Review Homestay Selat Horizon Melaka - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, November 2, 2020

Review Homestay Selat Horizon Melaka

Sebelum ni mama ada cerita pasal kami makan mee bandung di Mee Bandung Centra [ Baca sini http://www.mamapipie.com/2020/09/mee-bandung-central-muar-johor.html ]. Kami sebenarnya on the way ke Melaka dan sudah pun book Homestay Selat Horizon Melaka. So, harini mama nak Review Homestay Selat Horizon Melaka tu.







Kami ke sini semasa cuti Hari Raya Haji aritu. Alhamdulilkah dapat berkumpul adik beradik walaupun lagi 2 orang Tak dapat balik kampung. Anak yatim piatu macam kami ni takde mak ayah dah untuk dibahagiakan. Hari pertama raya kami berkumpul bersama keluarga dan adik beradik arwah mak. Seronok dapat berjumpa semua makcik pakcik dan saudara mara. Hari kedua semua dah tak tau nak buat apa. Almaklumlah semua saudara mara dah jumpa hari sebelumnya. Sebab tu la kami last minute book homestay ni.

Homestay yang stylish


Tempat favourite lepak kami. Berebut semua nak duduk kerusi ni. Memang sangat selesa tau. Punyalah mama suka sangat sofa L shape ni sampai mama cari slam internet. Sekali tu tengok harga RM10,000++. Harga set dining table tu pun melebihi RM 10k. Erkk trlan air liur je la.







Apa yang mama boleh katakan ialah homestay ni memang cantik sangat. Decor dia memang superb dan mama yakin owner mesti ada upah interior designer buat rumah ni. 

Homestay ada 3 bilik dan 2 bilik air. Kesemua bilik dihias macam taraf hotel.

Bilik air. Gambar kanan bawah tu adalah ruangan masuk ke bilik. Kami suka ambil gambar melalui cermin tu. Siap ada sinki di ruangan ni mmg best. Korang perasan tak ada penampakan dalam cermin tu. Haha itulah mama dan en hubby. 

Kelakar tengok gambar dalam toilet ni

Ada disediakan 3-in-1

Keadaan dapur. Hmm.. berangan nak dapur macam ni


Ruangan makan. Sempat kami buat birthday celebration anak sedara mama kat sini

Berbbq kita orang malam.tu. Bawa dapur sendiri. Ada peristiwa masa bbq ni huhu tapi mama taknak lah citer kat sini. Ahli rombongan je tahu haha.. apapun peristiwa tu memang cukup mendebarkan dan buat kami begitu cemas.

Balcony

Ada swimming pool malangnya masa kami ke sana management apartment tak buka lagi pool ni atas reason utk safety

Ahli rombongan kami..

Walaupun sekejap tapi seronok dapat berkumpul bersama dalam suasana yang berlainan. Memang suka sangat stay kat homestay ni sebab mmg sangat cantik, ada wifi, kemudahan lengkap fan parking pun senang.

Harga booking through Airbnb RM 388 termasuk service charge untuk satu malam.

Kalau korang nak Cari homestay ni boleh cari di Airbnb ye.



27 comments:

  1. menarik condo ni..dekorasi pun cantik..modern style..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama suka.modernnstyle.mcm.ni.nohas. cantik kan

      Delete
  2. menarik jugak ek..Nanti ke Melaka boleh la cuba stay sini

    ReplyDelete
  3. Puas hati bermalam di homestay ni, cantik, luas dan kemas. Berbaloi dengan harganya.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya. Area mana ni mama? Best jugak homestay macam ni, boleh berangan kejap

    ReplyDelete
  5. cantik dan cozy sangat condo ni mama :)

    ReplyDelete
  6. Memang superb lah Interior Design Dekorasi homestay ni. Best ni kalau dapat renovate and decor rumah style moden ni.

    ReplyDelete
  7. Pergh!! stylish habis.. Syok nie berehat di sini..

    ReplyDelete
  8. Besar nya. Cantik lak tu interior dia.

    ReplyDelete
  9. wahh style habis ni! cantik!!!

    ReplyDelete
  10. Wow, memang cantik gila homestay dia. Kalau zumal pergi rasa tak nak balik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la mama rasa zumal. Tada mcm nak buat rumah mcm design ni jugs je

      Delete

Words of wisdom