Dinner di Sara Thai Kitchen Kuantan Pahang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, November 12, 2020

Dinner di Sara Thai Kitchen Kuantan Pahang

Dinner di Sara Thai Kitchen Kuantan Pahang. Sebelum ni mama dah cerita tentang hotel yang mama duduk semasa di Kuantan. Boleh baca sini. Review ZZ Hotel & Cafe Teluk Cempedak Pahang . Disebabkan kami check in lambat dan tak sempat nak lunch maka malam tu kami yang kelaparan pergi makan Dinner di Sara Thai Kitchen Kuantan Pahang.
 






Keputusan nak pergi makan kat Sara Thai Kitchen selepas tengok review kat Google nampak banyak yang psitif. Teringin nak makan seafood maka ke sini lah kami. Sambil tu baca ni juga ye


Pilihan Menu di Sara Thai Kitchen Kuantan Pahang

Inilah antara lauk yang kami order.
Siakap 3 Rasa. Sedap sangat siakap ni.

Sotong goreng tepung favourite anak mama. Agak pelik sebab tepung dia banyak, dimasak macam cekodok tapi sedap tau. Kami siap order sepinggan lagi hihi

Telur bistik ni pun sedap

Tomyam Ayam. Mama kan suka menghirup tomyam, maka beli ni tapi akhirnya tak terabis. Tu la ikut nafsu semata almaklumlah perut tengah lapar.

Kerabu Mangga yang awesome

Sayur kailan ikan masin.

Antara Air minuman yang kami order. Air teh thai tu memang sedap sangat. Ada air carrot susu dan juga jus epal.

Menu & Harga di Sara Thai Kitchen







Ini antara menu dan harga di Sara Thai Kitchen





Interior Dalam Kedai

Semasa ke sini memang mama tengok ramai sangat yang beratur tunggu seating. So, mama dengan gigihnya pun turut beratur. Rupanya takdelah lama sangat menunggu. Alhamdulillah cepat juga kami dapat tempat duduk.

Tu.. beratur kat tempat nak masuk

So far memang makanan kat sini sedap-sedap. Masa menunggu untuk order tu takdelah terlalu cepat. Order dapat tak serentak. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Cuma, kalau boleh improve perkara ni lagi baik. Sebab mama tengok dia masak 1 lauk sekali banyak then hantar ke meja yang ada order. Sepatutnya dia hantar satu set order untuk meja so takdelah orang tertunggu-tunggu lauk yang belum siap kan.

Pekerja sini memang ramah dan melayan dengan senyuman so overall ok la. Lepas perut kenyang, mama sekeluarga pun hepi hihi.. Restoran juga bersih dan selesa. Total yang kami belanjakan ialah  RM 148. Berpatutan.


Maklumat Sara Thai Kitchen Kuantan Pahang


Alamat: Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang
Waktu beroperasi 1:00–11:00PTG


25 comments:

  1. Nampak menarik semua makanan tu Adda, akak bab makanan pricey takpe jangan lambat je...memang boleh buat mood kelaut dalam nanti

    ReplyDelete
  2. Semua menu tu Mrs. A suka thai saaaanggatt heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typical menu kalau pergi thai restaurant kan

      Delete
  3. semua tu favourite menu saya kalau makan di kedai thai, boleh bertambah nasi..hehe

    ReplyDelete
  4. Suka mkn kt sara thai kalo ke kuantan...yg kt jln gambut ni br 1st time singgah br2 ni sbb kt sini ada pulut mangga sdap.. Slalu mkn yg sara thai kt area balok.. Tp sana xde pulut mangga.. Fav menu siakap stim limau.. Lpr plak tgk menu2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg kata pulut mangga dia sedap tapi Masa ni mama dah kekemyamgan bebenor

      Delete
  5. selalu nampak, singgah je belum hehe

    ReplyDelete
  6. Memang nampak sedap sungguh semua menu tu. Masakan Thai memang mabeles!

    ReplyDelete
  7. Nasib baik sedap. Harap tuan punya kedai baca teguran ikhlas mamapipie untuk tingkatkan perkhidmatan.

    P.S: Uwaa saya terlepas 2,280,000. Padahal kurang 2. Apabila refresh terlebih. Memang mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la NA mama pun Tak tau nape susah bebenor org nl capture no tu. Ada no baru nanti usha2 la selalu ye

      Delete
  8. uhuu tengah2 malam mai singgah sni..
    tengok menu2 sedap lapaqqq haih.. sotong goreng tepung ituu dap !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama tgk balikmgbar maka an mama.sendiri pun x tahan siri haha

      Delete
  9. Oohh restoren Thai yg ini, mmg sedap kat situ. Pelanggan tak pernah sikit.

    ReplyDelete
  10. Fizah pun suka makan kat Sara Thai ni :)

    ReplyDelete
  11. harganya boleh tahan gak tu mama. asalkan sedap n kena selera sy x kisah.

    ReplyDelete
  12. saya duduk di kuantan masa belajar. pernah datang sekali je haha best juga nak makan sini. banyak pilihan

    ReplyDelete
  13. Sotong goreng tepung pun perlu skill kan, lain tempat lain cara nya.

    ReplyDelete

Words of wisdom