer

4. Uitm Seksyen 7 - sinovac

5. Uitm Puncak Alam - Sinovac

6. *Movenpick -Sinovac

7. Dewan serbaguna Salak Tinggi - Pfizer

8. UKM - AZ

9. UM - AZ

10. ICC shah alam - sinovac

11. Tzu shi cing hall kepong - sinovac

12. SACC Setia Alam - Sinovac

13. USIM - Sinovac 

14. Bukit Jalil Stadium - Sinovac

15. Stadium Axiata - Pfizer

16. MiTEC KL - Sinovac/Pfizer

17. KLCC - Sinovac

18. An-Nur- Pfizer

19. MSU S/Alam - Pfizer

20. USIM - Sinovac

21. UTAR Sg Long - Sinovac

22. HUKM Drive Thru - Pfizer

23. Putrajaya - Pfizer & Sinovac

24. An-Nur Bangi - Pfizer

25. KPJ Klang - Sinovac

26. Dewan Org Ramai Kg Ampang Indah - Pfizer

27. IDCC Shah Alam - AZ

28. KPJ Ampang - sinovac

29. Bangi aveneu - Sinovac

30. Dewan Org Ramai Kajang Mewah - Pfizer/Sinovac (closed)

31. Mewah Club - sinovac.

32. Hospital putrajaya-* pfizer.  

33. hospital serdang*- pfizer dan sinovac

34. Hospita Specialist Sg Long*- sinovac

35. KPJ Selangor* - Sinovac

36. 360 Club Setia Ecohill - Sinovac

37. Dewan Sivik MBPJ, - Pfizer

38. Bangi Golf Resort - Sinovac

39. ParkCity Medical Center - Sinovac

40. Dewan Besar Tanjung MBSA Section 19 - Pfizer (Bar Association)

41. Axiata Arena Bukit Jalil - Sinovac and Pfizer

42. IJN - Sinovac

43. Sunway Medical Center - Sinovac

44. Pusat Perubatan Universiti Malaya - Pfizer and Sinovac

45. ADTEC Kamunting - Sinovac

46. Tropicana Gardens Mall - Sinovac (under Selvax program)

47. HTJ Seremban (Hospital Seremban) - Pfizer

48. UCSI Hospital (Port Dickson) - Sinovac

49. UCSI Taman Connaught (Le Quadri Hotel) - Sinovac

50. Pantai Hospital Cheras - Sinovac

51. Hospital Putrajaya - Sinovac/Pfizer

52. Dewan Seri Seroja, Putrajaya - Pfizer/Sinovac

53. Dewan Orang Ramai Sikamat (Seremban) - Pfizer and Sinovac

54. Dewan Serbaguna Salak Tinggi - Pfizer and Sinovac

55. Klinik Kesihatan Seremban - Pfizer

56. PPV KLIA - Sinovac


 

24 comments:

  1. Semoga menjadi asbab terhindar dari wabak covid-19

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat juga.

    ReplyDelete
  3. Sudah ada selapis pelindung. Lepas second dose nanti lebih confident .

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selesai 1. baki lagi 1 dos. Tahniahh mama

    ReplyDelete
  5. Tahniahhhh... Barulah rasa terjaga sikit.. Kan.. heheh

    ReplyDelete
  6. Tahniah dan Alhamdulillah.. Tunggu 2nd dose pula..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..tahniah adda...akak baru je sudah Ahad lepas..AZ....melampau effect dia...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Semoga mama dan keluarga terhindar dari virus covid ni

    ReplyDelete
  9. Selangor antara negeri yang tertinggi kes Covid-19

    saya doakan semuannya pulih dan selesai segera

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dah dapat cucuk vaksin 1st dose. Bagus share tipsnya sekali. Semoga baik baik je. Aaminnn..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah saya pun dah dapat dos 1 vaksin masa minggu ke-30 pregnen :D

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah tahniah.. aku pun dah selamat dos pertama.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah baru dapat hari ni. :)

    ReplyDelete
  14. tahniah mama! su nak terima second dose lusa hehe

    ReplyDelete

Words of wisdom