Dinner di Restoran EFA Western Setia Alam Shah Alam - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Monday, October 21, 2019

Dinner di Restoran EFA Western Setia Alam Shah Alam

Dinner di Restoran EFA Western Setia Alam Shah Alam

Assalamualaikum semua. Korang nak tau tak ada satu kedai makanan western yang baru je sebulan dibuka di Setia Alam. Dekat je dengan Setia City Mall tu kan (Ibusyurga). Mama sekeluarga telah pergi ke sana Sabtu lepas dan Dinner di Restoran EFA Western Setia Alam Shah Alam ni. Walaupun baru sebulan dibuka tapi sebenarnya EFA Western ni dah berpengalaman selama 20 tahun sebagai kedai makan western yang sebelum ni terletak di Pahang. Of course lah kami sebagai food explorer nak cuba menu yang menarik kat sini. Di Setia Alam ni pun ada banyak kedai makan yang viral macam di Melaka tau. Jom baca..

Menu Pilihan di EFA Western

Menu di sini ada pelbagai juga tau. Tapi mama memilih menu yang selalu orang order kat sini. Pekerja situ yang rekemen menu ni.. 

Mix grilled set ni cuma RM19.90 je. Ada lamb, beef dan chicken. Side dish fries, salad kentang dan coleslaw. Puas kami makan anak beranak. Ada 3 pilihan sos iaitu Brown Sauce, Black Pepper Sauce atau Mix Sauce. Kesemuanya mama cuba dan semuanya pekat dan sedap.. 

Selain Mix Grill, kami order juga Sizzling Mix Grill Set ni. Cuma RM20.90. Dihidangkan semasa panas-panas berasap dan sos dituang semasa dihidang. Aromanya alahai memang lah sedap berbunyi perut tau. Dalam set ni ada juga lamb, beef dan chicken. Side dish fries, salad kentang dan coleslaw. Salad kentang tu mama suka sangat. 

Pilihan air minuman kami. Kami bertiga memang suka Nescafe ais. Kalau korang pernah baca post makanan mama sebelum-sebelum ni, selalunya mama akan benchmark nescafe ais kalau nak tau air kat restoran tu sedap ke tak. Rasa Nescafe ais kat EFA Western ni memang kena dengan citarasa kami. Sedap tau. Sebab tu tak heranlah jus tembikai laici dan air lemon madu pun sedap juga. Tengok mug jus tu besar kan. Big potion.


Menu Baru di EFA Western - Nasi Lemak

Kebetulan hari yang kami datang tu ada menu baru iaitu Nasi Lemak. Unik sangat bila nasi lemak dihidangkan bersama menu western. Ayah Syafi yang hantu nasi lemak tu terus order satu untuk dia.. Sambal pekat yang sedap dan siap ada coleslaw lagi. First time jumpa nasi lemak makan dengan coleslaw. Kalau korang datang sini kena cuba tau. Nasi lemak ni harganya RM4.50. 


Harga dan Menu di EFA Western Setia Alam

Jom kita tengok harga dan menu di EFA Western. Pendapat mama harnya berpatutan. Mix grill kalau less than RM20 kira murah lah tu.

Menu makanan

Menu minuman

Interior & Kemudahan di Restoran EFA Western 

Keadaan Dalam kedai Yang selesa. Ambil gambar Dalam ni pun cantik. Gambar dari luar kedai mama terlupa nak ambil. Kedai ni terletak di corner lot dan besar juga kedai ni. Dari jauh boleh nampak lampu-lampu yang banyak di tepi kedai. Meriah!

Bahagian Dalam kedai.

Ada kemudahan surau. Jadinya tak risaulah kalau kita datang kalau dah masuk waktu solat. Boleh je solat kat sini. Selesa dan wangi surau ni tau.


Telekung dan sejarah.. Dalam ni boleh muat 3 org sekali solat

Ada buku agama, Yasin Dan Qur'an.

Toilet pun nampak bersih

Photo Shooting Area

Cantik Kan area ni. Ambil gambar kat sini memang cun. Boleh buat kenangan

Tambah model sorang hihi..


