Beautiful Lie, Novel Terbaru Mazni Aznita

Ingat tak dalam post mama tentang Novel Haura karya Ramlee Awang Mursyid dulu [ boleh baca sini Yahuu Novel Haura Beserta Autograf Ramlee Awang Mursyid dah sampai ] mama ada beritahu ada sorang lagi author yang mama takkan lepas peluang beli novel dia. At last mama berjaya membeli novel tu... Beautiful Lie, Novel Terbaru Mazni Aznita, inilah tajuknya.. yahuu dah beli Beautiful Lie, Novel Terbaru Mazni Aznita walaupun bacanya ntah bila.







Mama memang suka sngat karya Mazni Aznita Ni. Antara novel dia yang mama Paling suka ialah Street Vendetta (Ada adaptasi drama dengan tajuk yang sama), Venom Suria, Kasihku Arina, Dan banyak lagi. Selain dari nama Mazni Aznita dia juga menggunakan nama Anita Aruszi. Mama pernah beremel2 dgn beliau dan beberapa kali ucap tahniah jug atas novel baru. Beberapa kali juga mama beli novel direct dari penulis utk karya dia yang lama dan diterbitkan sendiri. Mama simpan semua novel yang mama beli tu sampai sekarang. Ada yang mama dah baca beberapa kali. Mama suka elemen action, misteri dalam setiap novelnya..

 Lepas beli terus snap pic. Excited.

Nanti mama nak cari masa.untuk.baca novel Ni. Mama Kalau novel yang mama.mint Dlm Masa sehari pun boleh habis.


Semalam mama up ttg novel ni di ig story dan tak sangka pula Mazni Aznita share semula ig story mama dan PM mama. Hmmm.. mama nak tepek gambar kat sini tapi tak tau nape xleh upload gambar arini.. apapun memang best.. Insya Allah akan ada novel baru lagi. Kompem mama akan beli.. Semoga Mazni Aznita sentiasa ada idea utk publish lagi banyak novel lepas ni

[Update pukul 3.25pm: akhirnya dapat juga upload gambar Ni. Tepek sini buat kenangan. Byk juga kitaorg berborak lepas tu..









Sinopsis Novel Beautiful Lie,
Karya Mazni Aznita

Ni mama copy sinopsis Novel Ni dari website alaf 21

Adriana Imaniyah terpaksa berhutang angkara si ayah, sehingga terpaksa menurut kehendak seorang wanita demi melunasi hutang-hutangnya. Kerana diugut, dia setuju menjadi tutor untuk Adham Mirza yang agak nakal dan pemalas.

Adham Mirza lelaki muda yang tidak pernah punya cita-cita tinggi kecuali menghabiskan masa dengan berhibur. Dan bila Adriana muncul dalam hidupnya, targetnya hanya satu, mahu menyingkirkan gadis itu dari rumahnya.

Namun, satu tragedi hitam mengubah hidup mereka selamanya. Apabila Adriana menjadi suspek pembunuhan ayahnya, Fahrin dan hilang dalam satu kemalangan jalan raya, Adham Mirza memulakan misi menjejak gadis itu demi mencari jawapan dan sebuah kepastian.

“Jadi ini rupa sebenar Adriana Imaniyah? A big fat liar? Is that what you really are? Kau gadis dengan dua wajah, yang hanya muncul untuk buat aku jadi gila. Well, a big applause for you dear. You did a very good job.”  - MIRZA

 Enam tahun kemudian, Adriana muncul secara tiba-tiba. Mampukah Adham Mirza membalas dendam pada satu-satunya gadis yang tidak pernah hilang dalam hatinya sejak dulu lagi?

“Saya tak bermaksud untuk menghuru-harakan hidup seseorang. Sekurang-kurangnya bukan hidup awak Mirza.” - ADRIANA

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. Macam best je mama.. ^^ Lama dah tak beli novel ni...

    ReplyDelete
  2. lama tak baca novel, xsempat hehe

    ReplyDelete
  3. menarik kak, dana tak pernah baca tulisan penulis nih... nanti boleh la try satu buku nya

    ReplyDelete
  4. tengok cover macam menarik jugak .. sinopsis pon macam best .. nak try carik laa nantii

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat re-mention dari penulis sendiri.

    ReplyDelete
  6. rupanya ramai geng mama yg x sempat baca. mama pun sama gak tapi hanya certain novelist je yg mama sure akan beli dan baca. insya allah akan baca bila ada masa luang nanti

    ReplyDelete
  7. tengok cover dan sinopsis pun dah jatuh hati ^_^

    ReplyDelete
  8. Macam nak cari dan cuba baca jugalah buku penulis ini..

    ReplyDelete
  9. ada elemen misteri & penyiasatan di situ..best best..

    ReplyDelete
  10. Selalu Kalau mazni aznita punya novel mesti Ada elemen misteri even novel cinta. Kalau karya triller dia Boleh menyamai Ramlee Awang Mursyid Tau. Kalau x caya Cuba baca venom Suria Dan Kasihku Arina. Mama baca sampai Rasa seram nak g bilik air malam2 huhuu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post