8 Tips Mengharungi Kesibukan Melampau Versi Mamapipie - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad




Wednesday, March 11, 2020

8 Tips Mengharungi Kesibukan Melampau Versi Mamapipie

8 Tips Mengharungi Kesibukan Melampau Versi Mamapipie. Masa mama buat post ni [ baca http://www.mamapipie.com/2020/02/busy-tahap-gaban.html ] mama memang memang sangat serabut sebiji macam dalam gambar post tu. Tapi alhamdulillah mama berjaya harungi kesemua kerja mama yang melambak dan semuanya perlu disiapkan dalam minggu yang sama pula tu. Sini mama nak share 8 Tips Mengharungi Kesibukan Melampau Versi Mamapipie.







Ini adalah berdasarkan pengalaman mama sendiri. Mungkin ia sesuai dengan mama Dan mungkin Korang pun ada juga tips lain boleh juga share dengan mama di ruangan komen.

8 Tips Mengharungi Kesibukan Melampau Versi Mamapipie

Jom tengok tips mama bagaimana mama berjaya mengharungi 2 minggu yang sangat2 sibuk. In fact minggu Ni pun Ada juga kerja besar nk kena buat tapi takdelah sehebat kesibukan mama 2 minggu lepas.




1. Senaraikan kesemua tugasan yang perlu diselesaikan
Mula-mula senaraikan kesemua tugasan dan kerja serta dateline bagi kesemuanya. Susun ikut priority. Bagi kes mama, mama buat list dalam otak je sebab semuanya nak kena setel pada minggu yang sama.

2. Susun setiap tugasan dan buat target Dan strategi untuk siapkan tugasan tu
Mama buat jadual harian Dan tetapkan setiap Hari apa yang akan mama setelkan pada Hari itu. Kena disiplin sikit untuk setelkan juga mengikut plan. Even though mama x bersedia utk setelkan e.g tugas susah, renyah, malas etc mama paksa juga diri untuk buat ikut plan tu







3. Bahagikan Tugas Dengan Bantuan Orang Lain
Mana-mana tugasan yang Kita boleh minta tolong orang lain untuk sama2 selesaikan maka jangan malu untuk minta tolong. Ada beberapa tugas mama yang dapat diselesaikan secara teamwork Dan buat bersama2. 2 heads are better than one. So, bila Kita buat sama2 kita takkan Tertinggal apa2 sebab Ada kawan yang akan bantu.

Selain tu, kerja rutin mama yang mana staff mama boleh bantu mama akan minta diorang buat juga


4. Selesaikan Segera Tugasan  Kecil Jika Tiba2 Teringat
Dalam masa buat tugasan susah, otak Ni akan sentiasa berfikir "aku nak buat apa lepas Ni. Ada apa tertinggal Tak". Banyak juga perkara yang melintas Masa tu then mama cepat2 setelkan. Contohnya perkara yang mama kena buat minggu depannya tapi kena plan minggu Ni seperti organizing meeting management. Tetiba teringat untuk book bilik meeting, order makan, request meja kerusi etc.. masa mama teringat terus buat. Jangan ditunggu nanti lupa. 

Begitu juga persiapan audit. Kalau tetiba teringat nak review balik fail2 terus buat supaya Kita Tak kantoi dengan auditor haha..

5. Korbankan Masa - Kerja Lebih Masa
Disebabkan Masa yang sangat suntuk tentu Kita Tak cukup Masa. Maka, setiap hari mama akan sampai opis awal dan balik lewat. Dengan cara ini mama dapat buat kerja lebih Dan hasilnya memang tak mengecewakan.

6. Berdoa mohon Kekuatan
Ini perlu juga. Setiap kali Selepas solat dan pada setiap masa mintalah dengan Allah agar kita dapat setelkan kerja Kita dengan sempurna tanpa tertinggal apa2. Selain ti berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik supaya Kita boleh bekerja dengan optimum

7. Tidur Awal
Penting untuk Kita tidur lebih awal supaya Kita Ada cukup tenaga untik all out buat kerja esoknya

8. Lajukan Phase Buat Kerja
Ops hampir terlupa pula mama.. ini pun sama Penting juga. Korang kena lajukan rentak buat keje tu. Jangan lengloi longlai. Kena buat keje macam nak berlari barulah cepat habis kerja tu..








Itulah antara tips mama yang mama ingat. Seperti yang mama cakap sebelum Ni, percaya atau tidak Kesibukan melampau seperti ni membuatkan Kita lebih efisien. Alhamdulillah banyak perkara berjaya disetelkan termasuklah hal berblog. Pelik Kan.. Kalau x sibuk, blog Boleh kelaut. Tapi bila sibuk dhn blog sekali terima tempias haha..

Diharap tips mama ni Boleh membantu serba sedikit bagi yang mengalami Kesibukan melampau macam mama.

Alhamdulillah boss mama post management meeting for another week so lega sikit mama. Ingatkan nak datang kerja weekend, jadi bolehlah mama berehat setelah penat jadi gaban 2 minggu ni hihii...

12 comments:

  1. to do list sangat penting agar tidak busy memanjang tapi tiada apa yang siap.

    ReplyDelete
  2. tq kak untuk tips di atas, dana memang gunakan cara spt yg akak tuliskan tu... kadang bila kerja datang sekali banyak memang kene ada trick dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg berhasil Kan.. bukan selalu byk mcm.ni sekali dia dtg tapi kenalah Ada taktiknye

      Delete
  3. 9. Abaikan/tinggalkan mana2 yang tak penting supaya dapat mengurangkan kesibukan melampau

    ReplyDelete
  4. Good tips. Ejulz pun amalkan. Kecuali no 3 je ssh sikit. Kita nak minta bantuan org ssh. Org minta bantuan kita senang je. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiksgt ejulz Ni.. Tak salah minta Bantuan org lain

      Delete
  5. No 8 tu memang berkesan.. bila lajukan pergerakan, kerja jadi cepat siap.. hehehe
    TQ share tips kak Adda..

    ReplyDelete
  6. To do list penting. Then speed up the work, cut unnecessary activiti.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, take care ye mama :)

    ReplyDelete
  8. Tq share tips dgn mama juga Korang ye

    ReplyDelete

Words of wisdom