D' Citarasa Sup Power - Sup Power Padang Jawa Shah Alam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Tuesday, February 4, 2020

D' Citarasa Sup Power - Sup Power Padang Jawa Shah Alam

D' Citarasa Sup Power - Sup Power Padang Jawa Shah Alam. Beberapa malam lepas di kala hujan lebat maka kami anak beranak teringin nak makan sup untuk panaskan badan. Tetiba je craving sup. Kebetulan masa tu mak mertua mama pun kurang sihat. Sementara nak tunggu klinik buka maka kami pun makan sup di D' Citarasa Sup Power - Sup Power Padang Jawa Shah Alam.










Sebenarnya kami tak plan pun nak makan kat D' Citarasa Sup Power - Sup Power Padang Jawa Shah Alam ni sebenarnya. Tetiba aje keputusan dibuat bersama nak pergi makan sup. Bila mama google keluar nama ni. So, kami teruslah decide pergi ke sini.










Menu Pilihan di D' Citarasa Sup Power - Sup Power Padang Jawa Shah Alam



Bubur ikan bilis. Ada daging dlm tu. Mama tak tau ingatkan cuma bubur saja rupanya macam dah satu set dah ni. Maka, sup kambing mama tu mama share dengan ayah Syafi je. Sedap betul hirup sup panas-panas waktu hujan lebat macam malam tu.

 Bubur kosong..




Sup ekor.. yum yum.. Sebenarnya mama tak pandai makan sup ekor ni. Mama tak pernah makan tau sampai sekarang. Ni untuk mak mertua mama

 Sup kambing kitaorang order 2 set. Sedap sup kambing ni bau kambing dia tak kuat.



 Lamb chop RM 10 yg cute. Potion agak kecil padanlah dengan harganya tu

 Chicken chop RM 5 yg cute juga. Tak cukup Syafi makan sorang haha.


Air carrot susu dan jus apple yang sedap dan tak kedekut bahan. Siap ada potongan buah di atasnya. Harga jus kat sini tak mahal. Sebenarnya makanan kat sini harga dia memang berpatutan

Menu dan Harga di D' Citarasa Sup Power - Sup Power Padang Jawa Shah Alam

Ni menu yang ada di D' Citarasa Sup Power - Sup Power Padang Jawa Shah Alam. Tengok hargnya memang berpatutan kan.


Suasana dalam kedai.. Baru nak ramai orang walaupun masih lagi ujan waktu ni.



Total RM 69 bagi 4 orang makan, 2 sup kambing, bubur ikan bilis, 1 sup ekor, 1 chicken chop, 2 bubur kosong, 1 carrot jus, 1 apple jus, 1 kopi O, 1 lemon barley.. OK sangat kan


Ni mama berikan alamat dan detail kedai D' Citarasa Sup Power - Sup Power Padang Jawa Shah Alam ye


Sup Power Padang Jawa / D' Citarasa Sup Power

Alamat: 29, Jalan Mat Raji, Taman Baru, 40200 Shah Alam, Selangor
Telefon: 017-686 2162
Waktu perniagaan : Dibuka setiap hari dari 5 petang hingga 12 pagi

16 comments:

  1. sup kambing power..sejuk2 hirup sup panas mmg terbaik..

    ReplyDelete
  2. kena cuba nie
    rumah mak mertua saya pun
    di padang jawa

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sup ekor tu.. Sha paling suka sup ekor.. lembut je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama x penah makan lagi Tau Sha.. kesian kam

      Delete
  4. terliur ni mama. kalau badan tak sihat dapat bubur dengan sup panas-panas memang rasa lega

    ReplyDelete
  5. Mama tgk balik gambar Ni tetiba terus terasa nak repeat sup la huhu

    ReplyDelete
  6. tidak pandai makan daging kambing, tapi tengok orang lain makan. Macam sedap jak

    ReplyDelete
  7. eh eh i think i know this place

    ReplyDelete
  8. Sedap nya masa hujan2 dpt hirup sup kan. Rasa nikmat sgt.

    ReplyDelete
  9. sama la kita mama...kita pun tak pandai makan sup ekor

    ReplyDelete
  10. memang kalau badan rasa x sedap2 tu best layan sup2..
    moi suppp tu kita suka.. layan tu =D

    ReplyDelete

Words of wisdom