Cak.. Mama pula posing dengan salah seorang owner EFA Western, Cik Farhana yang manis dan bersopan santun.. Kalau korang nak tau nama EFA tu dimbil dari nama 3 beradik. Mama doakan semoga EFA Western semakin maju jaya..

Pengalaman Makan di EFA Western

Secara keseluruhannya, mama sekeluarga puas hati makan kat sini. Makanan dan minumannya sedap. Mama lihat ada orang order spaghetti pun nampak sedap. Rasanya kena repeat lagi lah untuk cuba menu lain pula. Mama nak cuba spaghetti dan meatball pula nanti. Tempat duduk selesa dan cozy.  Pekerja tidak lokek dengan senyuman dan sentiasa prihatin. Contohnya check order cukup atau tak, suggest menu dan sos yang ada etc.

Paling plus point ialah ada surau. Mudahlah jadinya kalau kita sampai waktu maghrib. Boleh terus solat kat sini. Toilet pun selesa.. Haa korang apa lagi sesiapa yang tak pernah try korang kena try makan kat sini ye.. 


Restoran EFA Western

Kalau nak maklumat lanjut EFA Western boleh refer di bawah ni ye:


Alamat: 46 G, Jalan Setia Perdana BF U13/BF, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Khamis dari 5:30 petang–12:00 pagi

No Telefon: 016-308 7112

Social Media: Facebook | Instagram | Twitter 



24 comments:

  1. sedapnyaa.. Lama dh x makan western hehe

    ReplyDelete
  2. haah. cantik dan nampak selesa restoran EFA western ni.

    ReplyDelete
  3. menu-menu dekat Efa Westren nih nampak sedap, kalau ke Shah Alam bolehlah singgah nanti

    ReplyDelete
  4. EFA western ni guna menu turun temurun dari ayah diorang.. patut pun sedap

    ReplyDelete
  5. InshaAllah.. sampai nanti.. Masuk list dulu.. hehehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya mix grill akak tu..merecik dah ni

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaa! tempat pon cntik..
    ruang solat pon nmpk selesa..

    ReplyDelete
  8. Nak Voucher tak.. satgi mama share voucher

    ReplyDelete
  9. Harganya boleh dikatakan berpatutan. Makanan western memang selalunya berbelas-belas ringgit. Btw jomlah join segmen blogversary The Wonderful Jannah, Mamapp. Saya sedang mencari bloglist dan blog untuk direview.

    ReplyDelete
  10. betul2 setuju mama..klu harga mix grill tu bawah RM20..consider murah la..selalu kedai2 lain, RM30 something..husband saya mmg suka la mix grill ni...

    ReplyDelete
  11. harga di lebih kurang berpatutan jugak kan...boleh la ajak adik2 ke sini kalo gi shah alam nanti

    ReplyDelete
  12. Mmm... menarik... Boleh la cuba nanti kalau kebetulan ada kat area tu...

    ReplyDelete
  13. semua menu western nampak sedap. lagi lagi yang mixed tu. bagus juga ada kemudahan yang lengkap juga ni

    ReplyDelete
  14. Wah menarik ni. Memang otw nk balik kampung. Dah masuk list. TQ for sharing ye.

    ReplyDelete
  15. bestnya restaurant ni kak, lengkap semua nya, makanan dia pun aduhai menggoda... surau toilet, kedai nya sangat selesa dan bersih

    ReplyDelete
  16. ohooohoi menggoda sangat ni tengok makanan2 dia..

    ReplyDelete
  17. boleh cuba ni kalau ke shah alam. semua menu nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  18. Makanan nampak sedap, friendly customer pulak tu siap dengan surau semua. Terbaikk..

    ReplyDelete
  19. sedap nmpknya menu western tu..yummyyy

    ReplyDelete
  20. Sedapppnya Western tu fuhhh kecur air liur tengokk ni

    ReplyDelete
  21. Wah.. ohsemnya kedai dia.. siap ada tempat solat.. Makanan pun best..

    ReplyDelete

Words of wisdom