Review Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum - Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie

Breaking

Post Top Ad


Thursday, September 5, 2019

Review Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Setelah beberapa minggu menggunakan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum akhirnya serum tu berjaya mama dah habiskan dan bolehlah mama buat Review Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum  ni. Memang mama tunggu guna sampai habis dan lihat kesannya baru nak story kat korang. Korang pernah dengar tak tentang serum ni? Kalau tak pernah mari mama story pasal Review Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum ni.. jom baca..


Inilah rupa botol dan kotak Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum. Putih dan suci je kan.. Simple tapi menarik

Antioxidant Serum.. sejak dah berumur ni mama prefer guna serum berbanding krim atau losyen. Mama suka tekstur thick liquid macam Ni bila letak di kulit muka terasa ringan saja..


Apa Itu Anti Oksida?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas: Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas. Kerana itulah bahan yang ada unsur Anti Oksida yang boleh memperlahankan proses penuaan dan mampu meneutralkan radikal bebas.

Kebaikan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum


Flawless. Selepas memakai beberapa minggu serum ni mama rasakan kulit mama lebih sekata dan yang bestnya kan, masa tgh PMS aritu keluar 2 biji jerawat besar di dahi mama. Selepas makan serum ni dalam masa sehari nampak jerawat mama mengecil dan setelah beberapa hari kesan jerawat tu hilang. Kulit mama ni selalunya kalau ada jerawat akan meninggalkan parut tapi alhamdulillah hilang pula kesannya tu.

Pemutihan.. Dengan kesan tona yang lebih sekata mama boleh lihat juga perubahan dari segi tone warna kulit.. ya, lebih cerah

Mengurangkan kesan gelap.dn pigmentasi kulit.. seperti yang mama ceritakan di atas, memang agak kelihatan pengurangan pigmentasi dan kesan jerawat di kulit mama. mungkin dengan penggunaan berterusan akan lebih pudar kesan jeragat tu, kan


Isi kandungan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Boleh refer gambar ni untuk melihat isu kandungannya..

Dengan Cooling & Non-Oily formula, serum ni ada ingredient utama  Premium Vitamin E **tocotrienol - studies show that tocotrienol possess 40-60 times higher antioxidant potency than the more common variant Vitamin E alpha-tocopherol. (most Vitamin E skin care products in the store is tocopherol)


Pengalaman menggunakan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum

Sebenarnya mama dah cerita pengalaman mama seperti di atas.. tak menyabar kan hihi.. Selain dari kulit terasa lebih cerah, jerawat cepat kecut, kurang pigmentasi mama sukakan tekstur serum ni yang sejuk, wangi (macam bau beras) dan tiada pewarna. Warna serum ni seperti warna putih keruh dan mama yakin takde pewarna dalam ni.. Bila letak di muka terasa sejuk saja muka tau.. Kalau korang nak boleh lah cuba sendiri. 

Cara gunakan serum ni style mama ialah selepas cuci muka dan sapu toner. Mama letak di bahagian kulit muka dan pangkal leher. Selepas tu barulah letak moisturiser (selalunya tak letak pun), krim kecantikan dan bedak.


Dimana nak Dapatkan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum?

Serum ni ada dua size iaitu 10ml dan 30ml. Mudah saja nak dapatkan Joleen Lifestyle Antioxidant Serum ni. Boleh dapatkan di farmasi saja.. Banyak farmasi yang ada jual. Korang boleh lihat senarai farmasi tu kat link ni http://sannyjoleen.com/stores



Maklumat lanjut Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum adalah seperti di bawah

Sanny & Joleen Lifestyle Sdn Bhd

E-39-07B Menara E
Empire City Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor.
Website: www.sannyjoleen.com
Fb : Sanny & Joleen
Ig : sannyjoleen


14 comments:

  1. patut la mama semakin ploles yaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. peloles sikit je sunah.. kena beli lagi nu utk kesan lagi mantap

      Delete
  2. patut lah makin berseri2... tang senyum2 gambar last tu suka lah

    ReplyDelete
  3. Akak suka..dh repeat order..mmg smooth je muka pakai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah akak dah repeat ye.. saya baru nak usha farmasi area sini

      Delete
  4. Pololes nampak.
    Mrs. A pun sejak dah meningkat usia suka guna serum jugak.
    Serum ni tak pernah dengar lagi macam best jer...

    ReplyDelete
  5. samalah kita.. bila guna serum kulit terasa ringan dan moisture kan

    ReplyDelete
  6. Samalah kita..terasa ringan dan lembap je kulit selepas menggunakan serum ni.best sangat

    ReplyDelete
  7. Ana pun suka pakai serum kak. Tak pakai lain xpe janji serum wajib pakai. Nk tryah serum sanny joleen ni.

    ReplyDelete
  8. Makin cantik dan flawless kakak kita nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. hari tu g farmasi. sy ada terpegang tester serum. agaknya ni kot jenama yg sy pegang tu... bolehlah sy nk try

    ReplyDelete

Words of wisdom