Makan Nasi Beriani di Mohd Shah Beriani Batu Pahat Johor - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Friday, November 1, 2019

Makan Nasi Beriani di Mohd Shah Beriani Batu Pahat Johor

Makan Nasi Beriani  di Mohd Shah Beriani Batu Pahat Johor

Sebenarnya mama kerap juga Makan Nasi Beriani  di Mohd Shah Beriani Batu Pahat Johor bila mama ke Batu Pahat. Tarikan di sini sebab beriani kat sini murah dan rasanya pun sedap. Beriani Di sini murah mungkin sebab dia tak guna beras basmathi. Tapi rasanya tetap sedap tau.. Beriyani ni sedap, tapi makanan tinggi kalori. (Sumber) Sesekali boleh la manjakan perut.


Tengah beratur nak beli nasi beriani

Mama tengok gambar ni pun tetiba terbau-bau pula beriani.. haha lapar la pulak

Menu dan Harga di Nasi Beriani Mohd Shah Beriani Batu Pahat






Harga baru Nasi beriani di Mohd Shah Beriani Batu Pahat Johor. Masih murah lagi pada mama. Nasi beriani kambing cuma RM8.50. Nasi beriani ayam masih lagi RM7.00

Apa yang Menariknya Nasi Beriani Mohd Shah

Kami makan nasi beriani di homestay je.. Sedap sangat. Mama suka kuah daging dan ayam yang memang sedap sangat.Daging kambing tersangatlah lembut.

Hihii gambar candid. Kalau dah makan ni tak pandang kiri kanan dah. En hubby, abang Dan adik dia serta kakak ipar.

So, kalau korang nak ke sini boleh ikut alamat ni ye.. senang je Cari..

Nasi Beriani Mohd Shah

Alamat: Jalan Peserai, 83000 Batu Pahat, Johor
Waktu perniagaan dari  8:00pagi – 6:15petang (Jumaat Tutup)

Telefon: 07-413 8322



13 comments:

  1. nasi beriani saya suka kerana beras basmatie..

    nasi rendah kandungan gulu..baik untuk kesihatan

    ReplyDelete
  2. murahnya...nasi beriani kat bangsar ni pun berbelas-belas

    ReplyDelete
  3. suka sekali dengan nasi ini aku makan dulu di hotel singgahsana waktu join sepetang bersama blogger 2012

    ReplyDelete
  4. Masih murah harganya.
    Baryani kambing ada yang sampai RM15.00 di tempat lain.
    Kalau ke BP memang selalu singga sini.

    ReplyDelete
  5. sedapnya. dan masih murah. Salam kenal dari kita. act kita baru aktiv balik berblog harap sudi singgah and follow. Done follow sini

    ReplyDelete
  6. nanti kalau ada berpeluang ke batu pahat nak try la sini

    ReplyDelete
  7. Sedapppnya nasi beriani . Makan dengan papadom lagi sedapp

    ReplyDelete
  8. Nasi beriyani memang sedap. Nak nak ada papadom.. Bertambah sedapkan kak.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya Adda.. terus rasa lapar pulak Kak Sue nie..

    ReplyDelete
  10. nasi beriani paling best memang yang ada di batu pahat kak... memang layan betul

    ReplyDelete
  11. terus kita lapar tau.. hahaha.. Sedapnya kalau dapat makan nasi beriani nie..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya nasi beriani. Dapat lauk yang sedap dan nasi yang sedap memang syok makan

    ReplyDelete
  13. nasi beriani ori dari Batu Pahat gituwwww

    ReplyDelete

Words of wisdom