Dinner di Kopimeo Le Carne Shah Alam Selangor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, March 1, 2021

Dinner di Kopimeo Le Carne Shah Alam Selangor

Kejadian Dinner di Kopimeo Le Carne Shah Alam Selangor ni berlaku di bulan Januari. Masa tu masih boleh makan di kedai makan. Saja nak treat pak mertua sempena birthday dia yang ke 81. Beza date birth kami cuma 6 hari aje. Semoga abah dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik, Almaklumlah mak dan ayah mama dah meninggal so menumpang kasih mak dan pak mertua saja la buat masa ni. Dinner di Kopimeo Le Carne Shah Alam Selangor.







Sebenarnya plan nak makan di Kopimeo dia semasa birthday mama masa tahun baru, tapi apakan daya kedai ni tutup pada hari tu. So, masa tu mama sambut bithday dinner kat Mios [ Baca ni: Birthday Dinner Di Mios Kitchen Seksyen 13 Shah Alam Selangor ]


Menu Pilihan di Kopimeo Le Carne Shah Alam Selangor

Ini antara makanan yang kami order hari tu.

Lamb ke.. steak. adeh mama pun dah lupa. sedap ni..


Ni menu paling glemer kat sini. Chicken Peruvian ni memang sedap. Sekor tau ayam ni boleh makan beberapa orang. 



Salmon yang sedap juga. Rangup di bahagian luar, dan lembut di dalam

Chicken parmigiana untuk mama. Disebabkan mama ni selalu makan Parmigiana, versi Kopimeo ni nampaknya lain sikit. Kuah dia terasa macam home made dan kurang rasa sikit. terasa macam mentah gitu.



Mushroom soup dan garlic bread. Mushroom soup tu terasa seperti resepi sendiri dan rasa dia berlainan dengan mushroom soup yang selalu kita makan

Kek apa ye ni. ala mama lupa plak. Rasa dia sedap lemak=lemak dan tak terlalu manis.

Minuman kami

Kopi Latte yang sedap

Senarai Menu dan Harga di Kopimeo Le Carne Shah Alam Selangor

Berikut adalah Senarai Menu dan Harga di Kopimeo Le Carne Shah Alam Selangor






Pemandangan dalam kedai


Kedai ni dari segi food presentation memang superb. Tapi dari segi rasa tu bukan 100% makanan dia sedap sangat. Dan mama rasa ada makanan yang seperti tak cukup gitu. Contohnya chicken parmigiana tu takde kawannya. Cuba letak fries atau mashed potatoes tentu lagi mengancam menu tu. Apapun seronok gak melepak kedai ni sebab suasana dan boleh ngopi-ngopi..


Cozy interior dia. Mama suka


Maklumat Kopimeo Le Carne Shah Alam Selangor

Pemandangan depan kedai

Alamat: 33, Jalan Tengku Ampuan Zabedah B 9/B, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
Dibuka setiap hari kecuali hari Khamis


10 comments:

  1. Haah persembahan makanan macam di hotel.
    Tertarik dengan salmon itu.

    ReplyDelete
  2. Harga tu sesuai la dengan ambiance kedai dan persekitaran. Tapi bab rasa tu yang rasa tak best kalau kurang sedap. Sebaiknya kedai makan sediakan borang feedback supaya dapat improve

    ReplyDelete
  3. Chicken Peruvian tu memang menggoda betullah :)

    ReplyDelete
  4. Sedap-sedap semuanya!
    Lain macam jew ayam tu posing heheee.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya salmon tu.. Tempat pun selesa. Harga pun ok

    ReplyDelete
  6. eh awat tak tau kedai ni..stay shah alam punya la lama..baikk akan terjah kedai tersebut..mai la wat gathering klo kak kat shah alam ha

    ReplyDelete
  7. nama menu for kids tu unik hehehehe. Chicken Peruvian tu nampak sodap :)

    ReplyDelete
  8. Menarik...semau nampak sedap tu ha...

    ReplyDelete
  9. rasa tu mcm kek russian medovik

    ReplyDelete

Words of wisdom