Istighfar Yang Paling Baik, Penghulu Istighfar

Salam hari jumaat yang penuh keberkatan. Harini mama nak kongsikan tentang Istighfar Yang Paling Baik yang Penghulu Istighfar. Penghulu Istighfar yang juga dikenali sebagai Sayyidul Istighfar ini sangat bagus untuk diamalkan.






Sebagai seorang muslim, tentu sekali kita ingin mendapatkan amalan kebaikan sebanyak mungkin agar kita tergolong dalam ahli syurga. Jom kita baca sama-sama



Istighfar Yang Paling Baik, Penghulu Istighfar 

حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ قَالَ حَدَّثَنِي بُشَيْرُ بْنُ كَعْبٍ الْعَدَوِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ


Telah menceritakan kepada kami Abu Ma'mar telah menceritakan kepada kami Abdul Warits telah menceritakan kepada kami Al Husain telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Buraidah dia berkata; telah menceritakan kepadaku Busyair bin Ka'b Al 'Adawi dia berkata; telah menceritakan kepadaku Syaddad bin Aus radliallahu 'anhu dari Nabi SAW; 

"Sesungguhnya istighfar yang paling baik adalah; kamu mengucapkan (Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui dosaku kepada-Mu dan aku akui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu) '. Baginda bersabda: 'Jika ia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka ia termasuk dari penghuni syurga. Jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni syurga.' (HR Bukhari No: 5831) Status: Hadis Sahih




Kesimpulan hadith:








1.  Setiap Muslim tidak terkecuali dari melakukan kesalahan dan kesilapan

2.  Kita disuruh sentiasa beristighfar agar diampunkan segala dosa 

3.  Antara lafaz istighfar yang paling baik dan dipanggil penghulu istighfar:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

4.  Mukmin yang mengucapkan lafaz istighfar di atas pada waktu pagi atau petang dengan penuh keyakinan,  kemudian ia meninggal dunia, maka ia akan masuk syurga.

5.  Sebagai seorang manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan perlulah melazimi istighfar di dalam kehidupan seharian kita. 


Mari kita sama-sama amalkan penghulu  istighfar ini. 


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Perkongsian yang bagus mamapp 😊

    ReplyDelete
  2. Selalu baca istighfar ringkas.
    Terima kasih kongsi penghulu istighfar.

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing this beautiful entry..

    Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
  4. Panduan penuh dengan manfaat sangat berguna..thanks di atas perkongsian

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian. sama sama kita amalkan :)

    ReplyDelete
  6. salah satu cara nak doa sng makbul adalah perbanyakkan istighfar

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kongsi pasal ini kak.. Secara tak langsung dah beristighfar..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post