Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Friday, September 18, 2020

Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah

Salam hari Jumaat semua..  Alangkah beruntungnya jika kita menjadi Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah. Selain dari meraih kecintaan dalam beribadah kita boleh juga meraihnya dengan menjaga akhlak, adab dan kebersihan sebagai seorang muslim. Contohnya jika ada homestay yang patuh syariah tentu sekali lebih disukai Allah kan. Siapakah Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah? Mari baca hadith di bawah ini







Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah



حَدَّثَنَا هَاشِمٌ حَدَّثَنِي عَبْدُ الْحَمِيدِ حَدَّثَنِي شَهْرٌ حَدَّثَنِي أَبُو ظَبْيَةَ قَالَ إِنَّ شُرَحْبِيلَ بْنَ السِّمْطِ دَعَا عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ السُّلَمِيَّ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَسَةَ هَلْ أَنْتَ مُحَدِّثِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ أَنْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِيهِ تَزَيُّدٌ وَلَا كَذِبٌ وَلَا تُحَدِّثْنِيهِ عَنْ آخَرَ سَمِعَهُ مِنْهُ غَيْرِكَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ قَدْ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَحَابُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَصَافُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَزَاوَرُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَبَاذَلُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَنَاصَرُونَ مِنْ أَجْلِي

Telah menceritakan kepada kami Hasyim telah menceritakan kepadaku Abdul Hamid telah menceritakan kepadaku Syahr telah menceritakan kepadaku Abu Dzabyah ia berkata; Bahawasanya Syurahbil bin As Simth memanggil Amru bin Abasah As Sulami dan bertanya, "Wahai Ibnu Abasah, apakah Anda mahu menceritakan kepadaku suatu hadis yang telah Anda dengar dari Rasulullah SAW tanpa ada tambahan ataupun kedustaan? Dan janganlah anda ceritakan kepadaku suatu hadis dari sahabat lain yang ia mendengarnya dari baginda selain anda. Amru bin Abasah berkata; Baiklah, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Allah Ta'ala telah berfirman: 'Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana Aku.'"(HR Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih








Kesimpulan hadith:


Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah apabila:

1.  Saling mengasihi kerana Allah

2.  Saling merapatkan hubungan (ukhuwah) kerana Allah

3.  Saling menziarahi kerana Allah

4.  Saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Allah

5.  Saling bantu membantu dan tolong menolong kerana Allah

Jadikanlah diri kita orang yang disayangi Allah kerana penyayangnya kita kepada orang lain. Ambillah kesempatan di bulan Syawal untuk saling merapatkan hubungan ukhuwah.

Sumber: Telegram 1 hari 1

14 comments:

  1. semoga kita semua mendapat rahmat darinya..berpeluang mendapat cinta yg hakiki.

    ReplyDelete
  2. moga kita semua tergolong dalam mereka yang mendapat keredaan-Nya

    ReplyDelete
  3. Mudah2an kita mendapat kecintaan Allah

    ReplyDelete
  4. Semoga kita tak jauh dari kasih sayang Allah swt

    ReplyDelete
  5. Tujuan hidup ni semuanya mesti kerana Allah

    ReplyDelete
  6. amin..doa slalu kan kak moga Allah merahmati kite smeua..jom jalan2 ke blog sy https://bacalahkisahmama.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Moga kita semua sentiasa dirahmatinya

    ReplyDelete
  8. adakah kita semua berhak mendapat kecintaan-Nya?

    ReplyDelete
  9. saling mengasihi kerana Allah itu penting sekali

    ReplyDelete
  10. semoga kita masuk dalam golongn ni =)

    ReplyDelete
  11. semoga kita semua mendapat kecintaan Allah dan menjadi hamba yg disayanginya

    ReplyDelete
  12. semoga kita semua masuk dalam kategori orang yang berhak mendapat kecintaan Allah SWT, aamiin ya rab

    ReplyDelete

Words of wisdom