Resepi Ovalmaltine Cheesecake Bars

Resepi Ovalmaltine Cheesecake Bars. Baru-baru ni En hubby ada share dengan mama Resepi Ovalmaltine Cheesecake Bars ni. Bila tengok memang tempting sangat dengan Resepi Ovalmaltine Cheesecake Bars ni. Alahai sedapnya terasa-rasa kat tekak mama ni tau.





Sikit masa dulu mama sekeluarga memang menggilai Ovalmatine dari Ovaltine. Tapi harga dia pun boleh tahan juga mahalnya. Biasanya harga dia dalam RM22-26 giru. Hmm.. so mama simpan dulu la resepi ni Bila beli Ovalmatine ni barulah nak cuba  Sambil2 tu meh lah tengok resepi mama ni juga


Resepi Ovalmaltine Cheesecake Bars

.Resepi ini untuk loyang 6 inci 


Resepi dan gambar dari FB Mr.Ali


Bahan - Bahan

Lapisan Pertama: 
-140 gram digestive biscuits. Tak dak digestive pakai ja biskut merry.
- 50 gram butter

Lapisan Kedua
- 250 gram cream cheese
- 1 sudu kecil perisa vanila ( optional)
- 150 dairy whipping cream
- 2 sudu makan gula icing
- 1 sudu kecil serbuk koko
- 180gram ovalmaltine spread

Lapisan Ketiga
- 200 gram ovalmaltine spread.

Cara- cara membuat:





Lapisan Pertama: 

-Hancurkan 140 gram digestive biskut. Takdak digestive pakai ja biskut merry.
- Cairkan 50 gram butter
- Gaulkan biskut yg dihancurkan & butter yg dicairkan sampai sebati. Dah sebati mampatkan dalam loyang 6 inci. 


Lapisan Kedua
- Pukul 250 gram cream cheese pada suhu bilik.Pukul dalam 2 minit. Then masukan 1 sudu kecil perisa vanila + 180 gram ovalmaltine spread + 1 sudu kecil serbuk koko.
Putar sehingga sebati.
-Pada bekas yg lain, putar 150 dairy whipping cream + masukkan 2 sudu makan gula icing . Pukul sehingga kental. Sila refer tips whipping cream sy sebelum ni. 
- Gaulkan pakai kaedah kaup balik adunan cheese tadi + whipping cream yg sudah dipukul kental Sebatikan. Dah sebati letak dalam chiller semalaman.


Lapisan Ketiga

- Cairkan pakai double boil / microwave 200 gram ovalmaltine spread- Letak atas lapisan kedua yg dah diset semalaman. Ratakan dan set dalam 1 jam dalam chiller then boleh potong utk dimakan 😁
- Ovalmaltin ni banyak je ada dekat pasar raya Dont worry. Satu adunan ni mmg ngam2 pakai 380gram satu botol mcm dalam gambar.

Siap!!


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

27 Comments

Words of wisdom

  1. Setengah bahagiannya memang confirm Tukang Kebun boleh habiskan

    ReplyDelete
  2. dana kenal ovaltine je kak... hahahah rupanya ada ovalmaltine nampak seedapnya bila dah jadi kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama gak dana wujud ovalmatine ni.. dia macam nutella tapi rasa ovaltine. tapi rege dia aduhh

      Delete
  3. sebelum2 ni minum ovaltine tu, boleh jadi cheese cake juga rupanya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ovaltine tu utk minum. cheesecake ni guna ovalmatine Laila

      Delete
  4. Ovalmatine _ cheese..kombinasi yang menarik. agak2 mcm mana rasanya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tentulah manis JMR dan juga berkeju juga

      Delete
  5. Pernah makan Ovalmaltine untuk sapu roti. Hehe menggoda keknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama dulu pun selalu sapu kat roti. manis juga kan ovalmatine tu

      Delete
  6. nmpk sedap...tk pernh try lg ovalmaltine

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali boleh la amy.. selalu tu kopak poket

      Delete
  7. sedapnya.. kalau dekat boleh open order ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama pun nak join gak kalau ada org open order kihkih

      Delete
  8. Tak pernah makan ovalmaltine. Fahamlah kalau harga agak mahal sebab nak membuat memang rumit. Tapi kalau dapat bake sendiri memang puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sal.. lagi berbaloi buat sendiri tapi kalau nak makan sepotong aje mcm x berbaloi la

      Delete
  9. resepi2 cemni buat cair n rasa teringin..
    tp saya small fam xleh order besar2.. kena amek sikit2 ja..

    ReplyDelete
  10. sedapnya..unbaked desert....tk pernah lg rasa ovalmaltine..

    ReplyDelete
  11. Oo ada pulak ovalmaltine ni... tak pernah cuba lagi, nt boleh la nak risik² di pasaraya 😁

    ReplyDelete
Previous Post Next Post