Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Tuesday, August 25, 2020

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa

Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaaat penuh keberkatan. Seronok sangat kalau diri kita ini didoakan yang baik-baik kan. Apatah lagi jika malaikat yang doakan kita. Jom baca Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa. Malaikat juga mendoakan ibu-ibu yang mengandung. Baca sini untuk info susu bagi ibu mengandung.


Belanja gambar sunset di Pulau Pangkor sekejap


Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa 


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Daripada Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih








Kesimpulan hadith:


1.  Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.

2.  Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan atau tanpa pengetahuannya, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3.  Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan (tanpa pengetahuannya) tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ

"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)











Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.


Sumber: 1 hari 1 hadis

14 comments:

  1. Salam Jumaat Kak Adda..
    Perkongsian yang bagus.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. terima kasih Mama. didoakan semua yang baik-baik untuk Mama sekeluarga aaminn…..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian mama

    ReplyDelete
  4. Justeru tidak salahlah jika sentiasa diingatkan supaya cakap yang baik-baik..doakan yang baik-baik supaya kebaikkan itu kembali kepada kita kan kak.Aamiin.

    ReplyDelete
  5. betul tu..doakan org lain dlu sblum doakan pd kita

    ReplyDelete
  6. Janganlah kita berhenti meminta kepadaNya <3

    ReplyDelete
  7. inshAllah..terima kasih mama..

    ReplyDelete
  8. benar.. hari2 kita doakan saja secara rawak..
    mungkin ada antara ahli2 keluarga n sahabat yang dalam kesusahan..
    kita doakan jadi mudah.. mudah2an urusan kita juga dipermudahkan..

    ameen. terima kasih kongsi =)

    ReplyDelete
  9. Semoga bermanfaat buat Kita semua.. jommamalkan

    ReplyDelete

Words of wisdom