Review ZZ Hotel & Cafe Teluk Cempedak Pahang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, November 10, 2020

Review ZZ Hotel & Cafe Teluk Cempedak Pahang

Review ZZ Hotel & Cafe Teluk Cempedak Pahang. Mama pergi ke Pahang semasa krisis air Selangor yang pertama pada bulan September yang lalu. Kebetulan kami memang dah plan untuk ke Pahang sebab ada kenduri kahwin dan tetiba sehari sebelumnya Selangor dilanda krisis air tercemar. Alhamdulillah dapatlah lari dari xde air kat rumah. Seksa takde air oo.. So harini mama nak Review ZZ Hotel & Cafe Teluk Cempedak Pahang tempat kami menginap selama 3 hari 2 malam.







ZZ Hotel & Cafe Teluk Cempedak Pahang ni adalah hotel bajet yang terletak di Teluk Cepedak, Pahang. Mama book hotel ni melalui booking.com sebab kononnya nak duduk berdekatan pantai. Memang dekat hotel ni dengan pantai. Walking distance aje tau. Sambil tu boleh baca ni:

ZZ Hotel & Cafe Teluk Cempedak Pahang

Kali ni ada kelainan sikit dari segi booking mama. Ada peristiwa hihi. Kalau nak au sat lagi mama cerita ye.
Bilik yang mama book untuk 4 orang. Total ada 3 katil. Suka mama dengan katil king ni. Memang luas dan selesa linen dia.


Ni katil single. Ada 2 unit. Tilam dia so-so aje. Jadilah untuk tidur

Sebenarnya peristiwa yang mama nak cerita tu takdelah teruk sangat. Cuma, buat pertama kali dalam hidup mama, masa nak check in terasa macam nak cancel. Hotel ni memang betul-betul bajet hotel dan takdelah classy sangat. Pada mulanya masa nak check in tu baru mama perasan mama tersalah book bilik. Mama terbook sharing bathroom. Rupanya sharing bathroom ni maksudnya kena share bilik air dengan orang lain.. Eee of course la mama taknak.







Sejam juga mama ambil masa sebelum betul-betul check in sebab nak buat decision dan nego dgn owner untuk tukar bilik. Mujur juga owner ZZ Hotel ni penyabar dan melayan kami dengan baik. Siap bawa kami tengok bilik, etc. Setelah berbincang hebat dgn en hubby maka kami pun check in saja lah. Hampir-hampir mama cancel tau booking ni tapi takde refund la pula.

Dilengkapi dengan iron dan ironboard

Bila duduk hotel ni sebenarnya takdelah teruk sangat. Not bad for budget hotel. Memang senang nak ke pantai dan restoran serta tempat makan pun semua dekat-dekat aje..

Toilet yang OK. Mama berjaya tukar bilik yang ada bathroom dalam bilik dengan tambahan sedikit duit.

Ada sabun dan shampoo juga disediakan. Cuma agak pelik sebab tempat dia tinggi sangat.

Kawasan reception tempat mama bertapa 1 jam bincang pasal bilik haha

ZZ Cafe

Pemandangan di waktu malam. Ada cafe di tingkat bawah hotel ni. Sebenarnya sangat convenience kalau nak makan dan order air diorang boleh terus hantar ke bilik. Kebetulan mama bawa mak mertua lari dari takde air, dan dia pula masa tu kurang sihat dan tak boleh nak berjalan sebab sakit lutut. So, mama order saja dari Cafe dan dia terus hantar ke bilik. Kat cafe ni pun ada dijual puding raja yang femes. Mama ada beli bawa balik Shah Alam. Sedap!! Kuah dia tak manis sangat.







Walaupun ni pertama kali ada isu booking hotel tapi overal stay kat sini not bad. Tempat penginapan ni yang selesa, murah dan nyaman. Ada aircond dan TV. Tak terlalu sunyi sebab banyak kedai area sini. Tempat ni memang dekat dengan pantai Teluk Chempedak dan kawasan parking pun ada disediakan. Korang akan jumpa hotel ni dulu sebelum ke pantai teluk Cempedak so tak sempat merasa jem sebab boleh parking kat hotel je. Hari-hari mama anak beranak pergi jenjalan pantai. Best!

Bergambar di pantai Teluk Cempedak. Cantik pantai dia. Ada byk batu besar sesuai utk bergambar. Cuba tengok gambar mama dgn anak mama tu. Lihatlah berapa pendeknya mama sekarang. Padahal mama ni kategori takdelah rendah sangat, 5 kaki 3 inci. Cepat betul budak ni meninggi. Rasanya nanti ayah dia yang 6 kaki 2 inci tu pun akan kalah.


Harga Penginapan 3 Hari 2 Malam di ZZ Hotell

Mama book 3 hari 2 malam dengan harga RM300 kalau tak silap. Kalau harga sharing bathroom tu dalam RM220 je

ZZ Hotel & Cafe Teluk Cempedak Pahang

Alamat: No.41 & 43, Jalan Telok Cempedak, 25000 Kuantan, Pahang
No Telefon: 013-930 6550

18 comments:

  1. Nasib baik boleh tukar. Seksa kongsi bilik air dengan orang tidak dikenali.

    ReplyDelete
  2. Eishhh3x, mmg tak sesuai tau sharing2x bathroom ni..akk pun taknak kalo camtu. Tapi tmpt reception dia cantikla, suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ee mmg x lah naknshare dgn org x kenal kan.. simple aje reception ni rasa macam kat rumah ajd

      Delete
  3. Cantik tempat dia mama. Tapi, ada juga piluhan untuk sharing bathroom yek. Mungkin sesuai utk sedara mara datang buat family day nak share bilik air gitu le ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni first time mama jumpa hotel mcm.ni tu yg mama lama fikir sebelum check in hihi

      Delete
  4. murah sangatlah tu kak harganya... menarik ada cafe tuh, siap boleh terus antar dah macam hotel ada bintang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet hotel bolehlah dana. Susah gal nak Cari hotel area kuantan

      Delete
  5. Murah harga dia. Berbaloi dgn keadaan bilik yg disediakan. Lokasi pun best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Std bajet hotel bolehlah ana. Akak sebenarnya mcm x berapa happy tapi ok la dekat dgn pantai

      Delete
  6. Murah harganya. Fizah duduk Kuantan tapi jarang sangat nak menapak ke Teluk Cempedak tu sebab ramai orang KL suka datang lepak situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul fizah.. mmg ramai sebab tu mama cari hotel dekat2 so xyah susah Cari parking

      Delete
  7. Wow, kalau 3 hari 2 malam bayar 300 ok sangat tu, nampak cantik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah zumal.. utk 4 orang berbaloi jugak

      Delete
  8. Sebelum ni pun kalau Cik TK cari accomodation memang perhati juga sharing bathroom atau private bathroom. Nak elak sharing bathroom sebab bagi Cik TK tak best kongsi toilet dengan orang yang kita tak kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde siapa suka share bathroom kan lebih2 lagi musim covid ni. bahaya

      Delete
  9. Syukur dapat tukar bilik. saya pun pelik kenapa tempat letak sabun tu tinggi sangat. dah kenapa pula kan? Dinding tu kalau cat putih mesti nampak lebih menarik dan lebih luas.

    ReplyDelete
  10. Okey dah tu harganya...nasib baik boleh tukar bilik kan..

    ReplyDelete

Words of wisdom