Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Monday, March 9, 2020

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor adalah port wajib singgah kalau balik Muar. Ni lah mee Bandung muo paling sedap pada mama.. Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor ni dah lama dah kedainya. Ada pelbagai menu di sini.







Uniknya kedai ini diuruskan 2 bangsa. Orang melayu memasak Dan orang cina buat air. Memang harmoni aje Kan. Seorang nyonya yang kerja buat air dulu pernah juga share tips parenting dengan mama Masa Syafi kecil dulu. Boleh baca sini [ http://www.mamapipie.com/2012/02/nasihat-dari-nyonya-tua.html ]. Dah tak nampak dah nyonya tu. Mama x berani tanya anaknya.







Menu Best di Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor


Jom tengok apa yang kami beli 

Mee Bandung Muar cuma RM 6. Confirm sedap x rugi beli Ni.. inilah sebab utama kami ke sini pun

Penuh meja kami. Air nescafe dia sedap woo.. walaupun mama minta kurang manis tapi terasa kaw Dan sedap. Kitaorang beli air kosong 2 Dan air nescafe Ni total RM 2.20.

Mee Goreng mamak Tak pedas. Walaupun xpedas tapi sedap Tau

Ni pula Mee Goreng versi normal.. Pedas dan sedap. Mee Goreng mamak ni murah sangat harganya cuma RM 4 Tau. Sedap sangat2

Sate muo..

Sedapnya.. alahai ngidam pula. Sedap satay Ni xde lemak pun

Boleh lihat menu dan harga di board Ni. Korang boleh tengok banyak gambar Abu Bakar Hanipah dengan ramai selebriti termasuklah orang2 besar. Seronok tengok gambar2 Ni

Senarai harga untuk Soto Dan satay

Selain dari bandar Muar, ada juga cawangan Mee Bandung Abu Hanipah di Tanjung Muar. Kat situ anak perempuan dia yang uruskan.. Tapi sesekali mama Ada jumpa juga Abu Bakar Hanipah di Sana. Beliau memang sangat peramah dan suka share pengalaman.

Beli Paste Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Selain makan Kat sini Korang boleh juga beli paste Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Dulu harga satu bekas 4 segi RM 10 sekarang mama Tak pasti pula sama Ada harga masih sama atau Tak.

Maklumat lanjut Mee Bandung Abu Bakar Hanipah


Pemandangan depan kedai

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Muar Johor

Alamat: Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dari 7 pagi hingga 4 petang
Telefon: 012-264 2720



22 comments:

  1. LZ suka juga makan mee bandung kat sini mamapipi..
    Kalau singgah sini mesti susah dapat parking atau kedai penuh takde tempat duduk..
    So kena pandai adjust masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lz sebab dia Kan tepi jalan tgh bando phlantu.. nasib2 .. sebab tu mama selalu gak.makan Kat Tanjung

      Delete
  2. Sedapnya mee bandung. Nanti bila ke Muar maq nak trylah makan kat sini.

    ReplyDelete
  3. Nanti nak menyinggah try mee bandung kat sini pulak

    ReplyDelete
  4. suka juga makan mee bandung..pernah buat tp guna rempah instant

    ReplyDelete
  5. aduhai mee bandung kt muar takde yang tak sedap kak oi, rindu nak makan mee bandung kt situ... makan sate pagi-pagi layan betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil.makan satay pula tu Kan. Lagi nikmat

      Delete
  6. Nampak sedap mee bandung tu... saya tak pernah mkn mee bandung lagi.. huhu nanti nak try jugak la

    ReplyDelete
  7. mee bandung sana memang best...

    ReplyDelete
  8. Dapnya..husben mmg suka la mee bandung ni..saya yang kurang suka sebab kuah dia guna kacang gak,kan..alergik sikit ngan kacang sbb naik jerawat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihii mmg Ada kacang.. tapi tu yg buat sedap yunfieza

      Delete
  9. Favorite ana ni kak. Kalau lah muar tu sebelah ni je lama dah ana terjah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau.sebelah.akak.pun.hari2 makan Mee Bandung ana.. sedapp

      Delete
  10. alamak... mn sy nk cari mi bandung muar kat siniiiiiii laparrrrrrrr

    ReplyDelete
  11. ya Allah rindunya kat makanan muo

    ReplyDelete
  12. kuah mee bandnug ni mmg sedap dan pekat.. alahai craving lagi plak ni

    ReplyDelete
  13. perghhh.. sedap ni.. kat kuching ni ada jual mee bandung johor.. selalu repeat makan. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ye. Agaknya sam.x mcm.kat Johor punya

      Delete
  14. Sedapppnyaaa lapar lah pulak tgk makanan malam2 ni

    ReplyDelete

Words of wisdom