Resepi Puding Roti Zebra - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 9, 2020

Resepi Puding Roti Zebra

Harini mama nak share Resepi Puding Roti Zebra. Mama buat untuk buka puasa dulu. Buat penyejuk tekak kami sekeluarga. Lambat nak share resepi sebab kononnya nak up sekali dgn video di youtube mama. Tapi apakan daya, video dah kelaut mama tak buat2 lagi sampai la sekarang haha. Puding roti zebra ni memang cantik kejadiannya dan nampak menyelerakan. Cuma hasil yg mama buat ni tak berapa lawa. Biasalah mama ni bukan berseni orangnya.. Jom kita tengok macam mana mama buat Resepi Puding Roti Zebra ni.







Resepi ni sangat mudah dan sedap. Bahan-bahan dia pun senang aje.. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Paling best sebab rupanya memang cun hihi.

Resepi Puding Roti Zebra


Resepi Puding Roti Zebra

Bahan Bahan :

5 keping roti - dipotong kecil
1 litre susu full cream
3/4 cawan gula pasir. Kalau suka manis Boleh letak 1 cawan penuh
1 bungkus agar-agar tali
3 sudu makan serbuk koko (dilarut dengan 4 sudu air panas)
2 sudu besar butter
1 sudu besar esen vanilla






Cara Masak:

  1. Agar-agar dimasak dengan 400ml air sehingga larut
  2. Sementara itu potongan roti di blend bersama susu uht. Tak perlu letak semua susu. Cukup hingga susu sampai Paras roti dlm blender. Blemd sehingga roti halus
  3. Lebihan susu tadi masukkan dalam periuk bersama agar-agar. Masak sehingga larut
  4. Campurkan susu dan roti yang diblend tadi
  5. Campur gula, Esen vanilla dan butter kacau sehingga sebati. Tutup api

Alahai selekehnya mama susun hihi

Cara susun

  1. Bahagikan adunan Kepada 2 bahagian
  2. Campurkan satu bahagian dgn serbuk Koko Dan kacau sehingga larut
  3. Ambil loyang/bekas dan letak 3 senduk adunan susu di bahagian tengah loyang.
  4. Letak pula adunan koko di bahagian tengahnya..
  5. Ulangi langkah sehingga semua
  6. Adunan habis.
  7. Sejukkan adunan sehingga Agar-agar keras.
  8. Sedia untuk dihidangkan


31 comments:

  1. Woww..nampak cantik dan mengancam tu mama.
    Akk peenah buat letak telur dan margerin, rasa muakla pulak anak2 pun tak suka. Next time nak cuba resepi mama ni pula. Tq mama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radar dia mmg okay sikit kak. Xboleh nak makan byk2 sgt

      Delete


    2. Awsome.
      Good for this when there is an excessive taste of bread.
      Thank by aws training london

      Delete
  2. Cantik.
    Bagus buat ni bila ada rasa roti berlebihan.
    Terima kasih Kongsi2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama ada roti expired sebab tu buat puding ni haha kantoi mama

      Delete
  3. Wahhh nampak sedap. Nnt nak try la.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Adda.. nanti nak buat juga lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampakmrupa dia mmg sedap kan kak sue. Cuba laa

      Delete
  5. cantiknyaaaa! Kalau rumah kita dekat dengan kak adda, dah mintak sikit dah ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. kalau rumah kat sebelah mama dh hantar dah farhana

      Delete
  6. wahhh menarik nih kak, bahan lain semua ada kecuali roti je, boleh try nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak selalubada stok roti kat umah sebab tu kadang2 sampai expired haha

      Delete
  7. Aishh sedapnya nampak. Terliur dibuatnya

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok ni mamapp...!!!

    ReplyDelete
  9. Dahlah cantik, sedap pulak tu selang seli dengan coklat. sekata rasa kombinasi dia.

    ReplyDelete
  10. dah malam-malam tengok puding nie rasa ingin nak makan pulak dah

    ReplyDelete
  11. Alaaaaa senangnya resepi dia. Okayyy nak try!

    ReplyDelete
  12. Namoak sedap dan nampak senang nak buat..boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  13. Senang je resepi ni. Boleh ena cuba. Tq sharing.

    ReplyDelete

Words of wisdom