Kisah Le Fleur - Anak Angkat Butterfly Kedua - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, October 26, 2020

Kisah Le Fleur - Anak Angkat Butterfly Kedua

Kalau korang follow tentang kisah anak angkat rama-rama mama tentu korang tau yang mama mendapat sekor lagi anak angkat butterfly dari Taman Rama-rama & Reptile Melaka. Ini kisah macam mana mama boleh dapat anak angkat Menang Hadiah Dari Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ]. Ini pula kisah anak angkat mama yang pertama, Fiona yang dah jadi arwah tu [ Kisah Fiona Kami, Si Rama-Rama ] Kali ni mama nak cerita tentang Kisah Le Fleur - Anak Angkat Butterfly Kedua Mama pula ye.






Selang beberapa hari mama post tentang Fiona, mama dapat kiriman parcel dari Taman Rama-rama & Reptile Melaka. Itulah Le Fleur, si kepompong comel dari jenis Plain Tiger Butterfly atau nama saintifik dia Danaus chrysippus dan dikenali juga sebagai African Monarch. Fiona dulu dari baka Melanocyma Faunula. 


Inilah Le Fleur. Beberapa minit sebelum nak dilepaskan. Mama sendiri bagi nama kat dia. Le Fleur bermaksud bunga dalam bahasa perancis. Sebab first time bila lihat kepompong dia mama terus teringat pada pokok bunga. Hijau aje gitew.


Kepompong Le Fleur day 1 - comel sangat kepompong ni kan. hijau kacang hijau. Mama jaga dia macam mama jaga Fiona dulu, spray air sekali sehari dalam botol dia tapi tak perlu sampai basah. Mudah aje.

Hari ke 3. Excited sangat masa ni sebba boleh nampak dengan jelas corak dia. Sekejap betul dia membesar. Masa ni mama dah dapat rasa dia akan jadi rama-rama keesokkan harinya. 


Momen Melepaskan Le FLeur 







Start pagi dia dah mula keluar dari kepompong dia, Anak mama sabar aje menunggu. Tapi masa dia tengah leka tengok TV sekejap tetiba dah keluar dah si rama-rama. Frust anak mama hahaa.. Disebabkan wing dia masih basah, mama tak boleh lagi lepaskan dia. So, mama pergi kerja dulu dan biarkan dia dalam botol sampai mama balik kul 4 petang. Akhirnya berjaya juga lepaskan Le Fleur dengan jayanya.

Hari ke 4. Tadaa Le Fleur in the house.

Orang kata biasanya anak kedua ni memang lain macam sikit kan. Memang anak angkat kedua mama ni lain sikit. Dia membesar dengan cepat. Nampak aktif sekali semenjak dalam botol lagi. Masa nak lepaskan tu dia ambil cuma dalam 3 minit diri kat penutup botol tu, kepak-kepak beberapa kali dan whooshhh.. terus berdesup dia terbang tinggi ke atas. Sampai tak sempat mama ambil video haha. Apapun semoga Le Fleur sentiasa selamat dan mama doakan dia sempat bertelur dan menghasilkan baby-baby yang comel. Kalau mama nampak rama-rama warna ni area rumah mama, mama anggap cucu mama je la nanti hihiii..


22 comments:

  1. Alhamdulillah Le Fleur hidup sihat dan dapat terbang. Cepat juga 4 hari. Tidak silap Fiona ambil masa 7 hari kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Was ingat lagi NA. Fiona hari ke 8 jadi rerama

      Delete
  2. Comelnya kepompong tu. Cepat akak dpt cucu ye nanti. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 ada la cucu dtg xiarah nanti ana oi haha

      Delete
  3. Replies
    1. Masa baru keluar dari jar dia bisanya rilek2 dulu ai. Lepas dah ambil angin, exercise kepak dia baru dia terbang

      Delete
  4. Wow, dah dapat nak anak kedua ye mama. Lawa pulak tu corak dia. Seronok pulak tengok moment mama bela rama-rama macam ni. Dilepaskan dorang datang balek ke? heee,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dilepas pasti mmg dia x ingat dah kat mama.ni haha.. x toleh belakang pun. Mama ada tinggalkan madu dgn buah utk dia .. x nampak bayang pun hihuu

      Delete
  5. wah..kelas tau, anak angkat rama-rama. sedap nama dia Le Fleur...cam nama org2 france gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni import dari france la kononnya fieza haha

      Delete
  6. sedap namanya kak... dia tak terbang terus ye kak... siap sempat ambil gambar dekat lagi ye
    menarik ... cantik kejadiannya, dana tak suka masa dia jd ulat belucas tu je kak hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kalau ulat akak pun lari dana haha...tapinmujur gal dia pandai posinv

      Delete
  7. Wah, cantiknya rama-rama ni. Teringat masa sekolah rendah dulu habis dikumpul beluncas untuk nak tengok jadi rama-rama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow betul kenzymal.. bagus tu.. mama.antara belumcas dgn ulat bulu pun xdpt beza haha

      Delete
  8. ini first time saya baca orang adopt rama2.. tak tahu ada program macam ni. menariknyaaa.. comel dapat tengok dari kepompong dan keluar jadi rama2.. cantik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg taman rama2 dan repltilia melaka ada buat siti. Sebab diorg ter effect dgn covid. So matilah membantu diorg

      Delete
  9. sangat menghiburkan kisah begini..

    pandai mama bercerita dan saya baca penuh perasaan penuh perasaan pulak tu..

    terima kasih atas perkongsian..

    ofkos rama-rama tu sangat cantik

    ReplyDelete
  10. Comel. Cantik dia punya corak tu macam tiger. Patutlah nama dia Plain Tiger Butterfly

    ReplyDelete
  11. Bestnya!!! Cantik rama-rama tu. Mesti sayang masa nak lepaskan dia kannn

    ReplyDelete

Words of wisdom