Waspada Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, August 14, 2020

Waspada Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua

Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat semua. Rasanya baru je mama wish hari Jumaat tup tup tengok dah masuk Jumaat semula. Cepatnya masa berlalu kan.. Mama nak share tentang Waspada Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua. Baca ini juga - Susu Pilihan Untuk Ibu Hamil







Baru semalam mama lihat ada tiktok dari seorang makcik siap berjoget2 seperti orang muda. Alahai terasa janggal sangat melihatnya. Mama ni dah berumur 41 tahun dan mama sentiasa ingatkan diri sendiri yang diri ini dah tak muda macam dulu. Kalau nak buat sesuatu yang agak melampau mama akan ingatkan diri mama macam ni. Ada perkara yang sudah tak sesuai untuk di buat dengan umur sebegini. Jiwa tu memang la sentiasa muda tapi kurang manis kalau tingkah laku pun takde beza dgn orang muda. Mungkin ini hanyalah pendapat mama. Korang rasa macam mana?


Gambar kucing comey sebagai hiasan

Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua


أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَزَالُ قَلْبُ الْكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ فِي حُبِّ الدُّنْيَا وَطُولِ الْأَمَلِ

Telah mengkhabarkan kepadaku Sa'id bin Al Musayyab bahawa Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Hati orang tua masih tetap berjiwa muda dalam dua perkara, iaitu; mencintai dunia dan panjang angan-angan." (HR Bukhari No: 5941) Status: Hadis Sahih







Kesimpulan Hadith:


1.  Rasulullah SAW mengingatkan agar berwaspada dengan keinginan hati  yang melalaikan dan melekakan.

2.  Kenginan untuk sentiasa muda adalah suatu yang baik jika disalurkan ke tempat yang betul seperti sentiasa muda dan bersemangat melakukan amal soleh.

3.  Namun orang tua yang dikurniakan hati dan keinginan yang sentiasa muda dalam dua perkara iaitu; Mencintai dunia dan panjang angan-angan adalah dua perkara yang melalaikan.

4.  Tanda cintakan dunia dapat dikenal pasti secara umumnya berdasarkan perkara-perkara ini:
•  Hanya nikmat dunia yang menjadi matlamat dan tumpuan.
•  Lalai atau lupa kepada matlamat terakhir iaitu akhirat.
• Mengetepikan agama dalam urusan seharian – baik kerana merasakan bahawa ia suatu yang menyukarkan atau tidak relevan dengan kehidupan.

Ayuh berawas dengan keinginan yang melalaikan.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor


10 comments:

  1. kadang-kadang ammi pun teringat dah tua..tp kebiasaannya lupa pulak diri ni dah sama umur ngan MP. masih terasa muda lagi. Ishhhh

    ReplyDelete
  2. bila kita dah meniti usia,kena la sedar diri yang bila2 nyawa boleh ditarik.
    takut leka sangat dengan keduniaan sampai lupa akhirat dan tujuan kita hidup.
    bahaya! Nauzubillah

    moga kita dijauhkan daripada sikap2 yang buruk..Amin..

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ini..

    baru sempat blogwalking. thanks ya join segmen mia. senarai peserta ada di sini https://www.mialiana.com/2020/07/senarai-url-blog-37.html

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas nasihat mama =)

    ReplyDelete
  5. Semakin hari semakin tua, harap saya semakin matang huhu

    ReplyDelete
  6. Betul tu, zumal pun rasa tak manis buat perkara-perkara gitu...

    ReplyDelete
  7. betul mama..saya tgk..pun alahai..dorg dah mcm mak mak saya..
    moga saya tak tergolong dalam golongan sebegitu..sbb nk jd contoh..
    conoth tu sendiri kena elok dan sedap dipandang..

    ReplyDelete
  8. Pelik juga tu makcik makcik jiwa muda bertiktok joget. Semakin meningkat usia sepatutnya kena bawa sedar diri dan tambah amalan yang baik sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. tq share kak adaa..
    makin ramai yang perasan muda walaupun sebenarnya dah sangat berusia..
    Kadang segan nengoknya..

    ReplyDelete
  10. Jangan katakan orang yang dah tua, ena yang muda pon rasa malu nak joget 😂 tak minat orang yang guna tiktok ke arah mcmtu.

    ReplyDelete

Words of wisdom