Resepi Kek Batik Simple Campak2 Terus Jadi - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Thursday, May 28, 2020

Resepi Kek Batik Simple Campak2 Terus Jadi

Harini mama nak share Resepi Kek Batik Simple Campak2 Terus Jadi. Kek Batik memang sangat senang untuk dibuat. Memang ada banyak versi dan mama sendiri dah cuba beberapa versi. Nak tengok versi paling simple dan sedap boleh refer je Resepi Kek Batik Simple Campak2 Terus Jadi ni baca sampai bawah







Resepi ni simple je.. Ada orang campur kan sedikit nescafe dan ada juga campur kacang atau nestum. Mama pernah buat semua tu tapi mama suka yg simple je mcm ni. Versi campak2 sebab sebenarnya mama tak guna sukatan pun. Agak-agak aje tapi kali ni mama masukkan sekali sukatan untuk mudahkan pemahaman..

Resepi Kek Batik Simple Campak2 Terus Jadi


Bahan-bahan

Biskut merry 1 pack (patahkan 2 atau 3 setiap keping
Butter setengah ketul
Milo 1 cawan
Susu pekat setengah cawan
1 biji telur (tak letak pun xpe tapi mama suka letak)


Cara-cara masak

1. Panaskan butter di dalam periuk
2. Masukkan telur, susu pekat dan milo ke dalam periuk
3. Kacau kesemua bahan sehingga berbuih dan agak likat
4. Masukkan biskut merry yang dipatahkan. Kaup balik sehingga kesemua permukaan biskut sebati dengan adunan. Tutup api
5. Ambil loyang atau sebarang bekas. Masukkan kesemua adunan tadi ke dalamnya dan tekan-tekan sehingga padat. Mama guna gelas yang dibalut plastic dan tekan guna gelas tu
6. Sejukkan dan siap! yum.. yum..

Note: Kalau korang suka biskut tu rangup korang masukkan biskut then terus tutup api.. Kalau korang suka biskut versi lembut korang masukkan biskut awal sikit sejurus adunan dalam periuk mula berketul dan kacau sebentar atas api. Then baru tutup api.








10 comments:

Words of wisdom