Amalan Doa Pagi dan Petang - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, September 18, 2020

Amalan Doa Pagi dan Petang

Alhamdulillah sudah sampai hari Jumaat. Syukur kita masih dapat bertemu Jumaat semula semoga Kita semua diberkati. Mama nak sharing sikit harini tentang Amalan Doa Pagi dan Petang. Korang dah baca post mama tentang homestay terbaik? Walaupun bercuti kita masih boleh amalkan doa ini di homestay pilihan yang kita duduki..


Doa Pagi dan Petang




حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْجَلِيلِ حَدَّثَنِي جَعْفَرُ بْنُ مَيْمُونٍ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ أَنَّهُ قَالَ لِأَبِيهِ : يَا أَبَتِ إِنِّي أَسْمَعُكَ تَدْعُو كُلَّ غَدَاةٍ اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ تُعِيدُهَا ثَلَاثًا حِينَ تُصْبِحُ وَثَلَاثًا حِينَ تُمْسِي وَتَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ تُعِيدُهَا حِينَ تُصْبِحُ ثَلَاثًا وَثَلَاثًا حِينَ تُمْسِي قَالَ نَعَمْ يَا بُنَيَّ إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو بِهِنَّ فَأُحِبُّ أَنْ أَسْتَنَّ بِسُنَّتِهِ 

Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Amir, telah menceritakan kepada kami Abdul Jalil, telah menceritakan kepadaku Ja’far bin Maimun, telah menceritakan kepadaku Abdurrahman bin Abu Bakrah bahawa ia berkata kepada Ayahnya; 
“Wahai ayahku, aku mendengarmu berdoa di setiap pagi dengan: Ya Allah, berikanlah kesehatan buat badanku, buat pendengaran dan penglihatanku, tiada Tuhan yang berhak di sembah selain Engkau. Ayah selalu mengulanginya hingga tiga kali ketika pagi dan petang, dan ayah juga selalu berdoa dengan doa: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu dari kekufuran, dan kefakiran, Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tidak ada Tuhan yang berhak di sembah kecuali Engkau. Ayah pun selalu mengulanginya tiga kali di waktu subuh dan tiga kali lagi di waktu petang.” 

Abu Bakrah menjawab; “Benar, wahai anakku, sebab aku pernah mendengarnya dari Nabi SAW, baginda juga selalu berdoa dengan (kalimat tersebut) sementara aku senang mengikuti sunahnya.”  (HR Ahmad No: 19534) Status: Hadis Hassan.








Kesimpulan hadith:

1.  Berdoa dalam apa juga situasi adalah suatu tuntutan dalam kehidupan Muslim.

2.  Antara doa Rasulullah SAW di waktu pagi dan diulang sebanyak tiga kali adalah:

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

(Ya Allah, berikanlah kesehatan buat badanku, buat pendengaran dan penglihatanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau),

3.  Antara doa Rasulullah SAW pada waktu petang juga dibaca tiga kali adalah: 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

 (Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung diri kepada-Mu dari kekufuran, dan kefakiran, Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau)

Marilah kita amalkan doa ini diwaktu pagi dan petang.







Sumber: 1 Hari 1 Hadis

7 comments:

  1. Aamin ya rabb moga sntiasa dimakbulkan

    ReplyDelete
  2. Aamiin Ya Rabb.. bila kita dah terbiasa amalkan zikir nie, bila tak buat rasa tak lengkap hari kita kan..

    ReplyDelete
  3. aamiin.. semoga kita jadikannya amalan setiap hari.. in shaa allah mencari keberkatan hidup

    ReplyDelete
  4. Nice share mama. Jom kita semua amalkan. InsyaAllah.Aamin.

    ReplyDelete

Words of wisdom