Menang Hadiah Dari Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, October 12, 2020

Menang Hadiah Dari Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka

Baru-baru ni mama ada up di IG stories dan FB berkenaan diri mama yang seronok sebab mama Menang Hadiah Dari Taman Rama-Rama Dan Reptilia Melaka. Mama sekeluarga memang suka sangat ke Taman rama-rama sejak anak mama kecil lagi kami dah datang sini. Kami ke sini setiap tahun tau. Latest mama ke sini bulan Ogos lepas, baca  Pergi Taman Rama-rama & Reptilia MelakaTak sangka pula mama boleh Menang Hadiah Dari Taman Rama-Rama Dan Reptilia Melaka.






Kebetulan masa mama ke sana ada contest up pic and tag @butterflyreptile di Instagram. Mama saja tag pada gambar dan tak sangka pihak Taman Rama-rama Melaka dm mama dan bagitau mama terpilih sebagai salah seorang pemenang. Padahal gamar mama tu biasa aje, ramai lagi gambar luarbiasa. Alhamdulillah rezeki,,

Hadiahnya..

Tada.. kat bawah ni adalah antara hadiah yang mama menang

Button badge guardian of butterfly. Kenapa guardian of butterfly? korang kena tengok lagi apa yang mama dapat sebagai hadiah ye.. jomm. Button badge ni dah selamat dah di beri kepada anak sedara mama yang berusia 3 tahun tu. Suka betul dia dengan button badge tu.

Yeay.. Dapat 2 Tiket percuma. Kami memang suka pergi ke Taman Rama-Rama Melaka. Tentu la seronok dapat tiket free..


Antara hadiah lain yang mama unbox. Ada beberapa surat dan pamplet yang takde dalam gambar ni. Cantik dan sweet sangat diorang pack macam ni kan. Dan mama suka sangat dengan surat yang diberi untuk mama. Mama simpan sebagai kenangan.

Jadi Guardian of Butterfly.







Mama rasa inilah hadiah utama yang mama dapat..
Sebenarnya mama dapat tau mama akan dapat kepompong melalui whatsapp yang diberikan oleh pihak Taman Rama-rama. Reaksi mama masa tu macam tak happy sebab mama risau mama tak dapat jaga baby rama-rama ni sebaiknya.. Tapi bila dah dapat hadiahnya mama terasa excited plak hihi.. Tadaa.. kepompong mama dah siap beradu dlm jar dah..

Mama ikut instructions yang diberi. Anak mama pun excited je hari-hari nak spray dalam botol. Pihak Taman Rama-rama pun rajin follow up dan diberikan 2 nombor hp penjaga rama-rama di sana untuk mama bertanya jika ada masalah. Terbaik sangat..


Melanocyma Faunula

Inilah jenis rama-rama yang mama dapat.. Melanocyma adalah genus kupu-kupu monotipik di subfamily Morphinae keluarga Nymphalidae. Satu spesies Melanocyma faunula, faun pucat, terhad kepada Burma, Malaya, Thailand dan Indochina di wilayah Indomalayan. Lebar sayap M. faunula sekitar 90 milimeter. (En wiki)


Program Adopt A Butterfly Taman Rama-rama Melaka

Kasihan juga di musim pandemik ni pihak Taman Rama-rama juga terkesan. Jom kita support program Adopt a Butterfly. Ni mama copy dari website Taman Rama-rama Melaka.



Anda boleh membantu rama-rama... 

Untuk pertama kalinya dalam 29 tahun, kami dengan tulus meminta bantuan anda semua untuk membantu kami menghadapi krisis ini. Kami menyediakan kepompong rama-rama yang berharga untuk diadopsi, masing-masing dibiakkan dengan teliti dari saat mula menetas daripada telur kecil mereka. Setiap dari mereka menceritakan kisah para petani dan kakitangan yang berdedikasi melalui metamorfosis. Ini adalah satu-satunya cara untuk memastikan rama-rama terus terbang

Maklumat lanjut di https://butterflyreptile.easy.co/collections/adopt-a-butterfly



37 comments:

  1. wah rare la hadiah dia..macam jaga baby kecik..all the best dan tahniah mama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cuya.. mama Rasa MCM for baby baru Pula

      Delete
  2. Tahniah. Sweet la hadiah tu. Best bela ni.

    ReplyDelete
  3. hadiah yang jarang2 dapat ni mama!

    ReplyDelete
  4. rama-rama pun boleh adopt kan. tak pernah singgah taman rama-rama ni kalo ke melaka. In shaa Allah teringin nak pergi. bawak bebudak ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beh adopt sekor kalau berminat. Sambil Tu boleh membantu butterfly Dan Taman rama2 yg tgh susah akibat covid

      Delete
  5. bestnyaa. tapi bab kepompong tu msti banyak pengalaman nak jaga nnt. goodluck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pengalaman Batu bagi mmaa.. first time tau

      Delete
  6. Mamapipie boleh jadi duta rama-rama! Saya pergi 2 tahun lepas.
    Jaga elok-elok. Saya berminat hendak tahu perkembangan rana-rama. Selalu kemaskini selalu pasal kepompong itu ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah NA mama.selalu up.story pasal rama2 ni kat ig..

      Delete
  7. waaaaa cantiknya kak, dia dapat bentung kepompong yek, kalau dapat bentuk ulat beluncas memang ku campak je jar tu kak hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha no Komen paling win. Kalau ulat mmg dah lama Ku campak aje haha

      Delete
  8. Wow, memang rare la hadiah dia.. Kalu saya pun, mesti excited dalam masa yang sama rasa cemas sebab nak jaga kepompong lepas tue jadi rama-rama yang cantik..

    ReplyDelete
  9. Menarik sangat hadiah nih!
    Tahniah MP

    ReplyDelete
  10. wah best tu. Comel dan exclusive hadiah tu. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan memang satu hadiah. Rupanya mcm2 mama dpt

      Delete
  11. bila dapat hadiah begini memang seronok

    ReplyDelete
  12. wahhh Tahniah mama, menarik hadiah2 dia..

    ReplyDelete
  13. Wah tahniah mama 😍 bestnya dapat hadiah rama-rama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ayu.. best tau alhamdulillah Ada rezeki mama

      Delete
  14. waaaa bestnyeee dapat tiket percuma!!!!

    ReplyDelete
  15. Wah best tu. Mcm2 hadiah dpt.Tahniah kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali dpt hadiah mcm ni mmg seronok sgt ana

      Delete
  16. Rama rama, saya suka tengok warna warna berterbangan. Biasa ke taman rama rama Etopia Penang, meriah juga rama rama disitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taman rama rama Etopia Penang mahal kan. aritu mama nak singgah tak sempat, dpt tiket free. mama bagi adik yg duk penang aje pegi

      Delete
  17. menariknya dapat kepompong rama-rama!! mesti best kan dapat hadiah rare mcm tu

    ReplyDelete

Words of wisdom