Biarlah Niat Jahat Sekadar di Didalam Hati - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, January 24, 2020

Biarlah Niat Jahat Sekadar di Didalam Hati

Biarlah Niat Jahat Sekadar di Didalam Hati. Setiap kita pasti ingin menjadi seorang yang baik, mengumpul banyak pahala dan ingin mengelakkan dosa.. Kerana itu Biarlah Niat Jahat Sekadar di Didalam Hati.. Jangan kita lakukan perkara yang mendatangkan dosa kelak akan dihisab di kemudian hari.







Tidak Dicatat Sebagai Dosa




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِأُمَّتِي عَمَّا تُوَسْوِسُ بِهِ صُدُورُهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَتَكَلَّمْ بِهِ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku ini sesuatu yang terdetik dalam hati selama tidak dilakukan, atau diucapkan. Dan apa-apa yang dipaksakan kepadanya." (HR Ibnu Majah No: 2034) Status: Hadis Sahih







Kesimpulan Hadis:


1.  Niat buruk yang terdetik dalam hati tidak akan dicatat sebagai suatu dosa selagi tidak dilakukan atau diucapkan.

2.  Sesuatu amalan  buruk yang dipaksakan kepada seseorang tidak dicatat sebagai dosa bila sampai pada tingkatan terancam nyawanya, anggota tubuhnya, hartanya dan yang semisal dengannya dimana dia tidak mampu mengelaknya.

Allah Ta’ala berfirman:

 مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.”(QS. An Nahl: 106)

3.  Jika orang yang dipaksa ini bersabar dengan tidak mahu mengucapkan ucapan kekafiran, bersabar atas gangguan dan sesuatu yang menyakitkan dan mengharap pahala dari Allah tentunya hal ini lebih mulia. Seandainya dia terbunuh kerana memegang prinsip akidahnya yang benar dan tidak mahu mengucapkan ucapan kekafiran maka dia termasuk orang yang mati syahid.

Sumber:  1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor


16 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian. Semoga saya menjadi insan yg lebih baik di sisi Allah Taala. Aamiin

    ReplyDelete
  2. kalau marah tu memang macam-macam benda terlintas dalam hati, bila tenang diri balik baru boleh berfikir dengan baik..

    ReplyDelete
  3. Haah kadang nak lepas cakap tapi fikir balik. Jadi tak ucap.

    ReplyDelete
  4. niat nak buat baik, baru niat dah dapat pahala... nasibla niat nk buat jahat tak dikira, kalau tak betapa banyaknya lah dosa kita....

    ReplyDelete
  5. sabar tu benda yang susah nak buat.tp kalau mampu buat ganjaran nye besarkan mama.. huhuh..kalau pikirkan marah mmg nak marah..tp bila istighfar dan fikir ada ganajran setiap ujian

    ReplyDelete
  6. betul setuju sangat. takut kalau diikutkan perasaan marah tu kita terlepas tercakap atau terbuat sesuatu yang tak sepatutnya. mintak dijauhkan

    ReplyDelete
  7. ya kalau niat dan tak dilakukan maka tak dicatat sebagai dosa

    ReplyDelete
  8. semoga kita semua dijauhkan daripada perkara buruk dan perbuatan yang tidak baik. Ameen ;)

    ReplyDelete
  9. Sebagai manusia kadang terlintas jugak kat hati ni nak balas balik oerbuatan jahat orang pada kita tapi tak sampai nak buat lah sebab tahu nanti kita juga dapat dosakan.. Pendam hela rasa tu

    ReplyDelete
  10. Kadang cuma terdetik di dalam hati je..x mampu nak buat dan luahkan..tapi bab scammers yang ada isu ngan akak tahun lepas memang akak carutkan aje..ehhhh....

    ReplyDelete
  11. sama2 kita jadikan peringatan ye

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian kak adda..

    ReplyDelete
  13. kalo yg baik terdetik dpt gak pahala.. tp yg jahat tu Allah suruh fikir bnyk kali elok2..
    buat jugak baruuu tulis dlm buku.

    ReplyDelete
  14. moga kita byk berfikir yg baik2 jer :)
    mendtg kan pahala. in shaa Allah.

    ReplyDelete

Words of wisdom