Bayam Brazil Ku Terkorban - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, August 18, 2020

Bayam Brazil Ku Terkorban

Bayam Brazil Ku Terkorban. Huhu sadis tak bunyi title post mama kali ni. Kesian bayam brazil kesayangan mama tau.. balik dari kampung aritu mama.perasan kesemua daun berlubang-lubang halus. Sedih tengoknya tau. Sambil tu baca info menarik untuk ibu hamil di sini.







Mama tak tau macam mana daun-daun tu boleh jadi berlubang macam tu sekali. Teruk benar keadaannya sebab kesemua daun kena. Mula-mula mama ingatkan sebab belalang tapi sebelum ni tak penah pula berlubang sampai macam ni. Hmm.. pelik!

Tengok tu banyak lubang-lubang halus. Daun pun kecil je

Serangan Binatang Perosak?







Sebenarnya mama tak sure apa penyebab masalah ni. Cuma mama perasan bila angkat pasu mama. nampak ada banyak semut di bawah pasu tu. Mungkin ke disebabkan semut jadi lubang-lubang mcm tu? Terfikir juga adakah sebab kononnya mama letak serbuk kopi kononnya sebagai baja yang menyebabkan semut datang? Mama cuci serbuk kopi tu bebetul sebelum letak dalam pasu tau.

Last2 mama terpaksa lah korbankan kesemua daun2 yang ada. Sambil2 tu boleh mama potong keratan barang dan semai yang baru

On the bright side, bolehlah mama menambah bayam brazil dan tanam melalui keratan batang ni..


Dapat mama semai baru. Ni lah antara semaian baru dan pokok yang mama dah mama trim semua daun

Nak try semai guna kaedah hidroponik pula. Sebelum ni mama cuba semai sayur sawi guna kaedah hidroponik tapi sawi mama tu batangnya jadi halus sangat so fail masa tu.. Agaknya kali ni menjadi tak?


Keadaan pokok selepas seminggu.. tadaa... ada nampak daun baru mula bertunas kan. Nanti mama nak poton gpucuk yang berlubang tu. Kalau tengok nampaknya bayam hydriponic mama nampak lagi gemuk dan menjadi kan..

20 comments:

  1. Mesti frustkan mama. Hopefully yg lain ok sihat Dan Segar bugar

    ReplyDelete
  2. cuba cari racun serangga kak, dana ada jugak guna yang jenama camay, bagus untuk hilangkan serangga dan jenis racun yang organik... geram je kan bila tengok jadi gitu...

    ReplyDelete
  3. Bayam brazil mmang senang diserang daunnya.Mudah cara tanam balik yg mcm dibuat. Dua minggu nanti merimbun la.

    ReplyDelete
  4. saya pulak, pokok limau, selalu ke attack..haih

    ReplyDelete
  5. Wahhh tanam guna batang boleh hidroponik? Nak try juga lah.

    ReplyDelete
  6. Yeyyy alhamdulillah dah tumbuh yang baru.

    ReplyDelete
  7. abis lubang2 pokok kak adda..sy umah tinggi tanam dekat atas dalam pasu alhamdulilllah elok daunny.. skali tu saja letk anak pokok cili dekat bawah sb ada tanah lapang... abis togel di makan siput.. satu malam lesap daun,sejak haritu mmg tanam depan umah je..haha

    ReplyDelete
  8. Ni bukan kerja semut sebab semut tak makan daun
    Mungkin ada serangga perosak lain

    ReplyDelete
  9. tanam semula Dana, ada serangga perosak agaknya tu :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah menjadi ye mama..bagusnya..nanti shida nk cuba juga tanam bayam brazil nih..

    ReplyDelete
  11. cepatnya besar. bayam brazil kita lambat nmpk membesar, halus2 je

    ReplyDelete
  12. biasanya klo berlubang ni kena makan dengans serangga. semut pon penyebab die kak..saya pon guna baja kopi..elok mekar daun nya..

    ReplyDelete
  13. nasib baik bayam brazil ni senang hidup..cucuk je la dkt tanah tu kan...
    nieyl pun dah banyak kali juga cantas n tanam baru...

    ReplyDelete
  14. kesian mama..jgn putus asa ya

    ReplyDelete
  15. lepas ni menjadi la bayam brazil Mama kan.
    Aaminn.....

    ReplyDelete
  16. Alahai mesti sedih tgk kan. Pandai tanam pokok. InsyaAllah jadi lebih banyak nanti. Favourite ni selalu goreng tepung.

    ReplyDelete
  17. seang hidup bayam brazil ni kan, tapi tu lah kenapa berlubang tu saya pun taktau saya punya daun bayam jadi kerinting pastu halus2 je daun dia

    ReplyDelete

Words of wisdom