Menahan Marah Demi Keredhaan Allah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, January 8, 2021

Menahan Marah Demi Keredhaan Allah

Marah adalah satu perasaan yah semua manusia ada. Mama sendiri selalu jugak dirundung marah. Biasalah banyak situasi dan keadaan yang boleh membuatkan kita rasa marah. Tapi alangkah bagusnya jika kita dapat mengawal kemarahan kerana  Menahan Marah Demi Keredhaan Allah itu adalah akan menjadikan kita seorang yang bertawakal dan beriman. 







Menahan Marah Suatu Keutamaan


عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَجَرَّعَ عَبْدٌ جَرْعَةً أَفْضَلَ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ جَرْعَةِ غَيْظٍ يَكْظِمُهَا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ تَعَالَى


Daripada Ibnu Umar RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba menahan sesuatu yang lebih utama di sisi Allah daripada ia menahan amarah. Ia menahannya kerana mencari redha Allah Ta'ala." (HR Ahmad No: 5842) Status: Hadis Sahih




Kesimpulan hadith:








1.  Marah adalah sifat semula jadi pada setiap manusia. Ia perlu dikawal agar tidak berlebihan dan melampaui batas hingga terkeluar dari kewarasan dan kematangan akal serta tuntutan agama. 


2.  Keutamaan seorang Muslim ialah  menahan sifat amarah.


3.  Islam mengajar agar mengawal dan menahan sifat amarah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. 


4. Nasihat Rasulullah SAW kepada sahabat seperti yang diriwayatkan Abu Hurairah RA:


أَنَّ رَجُلاً، قَالَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَوْصِنِي‏.‏ قَالَ ‏"‏ لاَ تَغْضَبْ ‏"‌‏.‏ فَرَدَّدَ مِرَارًا، قَالَ ‏"‏ لاَ تَغْضَبْ ‏


Seorang pemuda meminta nasihat daripada Nabi SAW, dan Nabi bersabda: Janganlah kamu menuruti amarah. Dia mengulangi pertanyaannya, dan Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali. (HR Bukhari No: 6116)


5. Allah SWT menyifatkan antara ciri orang yang beriman dan bertawakkal kepada-Nya:


وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ


...dan apabila mereka marah, mereka segera memaafkan. (as-Syura ayat 37)


Berlatihlah  menahan sifat amarah  kerana mencari keredaan Allah.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor telegram.me/hadisharian_ikram









18 comments:

  1. susah nya menahan marah, tapi dana tgh belajar untuk kurangkan marah... kalau nak marah sabarkan diri, suruh fikir yang baik-baik je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg susah nak control kan dana.. takpe kita usaha sikit2

      Delete
  2. Sometimes mmg susah nak control marah ni. Kdg terlepas kat org yg tak sepatutnya. Geram! huhu.. Kena banyak lagi belajar bersabar nampaknya. hehe. Nak wallet free? Jemput join GA saya http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul misya.. waa ada GA nanti mama join ye

      Delete
  3. orang yang mampu tahan marah... aalah orang yang paling kuat.

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing mama. Bukan senang menahan marah. Syaitan pun tepuk tangan bila tengok kita naik angin
    P/s: sory kalau terkomen banyak kali, pc ni ting tong

    ReplyDelete
  5. Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan sabar..

    Jom join GA sahabat kita ni,

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  6. saya masih lemah bab bab ni.. memang jenis cepat marah tapi cepat juga cool. cuma untuk perkara2 tertentu sy sngt cepat emosi dan melenting T.T langsung tak menurun arwah ayah yang sngt penyabar. allahuakhbar.. kena improveee sngt ni kelemahan T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe siti.. mama sendiri pun hari ke hari dalam proses pembelajaran. Mama doakan siti dapat kawal kemarahan tu. Marah jika kena pada tempatnya pada mama OK je

      Delete
  7. jgn buat sesuatu keputusan ketika sdg marah..

    ReplyDelete
  8. Kadang kala tidak dapat kawal kemarahan.

    ReplyDelete
  9. mmg susah nak menahan amarah.. dah lepas baru menyesal huhu T-T

    ReplyDelete
  10. marah menyebabkan stress, muka jadi bengis dan cepat kedut..tak nak nampak tua, jgn marah..senyumm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikguzim.. so sebelum mawah kena bayangkan muka kita kerepot. tentu tak jadi marah haha

      Delete
  11. kadang tu memang susah nak control perasaan marah..huhu
    banyakkan istighfar. nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tinggi dugaan nak kawal marah ni kan

      Delete
  12. Semoga kita semua berjaya melawan dan mengawal sikap marah tu. Bukan mudah tapi yang penting usaha :)

    ReplyDelete

Words of wisdom