Kuih Bakar Rare di Kuih Bakar Kuala Ina Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, November 3, 2020

Kuih Bakar Rare di Kuih Bakar Kuala Ina Melaka

Korang pernah dengar tak Kuih Bakar Rare di Kuih Bakar Kuala Ina Melaka? Semasa mama ke Melaka bulan Ogos aritu mama sempat singgah dah merasa Kuih Bakar Rare di Kuih Bakar Kuala Ina Melaka. Kenapa mama kata dia rare? Sebab ni pertama kali mama makan kuih bakar macam ni tau. Kalau nak tau rasa dia mari baca sampai habis.







Kuih Bakar Kuala Ina Melaka ni memang terkenal tau. Sebab tu lah mama nak cuba merasa apa yang uniknya kuih bakar ni. Sementara tu boleh baca sini juga:

Kuih Bakar Kuala Ina Melaka

Semasa mama sampai ke sini masa sudah hampir pukul 6 petang. Risau juga mama takut kedai dah tutup sebab tengok Google dinyatakan buka sampai pukul 5 petang saja. Dah lah kami drive jauh-jauh semata nak cari kuih bakar ni, mujur juga semasa sampai masih ada lagi orang yang sedang menunggu kuih bakar panas.

Nampak menyelerakan. Lebih menarik bila kita boleh beli yang panas-panas yang baru angkat dari oven

Selain kuih bakar, ada juga jual bahulu kat sini







Semua kuih dimasak di sini tau. Boleh tengok live lagi

Uniknya, di bakar guna dapur traditional menggunakan kayu api. Sebab itu rasa dia sedap dan berbeza. 

Pembakaran kuih bahulu dan pembungkusan. Sempat mama belinyamg panas dan makan dalam kereta

Inilah rupa kuih bakar kuala Ina. Fluffy, gebu dan sedap. Rasanya manis dan terasa rempah ratus..  YAng berbeza adalah rasa rempah ratus tu. Ada ra cinnamon. Harganya pun berpatutan, murah aje tapi mama dah lupa berapa hihi.. Dimasak secara tradisional mengunakan kayu api.. 


Kalau korang nak ke sini boleh ikut alamat ni..

Kuih Bakar Kuala Ina Melaka

Alamat: 1539, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 78000 Alor Gajah, Melaka
Waktu perniagaan: 9:00 pagi – 5:00 petang


35 comments:

  1. Bestnya.. sedap ini.. fresh gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang suka rasa kayu manis tu ada org Tak suk. Depends juga sha

      Delete


    2. Some people like the taste of cinnamon, some people don't like it.
      python course london

      Delete
  2. menarik nih kak, makan lak panas2... baulu tu pun mesti ngap ngap bila masih lagi panas2 tuh

    ReplyDelete
  3. Teringin pula hendak rasa ada rempah dalam itu.

    ReplyDelete
  4. selalu balik melaka tapi tak pernah tau kewujudannya hehehe

    ReplyDelete
  5. Wah! memang nampak sedap kuih bakar tu.
    Area berdekatan kampung Mrs. A pun ada kuih bakar yang tak berapa lama dulu pernah viral sebab dia bakar cara tradisional guna sabut kelapa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigihnya.. mcm Mana yr bakar guna sabut. Mesti kena guna bayk sabut kan

      Delete
  6. Kuih bakar kalau makan panas-panas pehhh...power sedap tak terhingga...

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka makan kuih bakar yang masih panas. Sedap!

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap, Kak Sue suka juga kuih bakar dan bahulu tu.. tambah makan panas-panas kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama.juga dgn saya kak sue. Makan panas sedap

      Delete
  9. Memang rare. Ni kalau mak saya tahu mesti dia ajak pergi. Thanks share mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la try sal. Ni kuih bakar traditional mesti dia suka

      Delete
  10. Dina pernah beli sini. bahulu dia sedap!

    ReplyDelete
  11. Bila ke Melaka lagi boleh la singgah sini..

    ReplyDelete
  12. Wahhh, kalau pergi Melaka nanti boleh lah cari kedai ni :)

    ReplyDelete
  13. Mudah-mudahan ada rezeki nak ke Melaka. Bila lah boleh merentas negeri uhuks.

    ReplyDelete
  14. Memang betul-betul rare, tambah pula dapat makan panas-panas

    ReplyDelete
  15. Menariknya boleh tengok dia masak live tu mamapp, moga2 bila orang tengok, dia masih kekalkan hygiene nya 😊

    ReplyDelete
  16. kalau ke melaka boleh try cari nanti..

    ReplyDelete
  17. Kalau tengok sekali imbas macam kuih bahulu. Kuih bakar dengan rasa rempah ratus tu unik.

    ReplyDelete
  18. Lama tak jalan melaka sejak PKP, PKPD dan sekarang PKPB, macam-macam list dah ada kalau pergi melaka nanti boleh singgah sini.

    ReplyDelete

Words of wisdom